Pages
▼
Tuesday, December 31, 2013
Enjin Triumph T100
Engine Triumph T100
Enjin Triumph T100 ...nak kata sama dengan Triumph Bath Tub....memang sama dan bezanya hanyalah padaGear Boxnya...ia Kotak Gear Box Triumpah T100 berada di luar enjin dan berasingan dari enginenya tak sama seperti Triumph Bath Tub
Frame Triumph T100
Frame Triumph T100
Yem merupakan sahabat ku yang baru memulakan perniagaannya .. bengkel menyembur cat yang telah beroperasi 6 bulan di hadapan rumahnya di kerayong... berhampiran kampungku... bukan sembarangan orang yem mempunyai kelulusan dari politeknik dan beberapa tempat kerja di sekitar lembah klang.... memberanikan diri terjun ke bidang perniagaan dan bertepatan dengan apa yang di pelajarinya dia memilih bidang mengecat dan mengetuk kenderaan...
![]() |
Frame Triumph T100- TiranaAduka |
Semakin hari semakin ramai pelangan yang datang dan
Triumph T100 Motorsikal klassik di Malaysia
Triumph Motorcycle di Malaysia
![]() |
Triumph T100-TiranaAduka |
Sedikit sinopsis yang dapat aku coretkan buat nota aku...
Bukan kerana gila atau taksub dengan motorsikal keluaran british era perang dunia ke-2...jenama Triumph T100.. Mungkin dah rezeki aku... tak tau la..minat pada motor buruk atau lebih biasa di panggil besi buruk...
Kata abah aku....baik beli je motorsikal berkuasa tinggi daripada membela atau memperbaiki besi buruk..
Mungkin aku suka yang mencabar ..maksud ku..sesuatu yang ku bina dari tangan aku sendiri dari hasil usaha penat letih aku...dan kesabaran yang tinggi...mengapa tidak pada motorsikal keluaran Jepun..?....
Mengapa aku berani mengatakan "KESABARAN YANG TINGGI " Menbina Triumph T100 bagi aku yang kurang berkemampuan merupakan cabaran dalam hidup ini... Kalau ada lebih barulah aku salurkan duit atau peruntukkan pada projek Triumph T100 aku... lama tak lama aku rasa...pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun ke -8 pembinaan Triumph T100 aku ni...Dari kerangka....hinggalah engine Triumph T100
Dari aspek Kos memang sudah aku ketahui sejak awal lagi untuk pembinaan Triumph T100 ni...masa dan kesabaran juga perlu di samping kadang kala mood yang tak menentu bagi menyiapakan Triumph T100..
Nampak mudah kalau di hitung dengan akal fikiran...
Tak payah cerita la bagi yang mampu...beli seketul pun boleh ...rosak hantar pada formen atau kedai yang di iktiraf...
Begitulah serba sedikit tentang pembinaan Triumph T100 aku ni..
Monday, December 23, 2013
Mengisi masa lapang
Dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.. Dalam mana ada sedikit kelapangan .. Aku terkenang pada triumph T100 projek pembinaan motorsikal klassik vantage era perang dunia ke-2.
kalau hendak di hitung bulan 1 tahun 2014 ni genap 8 tahun proses membaik pulih. Tak tau bila nak siap..
Friday, December 20, 2013
Disember 2013
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
salam pagi jumaat semua. Maaf dariku andai ada yg terbalas kunjungan ke blog-blog mereka.. Akan tirana aduka cuba sedaya upaya. Jumaat yang indah ini banyakkan selawat.. Peringatan buat daku pada diriku ini.
Monday, November 25, 2013
Monday, November 18, 2013
Monday, November 11, 2013
Aku Yang Masih
Bonda dan TiranaAduka
Sessi Makan dan Minum Bonda
3 jam sekali tanpa kompromi....
kalau TA tak sempat abah yang bagi....
Friday, November 8, 2013
Jumaat itu hari yang indah
Salam semua..
Lama tak update post .. maaf..di hari jumaat yang indah ini..banyakkanlah selawat ke atas junjungan besar nabi kita..Muhammad S.W.A. Amin moga hari ini penuh bermakna buat diri ku dan semua..
Tuesday, October 29, 2013
Aku Yang Buta
Kadang kala aku terlupa....bukan kadang kala tapi itu yang berlaku pada ku...
