Pages

Tuesday, December 31, 2013

Enjin Triumph T100


Engine Triumph T100

Enjin Triumph T100 ...nak kata sama dengan Triumph Bath Tub....memang sama dan bezanya hanyalah padaGear Boxnya...ia  Kotak Gear Box  Triumpah T100 berada di luar enjin dan berasingan dari enginenya tak sama seperti Triumph Bath Tub
Engine Triumph T100- Tirana Aduka

Frame Triumph T100


Frame Triumph T100

Yem merupakan sahabat ku yang baru memulakan perniagaannya .. bengkel menyembur cat yang telah beroperasi 6 bulan di hadapan rumahnya di kerayong... berhampiran kampungku... bukan sembarangan orang yem mempunyai kelulusan dari politeknik dan beberapa tempat  kerja di sekitar lembah klang.... memberanikan diri  terjun ke bidang perniagaan dan bertepatan dengan apa yang di pelajarinya dia memilih bidang mengecat dan mengetuk kenderaan...

Triumph T100- TiranaAduka
Frame Triumph T100- TiranaAduka


Semakin hari semakin ramai pelangan yang datang dan

Triumph T100 Motorsikal klassik di Malaysia


Triumph Motorcycle di Malaysia

Triumph T100-TiranaAduka
Triumph T100-TiranaAduka


Sedikit sinopsis yang dapat aku coretkan buat  nota aku...
Bukan kerana gila atau taksub dengan motorsikal keluaran british era perang dunia ke-2...jenama Triumph T100.. Mungkin dah rezeki aku... tak tau la..minat pada motor buruk atau  lebih biasa di panggil besi buruk...
Kata abah aku....baik beli je motorsikal berkuasa tinggi daripada membela atau memperbaiki besi buruk..
Mungkin aku suka yang mencabar ..maksud ku..sesuatu yang ku bina dari tangan aku sendiri dari hasil usaha penat letih aku...dan kesabaran yang tinggi...mengapa tidak pada motorsikal keluaran Jepun..?....
Mengapa aku berani mengatakan  "KESABARAN YANG  TINGGI " Menbina Triumph T100 bagi aku yang kurang berkemampuan merupakan cabaran dalam hidup ini... Kalau ada lebih barulah aku salurkan duit atau peruntukkan pada  projek Triumph T100 aku... lama tak lama aku rasa...pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun ke -8  pembinaan Triumph T100 aku ni...Dari kerangka....hinggalah engine Triumph T100

Dari aspek Kos memang sudah aku ketahui sejak awal lagi  untuk  pembinaan Triumph T100 ni...masa dan kesabaran juga perlu di samping kadang kala mood yang tak menentu bagi menyiapakan Triumph T100..

Nampak mudah kalau di hitung dengan akal fikiran...
Tak payah cerita la bagi yang mampu...beli seketul pun boleh ...rosak  hantar pada formen atau kedai yang di iktiraf...

Begitulah serba sedikit tentang pembinaan Triumph T100 aku ni..

Monday, December 23, 2013

Mengisi masa lapang

Dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.. Dalam mana ada sedikit kelapangan .. Aku terkenang pada triumph T100 projek pembinaan motorsikal klassik vantage era perang dunia ke-2. kalau hendak di hitung bulan 1 tahun 2014 ni genap 8 tahun proses membaik pulih. Tak tau bila nak siap..

Friday, December 20, 2013

Disember 2013

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. salam pagi jumaat semua. Maaf dariku andai ada yg terbalas kunjungan ke blog-blog mereka.. Akan tirana aduka cuba sedaya upaya. Jumaat yang indah ini banyakkan selawat.. Peringatan buat daku pada diriku ini.