Pages

Wednesday, September 25, 2013

GADAI ATAU JUAL

TiranaAduka

Jalan / Lorong menuju ke kebun ku...
Tanah yang ku jual
Biarlah menjadi kenangan aku....


TiranaAduka

Triumph Bath Tub
Aku bina dengan tangan aku sendiri sedikit demi sedikit hingga boleh berjalan di atas jalan raya..
Telah selamat bertukar hak milik dan kini berada di Penang
Telah ku jual juga pada minggu lepas..

Gadai...Jual.....itulah yang sering bermain di minda ku......sejak bonda ku di duga dengan sakit stroke..
Alternatif yang ku lakukan.. semampu aku dan itulah yang aku ada..
Aku tidak menoleh tentang apa yang ku tinggalkan atau mengharap balasan...
Ramai juga yang mempertikaikan tindakan aku..ada yang setuju dan ada yang membangkang...
Dalam kecelaruan itu ...
Malam ku solat hajat mohon petunjuk dan hidayah..agar aku boleh membuat keputusan..

YANG AKU MAHU ..
BONDA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIAKALA
AMIN...

Bukan membuka pekong di dada atau membanggakan diri ini....
YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat-sifat itu...amin....
Sekadar catitan aku...nota aku.....dan....
Mungkin ada yang mencela dan mengkritik....
niatku satu...
Moga BONDA sembuh...
Duit tak ada atau habis ....... boleh di cari...
KESIHATAN BONDA>>>?





Aku Demam Keletihan

Aku mohon keampunan-Mu YA ALLAH... Akhirnya aku tumbang dalam menjaga bonda semalam hingga ke hari ni.... Tak terasa badan ni panas mendadak ..mungkin kurang rehat atau makan yang tak teratur..ntahlah... Aku minum banyak air masak dan telan pil demam dua biji.. Malam semalam tak lena.. Sambil menjaga bonda aku dapat rasakan badanku panas sangat.. Tapi aku sejuk.. Mungkin tuhan suruh aku berehat sejenak daripada menjaga bonda.. Tapi... menggigil juga badan ni bila mengambil wuduk.. Tapi aku gagahi jua.. Aku akur aku tak dapat melawan kehendak Ilahi..

Monday, September 23, 2013

KANDEL RAI

KANDEL RAI KU

Ayat dalam Bahasa Jawa yang membawa maksud

TEBALNYA MUKA KU....


Sunday, September 22, 2013

Tangan Bonda terlepas

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Amin Dah seminggu tangan bonda terlepas dari join nya pada bahagian bahu. mungkin akibat aku merengkan bonda dgn kerap ketika menukar kain lampinnya.. Dah di urut masukkan kembali lepas lagi.. Abah bercadang nak bawa ke hospital sungai buluh.. Aku menentang dgn kata kata yang lembut..adik adik lain dah stanbykan mpv masing masing.. Malam tu aku tak lena tidur.. paginya bila dah sampai masa aku tel abah untuk membawa bonda ke hospital tengku ampuan rahimah klang..sebab segala rekod dan jarak yang dekat.. Abah tak angkat..banyak kali aku cll..terus aku dail 999.

Friday, September 20, 2013

Kuatkan Aku Tabahkan Aku


Bonda TiranaAduka


TiranaAduka bersama Bonda


Bonda Sedang Beradu


TiranaAduka








Cara Lain Menyembuhkan Stroke

Aku Mohon Keampunan Pada Mu Ya Allah..

Cara Lain Menyembuhkan Stroke
Cara Lain Menyembuhkan Stroke

Mencuba dengan kawdah rawatan ini.... adalah usaha aku pada 2 tahun yang lepas ke atas bonda akibat stoke yang di alaminya....sebelum teruk.....
Nyata ada sedikit membuahkan hasil...

Cara Lain Menyembuhkan Stroke


Cara Lain Menyembuhkan Stroke

Untuk peringkat permulaan  aku hanya menggunakan sehari sekali dan tempoh jangka masa adalah 2 jam pada tahap kepanasan 2 sahaja,...

hari demi hari dan bulan berganti bulan..... semakin lama semakin kerap aku gunakan dan sedikt sangat perubhan yang berlaku pada bonda..
Aku tetap bersyukur....
Bonda sering memprotes panas dan berpeluh...ketika itu bonda boleh bertutur dan makan seperti biasa..
aku pun menerangkan yang jika berpeluh itu tandanya sihat dan segala urat saraf bonda mengalir dengan lancar  pada sistem pendarahan bonda...

Sebesar Biji Sawi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pagi jumaat yang damai .....aku tak tahu di mana harus aku mulai....
Melihatkan wajah sayu bonda di pagi jumaat yang indah dan damai ini...aku terasa sayu dan hiba menatap wajahnya...hanya senyuman yang dapat aku berikan dan kata-kata semangat yang tak pernah lekang di bibir ini...oh bonda ku.....maafkan anakanda andai ada kata-kata yang terkeluar menyentuh jiwa bonda...maafkan aku bonda..