Insan yang selalu memberi sokongan , menguruskan makan minum ku pakaian ku...dan serba serbi tentang diri ku...ia...ISTERI KU..... aku terlalu sibuk dengan Bonda ku hingga hampir melupakan orang yang selalu di sisi ku...OH isteri ku.. maafkanlah aku ....
Aku nekad membawanya kesini untuk mendapatkan rawatan baginya... sementara sihat... untuk dirinya agar tidak mudarat...mungkin aku belum terlambat untuk menumpukan sedikit tumpuan dari segi kesihatan ISTERI KU ( CINTAKU )...oh isteriku...maafkan aku...
Tidak pernah merunggut walau sikecil kata...malah mengeluarkan duitnya bagi membantu aku dalam mengguruskan bonda aku...oh....aku buta.......buta dengan mata hati ku ini....oh isteri ku...maafkan aku ...
Jika ada perbuatan aku ini yang menjinggung dirimu...maafkanlah aku...
Aku yang lupa ...leka dan alpa.... aku mengaku di atas kesilapan aku ini.....
DENGAN PANTAS aku mengubahnya......demi kebahagian keluarga kita...Cinta kita.....
Walaupun cintaku sihat walafiat ....aku ingin memastikan ianya betul betul sihat.....( semampu aku )...
Aku bersyukur kerana ALLAH mengerakkan hati ku ini dan membuka puntu hati ku ini pada mu..
Mungkin DOA mu......Doa -Doa yang baik bagi ku...
ALLAH itu maha Kaya lagi MAHA MENGETAHUI....
amin amin,,
Walaupun aku sudah tiada apa.......kau tetap setia....
Insan yang selalu memberi sokongan , menguruskan makan minum ku pakaian ku...dan serba serbi tentang diri ku...ia...ISTERI KU..... aku terlalu sibuk dengan Bonda ku hingga hampir melupakan orang yang selalu di sisi ku...OH isteri ku.. maafkanlah aku ....
Aku nekad membawanya kesini untuk mendapatkan rawatan baginya... sementara sihat... untuk dirinya agar tidak mudarat...mungkin aku belum terlambat untuk menumpukan sedikit tumpuan dari segi kesihatan ISTERI KU ( CINTAKU )...oh isteriku...maafkan aku...
Tidak pernah merunggut walau sikecil kata...malah mengeluarkan duitnya bagi membantu aku dalam mengguruskan bonda aku...oh....aku buta.......buta dengan mata hati ku ini....oh isteri ku...maafkan aku ...
Jika ada perbuatan aku ini yang menjinggung dirimu...maafkanlah aku...
Aku yang lupa ...leka dan alpa.... aku mengaku di atas kesilapan aku ini.....
DENGAN PANTAS aku mengubahnya......demi kebahagian keluarga kita...Cinta kita.....
Walaupun cintaku sihat walafiat ....aku ingin memastikan ianya betul betul sihat.....( semampu aku )...
Aku bersyukur kerana ALLAH mengerakkan hati ku ini dan membuka puntu hati ku ini pada mu..
Mungkin DOA mu......Doa -Doa yang baik bagi ku...
ALLAH itu maha Kaya lagi MAHA MENGETAHUI....
amin amin,,
Walaupun aku sudah tiada apa.......kau tetap setia....
Wednesday, October 16, 2013
Kandungan Gula Dalam Darah
Berapakah kandungan gula dalam darah anda..?
Sudahkah anda memeriksanya..?
Adakah anda prihatin dengan kesihatan anda..?
Kelengkapan untuk menguji tahap kandungan gula dalam darah ...
Bonda TiranaAduka Yang punya..
Sambil menyelam minum air..
TA buat untuk TA juga..
PELAN KE PUSAT TERAPI MEDAN ELEKTROSTATIK ( MERU )
Sedikit gambar bagi mereka yang bercadang untuk ke Pusat Terapi Medan Elektrostatik ini..
Kalau Dari Jalam Besar memang tak nampak ..
Ianya berada di belakang rumah.. dan Pastinya Sing Bord besar ada Di hadapannya
Maaf lupa nak ambil gambar Sign Bord berkenaan
Mungkin ada Pusat-Pusat Terapi yang sama di kawasan anda atau yang berhampiran dengan kawasan anda
Bagi yang berda di sekitar lembah Klang, Meru, Kapr, Kampung Budiman, Bukit Kapar, Kerayong Dan Puncak Alam...Mungkin ini yang terdekat bagi anda..
