Pages

Tuesday, October 29, 2013

Aku Yang Buta

Kadang kala aku terlupa....bukan kadang kala tapi itu yang berlaku pada ku...
Insan yang selalu memberi sokongan , menguruskan makan minum ku pakaian ku...dan serba serbi tentang diri ku...ia...ISTERI KU..... aku terlalu sibuk dengan Bonda ku hingga hampir melupakan orang yang selalu di sisi ku...OH isteri ku.. maafkanlah aku ....

Aku nekad membawanya kesini untuk mendapatkan rawatan baginya... sementara sihat... untuk dirinya agar tidak mudarat...mungkin aku belum terlambat untuk menumpukan sedikit tumpuan dari segi kesihatan ISTERI KU ( CINTAKU )...oh isteriku...maafkan aku...

Tidak pernah merunggut walau sikecil kata...malah mengeluarkan duitnya bagi membantu aku dalam mengguruskan bonda aku...oh....aku buta.......buta dengan mata hati ku ini....oh isteri ku...maafkan aku ...

Jika ada perbuatan aku ini yang menjinggung dirimu...maafkanlah aku...

Aku yang lupa ...leka dan alpa.... aku mengaku di atas kesilapan aku ini.....
DENGAN PANTAS aku mengubahnya......demi kebahagian keluarga kita...Cinta kita.....

Walaupun cintaku sihat walafiat ....aku ingin memastikan ianya betul betul sihat.....( semampu aku )...

Aku bersyukur kerana ALLAH  mengerakkan hati ku ini dan membuka puntu hati ku ini pada mu..
Mungkin DOA mu......Doa -Doa yang baik bagi ku...
ALLAH itu maha Kaya lagi MAHA MENGETAHUI....
amin amin,,
Walaupun aku sudah tiada apa.......kau tetap setia....

Wednesday, October 16, 2013

Kandungan Gula Dalam Darah


Berapakah kandungan gula dalam darah anda..?
Sudahkah anda memeriksanya..?
Adakah anda prihatin dengan kesihatan anda..?



Kelengkapan untuk menguji tahap kandungan gula dalam darah ...
Bonda TiranaAduka Yang punya..
Sambil menyelam minum air..
TA buat untuk TA juga..


PELAN KE PUSAT TERAPI MEDAN ELEKTROSTATIK ( MERU )


Sedikit gambar bagi mereka yang bercadang untuk ke Pusat Terapi Medan Elektrostatik ini..
Kalau Dari Jalam Besar memang tak nampak ..
Ianya berada di belakang rumah.. dan Pastinya Sing Bord besar ada Di hadapannya
Maaf lupa nak ambil gambar Sign Bord berkenaan



Mungkin ada Pusat-Pusat Terapi yang sama di kawasan anda atau yang berhampiran dengan kawasan anda
Bagi yang berda di sekitar lembah Klang, Meru, Kapr, Kampung Budiman, Bukit Kapar, Kerayong Dan Puncak Alam...Mungkin ini yang terdekat bagi anda..



Pusat Terapi Medan Elektrostatik

Tirana Aduka

PUSAT TERAPI MEDAN ELEKTROSTATIK (MERU)
Lokasinya berada di Kawasan Tempat tinggal TiranaAduka
Tak susuh untuk mencarinya dan hanya mengambil masa 10 minit dari rumah

Buat Bonda TA...dah selesai untuk rawatan yang ini...
dan TiranaAduka mencadangkan dan telah pun TA bawa orang tercinta  ( isteri ) untuk sama- sama menjalankan rawatan tersebut..



Sunday, October 6, 2013

Buah Kelapa-TiranaAduka

 
Posted by Picasa

Friday, October 4, 2013

ukilan Di Hati Kecil Bergema


Hari hari yang berlalu seperti biasa buat bonda..walau bagi aku ada yang pahit dan ada yang manis ...masih ku pendam ..asal bonda bahagia..bukan ,membuka pekong di dada tapi sekadar coretan isi hati ku yang dah lama terpendam...
Mungkin di satu hari aku akan baca coretan ini buat tatapan aku di kala aku sunyi...

