Pages

Monday, August 26, 2013

Susu oh susu

Syukur pada Allah yang Maha Esa. Pagi jam 10 pada ahad semalam dengan tak di sangka susu untuk bonda kehabisan...TA ingat ada lagi satu tin.. Rupanya itulah tin yang terakhir.. Cari-cari sekitar tempat tinggal di meru..dua farmasi tutup almaklum sajalah hari minggu.. ta telifon adik ta yang berada di bukit kapar dan bertanyakan hal tersebut..katanya tunggu lagi sejam sebab dia hendak menyelesaikan halnya. Tak mengapa ta bersabar..dan dia menyuruh ta duduk diam diam di rumah sementara menunggu ketibaannya. 12.30 dia tiba dan ta bergegas bersamanya menuju ke Setia Alam, alhamdulillah.tak tutup farmasi tu..dapat dua tin ..sampai di rumah ta periksa apa lagi yang kehabisan atau yg dah nak abis..kesemuanya masih cukup..

Wednesday, August 21, 2013

Fisioterapi Untuk Bonda

Memang dah ada di jadualkan fisioterapi untuk bonda.. Tapi ta ingin membawa bonda TA ke tempat rawatan Al-Jabbar.
Telah di jadualkan untuk buat rawatan susulan hari ini...di hospital tengku ampuan rahimah klang..temujanji jam 9 pagi..malam semalam dah pakat-pakat dengan adik beradik siapa yang nak hantar bonda ke hospital..pagi tadi jam 7.20 ta dah stanby.. Abah dah ada plan lain rupanya..adoi..ta pun lambat buka wechat..batal rupanya nak ke hospital tengku ampuan rahimah klang... Abah dah ada plan untuk buat terapi bonda di Trolak..di perak rasanya..erm..TA. Tak mampu berkata apa - apa..semua orang nak bonda sihat.. TA ada niat nak bawa bonda ke tempat rawatan Al-Jabbar.. Hari ni bonda meminta sesuatu yg tak dapat TA faham..tak tau apa bendanya..nak buang air bukan.nak picit pun bukan.

Tuesday, August 20, 2013

Suka Dalam Duka

Alhamdulillah bonda ta dah pulang ke rumah. Dan yang paling bahagia terpancar di raut wajahnya ada ta nampak.. Nyenyak bonda ta tidur..sampai makannya pun ta terpaksa kejut berulang kali.. Walaupun lemah dan tak boleh berkata-kata..tapi bonda faham dengan jelas apa yg di dengarnya..Untuk alternatif ta gunakan bahasa isyarat ..'kalau mak nak kencing angkat tangan' itulah yg mampu ta berikan..dan yang lain-lain..kalau tak biasa mungkin tak tau apa yang bonda nak..kadang pun ta tersalah jangka.. Gatal di bahagian kaki rupanya.bukan sakit kaki.. Ta pun picit la bonda ta..reaksi bonda lain macam. Bagai ada yang tak kena.. walau bonda ceria tapi ta rasa berduka..sebab ta tak dapat menemani bonda semalam .ta demam keletihan.

Saturday, August 17, 2013

Ke Hospital Lagi

Pagi tadi bonda dah lemah-lemah...mungkin hanya minum susu dan ambil ubat darah tinggi dan kencing manis.. Ta periksa tekanan darah dan kandungan gulanya.. Ok ok je.. Tapi bonda bagaikan hilang tenaganya.. Abah segera menelifon ambulan..lepas zohor ambulan tiba.. bonda di temani oleh adik ta di dalam ambulan menuju ke hospital. Abah menyusur dari belakang dengan kelengkapan bonda yg siap-siap tersedia di dalam kereta. TA ikut dari belakang dengan motosikal..doa dari semua ta harapkan..TA dah call adik beradik semua.memberitahu situasi terkini tentang bonda..takut kalau-kalau di persalahkan lagi..

Friday, August 16, 2013

Oh Bondaku

Salam reader semua- Petang semalam jam 4.00 seperti biasa ta memberi minum susu pada bonda ta. Malam tadi jam 7 malam ta dapat panggilam telifon dari adik ta.. Bonda muntah sedikit akibat terlebih minum susu yang ta berikan.. MAAFKAN TA BONDA.. sengaja ta melebihkan sedikit daripada sukatan asal agar bonda tidak kelaparan nanti.tapi lain pula jadinya..maafkan ta bonda..niat baik belum tentu jadinya baik.ta akur..Semua adik beradik ta memarahi ta dan ta memang bersalah..maaf di pohon pada mereka semua tanpa bertangguh..

Thursday, August 15, 2013

Ngerumat

Ngerumat- ngerumat dalam bahasa jawa yang membawa maksud MENJAGA atau sama maksud dengan MENYELENGGARA. Contoh ayat dalam Bahasa Malaysia Tirana Aduka menjaga bonda di pagi ini..selepas mandi bonda minun susu..ta menyapukan minyak panas pada kaki bonda. Bonda terlena. Dalam Bahasa Jawa- TiranaAduka NGERUMAT emak ei.

Wednesday, August 14, 2013

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Syukur malam tadi bonda dah selamat keluar dari Hospital. Dah berada di rumah kini.. Stroke kali ke 2. Itulah yg terjadi pada bunda ta .. Menyebabkan bonda tidak boleh bertutur. Mujur bonda boleh menulis.. Bonda hanya boleh minum susu sahaja melalui tiup plastik yg di masukkan melalui hidungnya. stroke pada sebelah kiri mengakibatkan bonda tak boleh bergerak hanya sebelah kanan sahaja yang berfungsi.. ubat pil bonda dah tak boleh telan seperti biasa. Ta terpaksa hancurkan pil dan bancuh dengan air suam...lima hari bonda mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (htar). Dan selama itu ta berada di sana..alhamdulillah orang tercinta memahami dan memberikan semangat pada ta..

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari raya

Salam semua............ Selamat hari raya ... Maaf zahir batin Dari TiranaAduka.....

Saturday, August 3, 2013

Ramadhan terakhir

Mungkin ini satu dugaan buat aku yang masih berada di sini lagi ...harap aku dapat mengharunginya dengan hati yang tabah.. Di akhir Ramadhan yang mulia ini ku pohon agar di berika kekuatan untuk aku terus berjuang dalam dugaan yang di berikan ini.. Ya Allah....... Perkenankanlah doa ku ini...amin amin