Pusat Terapi Medan Elektrostatik
PUSAT TERAPI MEDAN ELEKTROSTATIK (MERU)
Lokasinya berada di Kawasan Tempat tinggal TiranaAduka
Tak susuh untuk mencarinya dan hanya mengambil masa 10 minit dari rumah
Buat Bonda TA...dah selesai untuk rawatan yang ini...
dan TiranaAduka mencadangkan dan telah pun TA bawa orang tercinta ( isteri ) untuk sama- sama menjalankan rawatan tersebut..
Sunday, October 6, 2013
Friday, October 4, 2013
ukilan Di Hati Kecil Bergema
Hari hari yang berlalu seperti biasa buat bonda..walau bagi aku ada yang pahit dan ada yang manis ...masih ku pendam ..asal bonda bahagia..bukan ,membuka pekong di dada tapi sekadar coretan isi hati ku yang dah lama terpendam...
Mungkin di satu hari aku akan baca coretan ini buat tatapan aku di kala aku sunyi...
Apalah daya aku...
Mengharapkan bonda pulih sepenuhnya..
Tapi aku dapat rasakan yang semangat bonda sudah tiada...hampir 3 tahun bonda menderita akibat stroke....
Bukan tiada ikhtiar atau doa ...selama mana bonda terlantar ....selama itulah doa dan usaha aku dan adik-beradik aku...buat bonda....
Abah tabah menghadapai.... aku kagum dengan semangat abah yang tak jemu-jemu menbelai dan memberika sepenuh kasih sayangnya pada bonda..
Bolehkah aku sebegitu jika berlaku pada diri ku ini..?
seribu persoalan yang bermain di minda aku di kala aku merenung romeo dan juliet tu.... ( abah dan Bonda ku )
Tak pernah jemu dan lesu abah melayan kerenah bonda... dari mandi hingga tempat tidur..bagaikan bayi kecil yang di asuh oleh abah...
Bukan aku tidak membantu...100% aku kerah tenaga ku jiwa dan raga ku pada bonda dan abah...syukur ...
Pernah di satu masa ...ketika bonda baru-baru kena stroke...abah medukung bonda di belakangnya tiap-tiap pagi demi untuk mendapatkan cahaya sinar matahari pagi.....masa tu belum memiliki kerusi roda...
aku lihat abah dengan perlahan-lahan berjalan sambil menggendong bonda di belakangnya...aku terhenti langkah....
Tanpa aku sedari air mata ku mengalir.......mengalir dengan deras...oh abah......
Bukan sehari dua tapi dua bulan lebih aku perhatikannya....tabah dan sabar....memandikan dan mengurut bahagian yang stroke adalah rutinnya....dah lali bagi abah....
Selesai menguruskan bonda abah pun ke kedai kopi untuk bertemu rakan-rakan...bersantai sejenak...aku faham perasaan abah....
Tak lama...dalam satu jam abah akan kembali dan menyiapkan makan tengahari bonda..selesai menyuapkan bonda..abah ke masjid...selesai solat abah akan beradu bersama bonda di sebelah...jam 3 atau 4 petang abah akan.....menyediakan minum petang bonda...sambil menantikan adzan asar berkumandang...
Thursday, October 3, 2013
TiranaAduka - Kiasan
ingin memetik bunga yang kembang
bunga ku puja di petik orang
namun ku tak akan putus asa
banyak mekar di dalam taman
walau seribu tahun tak apa
asalkan kembang
sungguh kasihan bunga bermadu
ditinggakan kumbang setelah layu
mimpikan kumbang sesudah layu
adakah ini suratan diriku sayang
sudahlah layu
tiada yg mahu
dari itu ingatlah bunga
jaga diri jagalah
agar kamu tidak di persia'
oleh sang kumbang yang durjana
Sabar Dalam Kesabaran
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang memikul..
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai atau kena pada aku..
Di BLOG pician ini....
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH
Pada Adik Beradik aku yang membantu aku..
Sokongan yang padu....
Tak tahu nak kata bagaimana terharunya rasa dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini dalam
Menguruskan Bonda..
Alhamdulillah..
Mungkin coretan kecil ini tak seberapa
Tapi bagi aku.( TA )... biarlah ini menjadi memori aku ...inilah diari aku
tempat aku menyimpan dan meluahkan isi hati dan segala macam di ruangan kerdil ini
mungkin ada yang membaca atau terbaca coretan ini...
Oh...Tuhan kaulah yang mengaturkan segala-galanya di muka bumi ini..