Apalah daya aku...
Mengharapkan bonda pulih sepenuhnya..
Tapi aku dapat rasakan yang semangat bonda sudah tiada...hampir 3 tahun   bonda menderita akibat stroke....
Bukan tiada ikhtiar atau doa ...selama mana bonda terlantar ....selama itulah doa dan usaha aku dan adik-beradik aku...buat bonda....
Abah tabah menghadapai.... aku kagum dengan semangat abah yang tak jemu-jemu menbelai dan memberika sepenuh kasih sayangnya pada bonda..
Bolehkah aku sebegitu jika berlaku pada diri ku ini..?
seribu persoalan yang  bermain di minda aku di kala aku merenung romeo dan juliet tu.... ( abah dan Bonda ku )

Tak pernah jemu dan lesu abah melayan kerenah bonda... dari mandi hingga tempat tidur..bagaikan bayi kecil  yang di asuh oleh abah...
Bukan aku tidak membantu...100% aku kerah tenaga ku jiwa dan raga ku pada bonda dan abah...syukur ...

Pernah di satu masa ...ketika bonda baru-baru  kena stroke...abah medukung bonda di belakangnya tiap-tiap pagi demi untuk mendapatkan cahaya sinar matahari pagi.....masa tu belum memiliki kerusi roda...
aku lihat abah dengan perlahan-lahan berjalan sambil menggendong bonda di belakangnya...aku terhenti langkah....
Tanpa aku sedari air mata ku mengalir.......mengalir dengan deras...oh abah......

Bukan sehari dua tapi dua bulan lebih aku perhatikannya....tabah dan sabar....memandikan dan mengurut bahagian yang stroke adalah rutinnya....dah lali bagi abah....

Selesai menguruskan bonda abah pun ke kedai kopi untuk bertemu rakan-rakan...bersantai sejenak...aku faham perasaan abah....
Tak lama...dalam satu jam  abah akan kembali dan menyiapkan makan tengahari bonda..selesai menyuapkan bonda..abah ke masjid...selesai solat abah akan beradu bersama bonda di sebelah...jam 3 atau 4 petang abah akan.....menyediakan minum petang bonda...sambil menantikan adzan asar berkumandang...



Thursday, October 3, 2013

TiranaAduka - Kiasan


ingin memetik bunga yang kembang
bunga ku puja di petik orang
namun ku tak akan putus asa
banyak mekar di dalam taman
walau seribu tahun  tak apa 
asalkan kembang
sungguh kasihan bunga bermadu
ditinggakan kumbang setelah layu
mimpikan kumbang sesudah layu
adakah ini suratan diriku sayang
sudahlah layu 
tiada yg mahu
dari itu ingatlah bunga
jaga diri jagalah
agar kamu tidak di persia'
oleh sang kumbang yang durjana