4 tahun lepas ......aku gadaikan tanah  yang ku miliki demi untuk menyara perubatan bonda...syukur alhamdulillah..berjaya di jual dengan nilai yang agak tinggi.....
Betulk kata pepatah... "Bukit di cangkul akan rata jua "...itulah yang terjadi pada ku....mengapa tidak gunung yang di cangkul.......?....aku hanya ada bukit...tak sampai gunung lagi ( gurau je..)
Bukan aku membuat keputusan membuta tuli dengan menjual tanah aku bagi tujuan bonda....
Aku terpaksa berbincang dengan orang tercinta ( isteriku) demi memenuhi hasrat dan niat ku itu..alhamdulillah....positif hasilnya....
Oh cintaku....moga Allah membalas segala keikhlasan hati mu itu...

Bagi aku.....Selain kedua oarang tua...isteri dan anak - anak aku...tak lupa jua dunia motorsikalku....
Itu sahaja bagi ku ....Dengan niat utama menjadi seorang insan  dan sebagai HAMBA NYA....
Aku ingin berbakti pada bondaku ini...
Mungkin coretan ini akan di baca 10  atau 20 tahun lagi oleh anak-anak aku....
atau mereka yang mengenali aku di luar sana...




Kalau nak di kira.....pengorbanan sebesar biji sawi tak ternilai dan tak terbalas oleh ku....
Kasih sayang yang bonda berikan pada aku sewaktu aku kecil hingga kini....
penat ....mengantuk sakit demam bonda  di kala  membesarkan aku...belum dapat aku balas.....
Walau senilai Biji Sawi....
Ya ALLAH...kuatkan semangat aku....
amin...

Tak lupa juga...buat adik - beradik aku yang banyak membantu...terima kasih....i love you all...
semakin lama semakin matang pemikiran dan hati-hati mu semakin tulus.....
aku sayu dengan perubahan kalian...


Ubat-Ubat Tambahan untuk Bonda


Ubat-ubatan tambanhan buat Bonda TiranaAduka


Wednesday, September 18, 2013

Tiub Bonda Terlepas

Bonda TiranaAduka
Bonda TiranaAduka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur TA masih dapat lagi menulis nukilan ini di alam maya.....
Tiub yang berada di hidung Bonda lepas dengan tak sengaja 2 hari lepas...akibat tertarik oleh adik TA ketika memandikan Bonda...... 
Syukur alhamdulillah....dengan  IzinNya dapat juga di masukkan di klinik yang berdekatan...Terima kasih pada pembantu jururawat yang menjalankan tugas dengan lemah lembut dan sopan...
Walupun berbayar...teknik dan sentuhan yang lembut perlu bagi memasukkan tiub ke dalam perut bonda TA melalui hidung kirinya....

TA nak bawa  ke Pusat Kesihatan Kecil Meru...tetapi di halang oleh adik TA,,katanya lambat... memangTA  akui lambat......Syukur segalanya berjalan dengan lancar dan selamat...

Bayaran yang di kenakan  taklah semahal mana hanya dalam RM 40 sahaja untuk sekali masukkan..tempoh menunggu lebih kurang 10 minit sahaja dan waktu itu TA lihat ramai yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor....TA di utamakan terlebih dahulu...syukur...alhamdulillah...



Monday, September 2, 2013

Insulin


INSULIN untuk Bonda TiranaAduka
Sehari 4 kali....
ADUHHHHHHHHHHHHHH>>>>>!!!!!
Tak sanggup TiranaADuka nak cucuk..
TA hanya menyuruh Ayahanda yang buat..
Tak sampai hati.....ta nak menyuntikkan
Tak terdaya TA nak melaksanakan tugas ini....
Kalu bab yang lain tu TAok je...
Mandi, basuh berak dan kencing...
Minum susu Bonda..
Bagi minum ubat..
Fisioterapi atau senaman untuk Bonda
Akupuncher untuk Bonda..
Jaga Bonda Di Hospital
TIDAK MENGAPA....

TAPI

Bab Untuk Menyuntik INSULIN ini tak gagal...
Tak tahu mengapa...
Kalau tahun dulu 2012...hanya sekali sehari TA sanggup suntikkan..
Tapi kini di tahun 2013...TA gagal.... tak tahu mengapa hati ini lemah...
Kalau tak ambil INSULIN ini ....almaklum je lah...
bakal ke hospital akibat kandungan gula dalam darah Bonda yang tinggi..



Bonda TiranaAduka


Inilah Bonda TiranaAduka ...
Gambar Ini Di Ambil Sewaktu Hari Pertama Bonda Berada Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Buat Pertama Kalinya Gambar Bonda TA Berada Di Alam Maya Ini...
Semoga Bonda Lekas Sembuh Dan Pulih Seperti sedia kala...amin amin amin....

Adik beradik membantu


Bukan TA seorang yang turun padang selama ini bagi menguruskan kesihatan Bonda TA...Keseluruhan keluarga TA terlibat sama....syukur alhamdulillah...
Dulu Bonda hanya minum susu ni yang bersaiz kecil sahaja..
Waktu tu tu 2 tahun lepas... boleh makan dan minum guna mulut..
Bonda hanya minum  sekali sehari sahaja..
Kini...3 jam sekali Bonda dah kena minum susu ini.. melaui tiup yang di salurkan dari hidung bonda terus ke perutnya...




Gambar susu Nutren Diabetik ...sewaktu kehabisan susu bonda tempoh hari..
Memang menguji kesabaran nak cari susu ni...waktu tu hari Ahad..





Nutren Diabetik susu untuk  mereka yang menghidap kencing manis...