Aku bersyukur padaMu YA ALLAH...
Alhamdulillah..
Buat Abah.....
Bolehkah..!!!!????? aku mencontohi abah....
Aku Insan yang kerdil dan masih lagi belajar tentang kehidupan
di muka bumi ini..
Banyak lagi liku-liku dan onak berduri yang harus aku tempuhi
Kasih dan cinta yang mendalam ...abah pada Bonda...
Sedikit pun tak luak....dari dulu dan selamanya..
Aku kagum pada Abah...
Contoh telah berada di hadapan mata aku...
Dengan Kerenah Bonda yang manja...Abah Tabah melayannya..
Oh tuhan.....
Kau telah tunjukkan aku..
Betapa hebatnya Cinta itu...
Sebuah cinta yang suci ....
Aku memerhatit dan aku akan cuba sedaya upaya...
Mencontohi abah....
Oh abah...
Tiada ungkapan yang dapat ku kaitkan
Setanding dengan ketabahan dan kesabaran mu itu...
Memang betul kata orang CINTA ITU buta...
Cinta yang murni lahir dari hati yang TULUS IKHLAS dan suci...
Akan Ku contohi dan ku sematkan di dada dan hati nurani ini..
Oh abah...
Andai ada kata-kata ku ini...
Sepanjang hidup ku di muka bumi ini menyinggung hati mu...abah..
Ku Mohon maaf....
Aku Adalah Aku
Dugaan demi dugaan yang menimpa aku ...semoga aku tabah menghadapinya....Ya Allah...tabahkan dan cekalkan hati ku ini untuk menghadapi ujian mu itu....
Bonda mungkin dah berputus asa itu padangan aku tapi aku lihat semangat adik adik dan abah tak ketinggalan juga aku untuk memulihkan penyakit stroke bonda agar pulih seperti sediakala....
Allah maha mengetahui apa yang berlaku seterusnya...
doa dan usaha telah di lakukan sepanjang bonda menghidap stroke... bonda sudah tiada apa lagi hanya abah dan anak-anak bonda yang di harapkan...
Aku bersyukur teramat sangat pada Allah s.w.t di berikan adik-adik yang baik dan memahami situasi aku dan bonda..... masing-masing memainkan peranan sebagai seorang anak....abah tak jemu-jemu di samping bonda...sayu juga aku lihat abah...tabah dan sabar ....
Tuesday, October 1, 2013
NYEKEL
Cara Menyebut NYEKEL dengan nada dan Intonasi yang Betul
NYE - KEL
NYE
Di bunyikan seperti biasa tiada perubahan NYE
KEL
' Seekor binatang yang namanya KELDAI '
Ambil Bunyi ' KEL ' dari perkataan KELDAI untuk KEL BUNYIKAN KEL
NYE - KEL
NYE
Di bunyikan seperti biasa tiada perubahan NYE
KEL
' Seekor binatang yang namanya KELDAI '
Ambil Bunyi ' KEL ' dari perkataan KELDAI untuk KEL BUNYIKAN KEL
Ubat Untuk Bonda
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah semalam..... masanya dah tiba untuk aku mengambil ubat di Farmasi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang...
Bekalan ubat Insulin adalah amat penting bagi Bonda aku..
Bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi terus menuju ke distinasi yang di hajati..
Aku terpaksa meninggalkan Bonda seketika di temani oleh abah..
Alhamdulillah perjalanan aku ke sana lancar dengan tenang... aku berurusan di sana..
Alhamdulillah...
Ramai yang menunggu giliran di sana ( tempat mengambil ubat )..
Aku seperti biasa akan mengambil nombor giliran untuk mengambil ubat Bonda..
Tak sampai 20 minit nombor giliran aku di panggil....
Nampak ramai tapi perkhidmatan yang di jalankan cukup cepat dan pantas..
Alhamdulillah...
Sambil menunggu nombor giliran sempat juga aku melihat sekeliling..memang ramai dan penuh..tak dapat di nafikan..
tapi cekap di uruskan oleh pihak hospital dan kakitangan yang bertugas ketika itu..
Mungkin rezeki aku pada ketika itu baik...alhamdulillah..
Bekalan yang di berikan untuk tempoh 3 bulan...memang banyak..
mujur aku ada membawa beg kecil..
kalau tak...payah juga nak membawanya....