Sabar Dalam Kesabaran


Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang memikul..
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai atau kena pada aku..
Di BLOG pician ini....
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH
Pada Adik Beradik aku yang membantu aku..
Sokongan yang padu....
Tak tahu nak kata bagaimana terharunya rasa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dalam
Menguruskan Bonda..
Alhamdulillah..
Mungkin coretan kecil ini tak seberapa
Tapi bagi aku.( TA )... biarlah ini menjadi memori aku ...inilah diari aku
tempat aku  menyimpan dan meluahkan isi hati dan segala macam di ruangan kerdil ini
mungkin ada yang membaca atau terbaca coretan ini...
Oh...Tuhan kaulah yang mengaturkan segala-galanya di muka bumi ini..
Aku bersyukur padaMu YA ALLAH...
Alhamdulillah..
Buat Abah.....
Bolehkah..!!!!?????    aku mencontohi abah....
Aku Insan yang kerdil dan masih lagi belajar tentang kehidupan 
di muka bumi ini..
Banyak lagi liku-liku  dan onak berduri yang harus aku tempuhi
Kasih dan cinta yang mendalam ...abah pada Bonda...
Sedikit pun tak luak....dari dulu dan selamanya..
Aku kagum pada Abah...
Contoh telah berada di hadapan mata aku...
Dengan Kerenah Bonda yang manja...Abah Tabah melayannya..
Oh tuhan.....
Kau telah tunjukkan aku..
Betapa hebatnya Cinta itu...
Sebuah cinta yang suci ....
Aku memerhatit dan aku akan cuba sedaya upaya...
Mencontohi abah....
Oh abah...
Tiada ungkapan yang dapat ku kaitkan 
Setanding dengan ketabahan dan kesabaran mu itu...
Memang betul kata orang CINTA ITU buta...
Cinta yang murni lahir dari hati yang TULUS IKHLAS dan suci...
Akan Ku contohi dan ku sematkan di dada dan hati nurani ini..
Oh abah...
Andai ada kata-kata ku ini... 
Sepanjang hidup ku di muka bumi ini menyinggung hati mu...abah..
Ku Mohon maaf....




Aku Adalah Aku


Dugaan demi dugaan yang menimpa aku ...semoga aku tabah  menghadapinya....Ya Allah...tabahkan dan cekalkan hati ku ini untuk menghadapi ujian mu itu....
Bonda  mungkin dah berputus asa itu padangan aku tapi aku lihat semangat adik adik dan abah tak ketinggalan juga aku untuk memulihkan penyakit stroke bonda agar pulih seperti sediakala....
Allah maha mengetahui apa yang berlaku seterusnya...
doa dan usaha telah di lakukan sepanjang  bonda menghidap stroke... bonda sudah tiada apa lagi hanya abah dan anak-anak bonda yang di harapkan...
Aku bersyukur teramat sangat pada Allah s.w.t di berikan adik-adik yang baik dan memahami situasi aku dan bonda..... masing-masing memainkan peranan  sebagai seorang anak....abah tak jemu-jemu di samping bonda...sayu juga aku lihat abah...tabah dan sabar ....


Scan Stroke


Bilik Scan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..
Bulan lepas Scan Di sini...


Tuesday, October 1, 2013

NYEKEL

Cara Menyebut NYEKEL dengan nada dan Intonasi yang Betul

NYE   -  KEL

NYE
Di bunyikan seperti biasa tiada perubahan NYE

KEL
' Seekor binatang yang namanya KELDAI '
Ambil Bunyi ' KEL '   dari perkataan KELDAI untuk KEL BUNYIKAN KEL

Ubat Untuk Bonda


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah semalam..... masanya dah tiba untuk  aku mengambil ubat di Farmasi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang...
Bekalan ubat Insulin adalah amat penting bagi Bonda aku..
Bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi terus menuju ke distinasi yang di hajati..
Aku terpaksa meninggalkan Bonda seketika di temani oleh abah..
Alhamdulillah perjalanan aku ke sana lancar dengan tenang... aku berurusan di sana..
Alhamdulillah...
Ramai yang menunggu giliran di sana ( tempat mengambil ubat )..
Aku seperti biasa akan mengambil nombor giliran untuk mengambil ubat Bonda..
Tak sampai 20 minit nombor giliran aku di panggil....
Nampak ramai tapi perkhidmatan yang di jalankan cukup cepat dan pantas..
Alhamdulillah...

Sambil menunggu nombor giliran sempat juga aku melihat sekeliling..memang ramai dan penuh..tak dapat di nafikan..
tapi  cekap di uruskan oleh pihak hospital dan kakitangan yang bertugas ketika itu..
Mungkin rezeki aku pada ketika itu baik...alhamdulillah..
Bekalan yang di berikan untuk  tempoh 3 bulan...memang banyak..
mujur aku ada membawa beg kecil..
kalau tak...payah juga nak membawanya....

Selesai semalam urusan ubat-ubatan Bonda...alhamdulillah