Selesai semalam urusan ubat-ubatan Bonda...alhamdulillah
Wednesday, September 25, 2013
GADAI ATAU JUAL
Jalan / Lorong menuju ke kebun ku...
Tanah yang ku jual
Biarlah menjadi kenangan aku....
Triumph Bath Tub
Aku bina dengan tangan aku sendiri sedikit demi sedikit hingga boleh berjalan di atas jalan raya..
Telah selamat bertukar hak milik dan kini berada di Penang
Telah ku jual juga pada minggu lepas..
Gadai...Jual.....itulah yang sering bermain di minda ku......sejak bonda ku di duga dengan sakit stroke..
Alternatif yang ku lakukan.. semampu aku dan itulah yang aku ada..
Aku tidak menoleh tentang apa yang ku tinggalkan atau mengharap balasan...
Ramai juga yang mempertikaikan tindakan aku..ada yang setuju dan ada yang membangkang...
Dalam kecelaruan itu ...
Malam ku solat hajat mohon petunjuk dan hidayah..agar aku boleh membuat keputusan..
YANG AKU MAHU ..
BONDA KEMBALI SIHAT SEPERTI SEDIAKALA
AMIN...
Bukan membuka pekong di dada atau membanggakan diri ini....
YA ALLAH jauhkanlah aku dari sifat-sifat itu...amin....
Sekadar catitan aku...nota aku.....dan....
Mungkin ada yang mencela dan mengkritik....
niatku satu...
Moga BONDA sembuh...
Duit tak ada atau habis ....... boleh di cari...
KESIHATAN BONDA>>>?
Aku Demam Keletihan
Aku mohon keampunan-Mu YA ALLAH... Akhirnya aku tumbang dalam menjaga bonda semalam hingga ke hari ni.... Tak terasa badan ni panas mendadak ..mungkin kurang rehat atau makan yang tak teratur..ntahlah... Aku minum banyak air masak dan telan pil demam dua biji.. Malam semalam tak lena.. Sambil menjaga bonda aku dapat rasakan badanku panas sangat.. Tapi aku sejuk.. Mungkin tuhan suruh aku berehat sejenak daripada menjaga bonda.. Tapi... menggigil juga badan ni bila mengambil wuduk.. Tapi aku gagahi jua.. Aku akur aku tak dapat melawan kehendak Ilahi..
Monday, September 23, 2013
Sunday, September 22, 2013
Tangan Bonda terlepas
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Amin Dah seminggu tangan bonda terlepas dari join nya pada bahagian bahu. mungkin akibat aku merengkan bonda dgn kerap ketika menukar kain lampinnya.. Dah di urut masukkan kembali lepas lagi.. Abah bercadang nak bawa ke hospital sungai buluh.. Aku menentang dgn kata kata yang lembut..adik adik lain dah stanbykan mpv masing masing.. Malam tu aku tak lena tidur.. paginya bila dah sampai masa aku tel abah untuk membawa bonda ke hospital tengku ampuan rahimah klang..sebab segala rekod dan jarak yang dekat.. Abah tak angkat..banyak kali aku cll..terus aku dail 999.
Friday, September 20, 2013
Cara Lain Menyembuhkan Stroke
Aku Mohon Keampunan Pada Mu Ya Allah..
Mencuba dengan kawdah rawatan ini.... adalah usaha aku pada 2 tahun yang lepas ke atas bonda akibat stoke yang di alaminya....sebelum teruk.....
![]() |
Cara Lain Menyembuhkan Stroke |
Mencuba dengan kawdah rawatan ini.... adalah usaha aku pada 2 tahun yang lepas ke atas bonda akibat stoke yang di alaminya....sebelum teruk.....
Nyata ada sedikit membuahkan hasil...
Cara Lain Menyembuhkan Stroke
Untuk peringkat permulaan aku hanya menggunakan sehari sekali dan tempoh jangka masa adalah 2 jam pada tahap kepanasan 2 sahaja,...
hari demi hari dan bulan berganti bulan..... semakin lama semakin kerap aku gunakan dan sedikt sangat perubhan yang berlaku pada bonda..
Aku tetap bersyukur....
Bonda sering memprotes panas dan berpeluh...ketika itu bonda boleh bertutur dan makan seperti biasa..
aku pun menerangkan yang jika berpeluh itu tandanya sihat dan segala urat saraf bonda mengalir dengan lancar pada sistem pendarahan bonda...
Sebesar Biji Sawi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Pagi jumaat yang damai .....aku tak tahu di mana harus aku mulai....
Melihatkan wajah sayu bonda di pagi jumaat yang indah dan damai ini...aku terasa sayu dan hiba menatap wajahnya...hanya senyuman yang dapat aku berikan dan kata-kata semangat yang tak pernah lekang di bibir ini...oh bonda ku.....maafkan anakanda andai ada kata-kata yang terkeluar menyentuh jiwa bonda...maafkan aku bonda..
Pagi jumaat yang damai .....aku tak tahu di mana harus aku mulai....
Melihatkan wajah sayu bonda di pagi jumaat yang indah dan damai ini...aku terasa sayu dan hiba menatap wajahnya...hanya senyuman yang dapat aku berikan dan kata-kata semangat yang tak pernah lekang di bibir ini...oh bonda ku.....maafkan anakanda andai ada kata-kata yang terkeluar menyentuh jiwa bonda...maafkan aku bonda..
4 tahun lepas ......aku gadaikan tanah yang ku miliki demi untuk menyara perubatan bonda...syukur alhamdulillah..berjaya di jual dengan nilai yang agak tinggi.....
Betulk kata pepatah... "Bukit di cangkul akan rata jua "...itulah yang terjadi pada ku....mengapa tidak gunung yang di cangkul.......?....aku hanya ada bukit...tak sampai gunung lagi ( gurau je..)
Bukan aku membuat keputusan membuta tuli dengan menjual tanah aku bagi tujuan bonda....
Aku terpaksa berbincang dengan orang tercinta ( isteriku) demi memenuhi hasrat dan niat ku itu..alhamdulillah....positif hasilnya....
Oh cintaku....moga Allah membalas segala keikhlasan hati mu itu...
Bagi aku.....Selain kedua oarang tua...isteri dan anak - anak aku...tak lupa jua dunia motorsikalku....
Itu sahaja bagi ku ....Dengan niat utama menjadi seorang insan dan sebagai HAMBA NYA....
Aku ingin berbakti pada bondaku ini...
Mungkin coretan ini akan di baca 10 atau 20 tahun lagi oleh anak-anak aku....
atau mereka yang mengenali aku di luar sana...
Kalau nak di kira.....pengorbanan sebesar biji sawi tak ternilai dan tak terbalas oleh ku....
Kasih sayang yang bonda berikan pada aku sewaktu aku kecil hingga kini....
penat ....mengantuk sakit demam bonda di kala membesarkan aku...belum dapat aku balas.....
Walau senilai Biji Sawi....
Ya ALLAH...kuatkan semangat aku....
amin...
Tak lupa juga...buat adik - beradik aku yang banyak membantu...terima kasih....i love you all...
semakin lama semakin matang pemikiran dan hati-hati mu semakin tulus.....
aku sayu dengan perubahan kalian...
Wednesday, September 18, 2013
Tiub Bonda Terlepas
![]() |
Bonda TiranaAduka |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur TA masih dapat lagi menulis nukilan ini di alam maya.....
Tiub yang berada di hidung Bonda lepas dengan tak sengaja 2 hari lepas...akibat tertarik oleh adik TA ketika memandikan Bonda......
Syukur alhamdulillah....dengan IzinNya dapat juga di masukkan di klinik yang berdekatan...Terima kasih pada pembantu jururawat yang menjalankan tugas dengan lemah lembut dan sopan...
Walupun berbayar...teknik dan sentuhan yang lembut perlu bagi memasukkan tiub ke dalam perut bonda TA melalui hidung kirinya....
TA nak bawa ke Pusat Kesihatan Kecil Meru...tetapi di halang oleh adik TA,,katanya lambat... memangTA akui lambat......Syukur segalanya berjalan dengan lancar dan selamat...
Bayaran yang di kenakan taklah semahal mana hanya dalam RM 40 sahaja untuk sekali masukkan..tempoh menunggu lebih kurang 10 minit sahaja dan waktu itu TA lihat ramai yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor....TA di utamakan terlebih dahulu...syukur...alhamdulillah...
Monday, September 2, 2013
Insulin
INSULIN untuk Bonda TiranaAduka
Sehari 4 kali....
ADUHHHHHHHHHHHHHH>>>>>!!!!!
Tak sanggup TiranaADuka nak cucuk..
TA hanya menyuruh Ayahanda yang buat..
Tak sampai hati.....ta nak menyuntikkan
Tak terdaya TA nak melaksanakan tugas ini....
Kalu bab yang lain tu TAok je...
Mandi, basuh berak dan kencing...
Minum susu Bonda..
Bagi minum ubat..
Fisioterapi atau senaman untuk Bonda
Akupuncher untuk Bonda..
Jaga Bonda Di Hospital
TIDAK MENGAPA....
TAPI
Bab Untuk Menyuntik INSULIN ini tak gagal...
Tak tahu mengapa...
Kalau tahun dulu 2012...hanya sekali sehari TA sanggup suntikkan..
Tapi kini di tahun 2013...TA gagal.... tak tahu mengapa hati ini lemah...
Kalau tak ambil INSULIN ini ....almaklum je lah...
bakal ke hospital akibat kandungan gula dalam darah Bonda yang tinggi..
Bonda TiranaAduka
Inilah Bonda TiranaAduka ...
Gambar Ini Di Ambil Sewaktu Hari Pertama Bonda Berada Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Buat Pertama Kalinya Gambar Bonda TA Berada Di Alam Maya Ini...
Semoga Bonda Lekas Sembuh Dan Pulih Seperti sedia kala...amin amin amin....
Adik beradik membantu
Bukan TA seorang yang turun padang selama ini bagi menguruskan kesihatan Bonda TA...Keseluruhan keluarga TA terlibat sama....syukur alhamdulillah...
Dulu Bonda hanya minum susu ni yang bersaiz kecil sahaja..
Waktu tu tu 2 tahun lepas... boleh makan dan minum guna mulut..
Bonda hanya minum sekali sehari sahaja..
Kini...3 jam sekali Bonda dah kena minum susu ini.. melaui tiup yang di salurkan dari hidung bonda terus ke perutnya...
Gambar susu Nutren Diabetik ...sewaktu kehabisan susu bonda tempoh hari..
Memang menguji kesabaran nak cari susu ni...waktu tu hari Ahad..
Nutren Diabetik susu untuk mereka yang menghidap kencing manis...
Monday, August 26, 2013
Susu oh susu
Syukur pada Allah yang Maha Esa. Pagi jam 10 pada ahad semalam dengan tak di sangka susu untuk bonda kehabisan...TA ingat ada lagi satu tin.. Rupanya itulah tin yang terakhir.. Cari-cari sekitar tempat tinggal di meru..dua farmasi tutup almaklum sajalah hari minggu.. ta telifon adik ta yang berada di bukit kapar dan bertanyakan hal tersebut..katanya tunggu lagi sejam sebab dia hendak menyelesaikan halnya. Tak mengapa ta bersabar..dan dia menyuruh ta duduk diam diam di rumah sementara menunggu ketibaannya. 12.30 dia tiba dan ta bergegas bersamanya menuju ke Setia Alam, alhamdulillah.tak tutup farmasi tu..dapat dua tin ..sampai di rumah ta periksa apa lagi yang kehabisan atau yg dah nak abis..kesemuanya masih cukup..
Wednesday, August 21, 2013
Fisioterapi Untuk Bonda
Memang dah ada di jadualkan fisioterapi untuk bonda.. Tapi ta ingin membawa bonda TA ke tempat rawatan Al-Jabbar.
Telah di jadualkan untuk buat rawatan susulan hari ini...di hospital tengku ampuan rahimah klang..temujanji jam 9 pagi..malam semalam dah pakat-pakat dengan adik beradik siapa yang nak hantar bonda ke hospital..pagi tadi jam 7.20 ta dah stanby.. Abah dah ada plan lain rupanya..adoi..ta pun lambat buka wechat..batal rupanya nak ke hospital tengku ampuan rahimah klang... Abah dah ada plan untuk buat terapi bonda di Trolak..di perak rasanya..erm..TA. Tak mampu berkata apa - apa..semua orang nak bonda sihat.. TA ada niat nak bawa bonda ke tempat rawatan Al-Jabbar..
Hari ni bonda meminta sesuatu yg tak dapat TA faham..tak tau apa bendanya..nak buang air bukan.nak picit pun bukan.
Tuesday, August 20, 2013
Suka Dalam Duka
Alhamdulillah bonda ta dah pulang ke rumah. Dan yang paling bahagia terpancar di raut wajahnya ada ta nampak.. Nyenyak bonda ta tidur..sampai makannya pun ta terpaksa kejut berulang kali.. Walaupun lemah dan tak boleh berkata-kata..tapi bonda faham dengan jelas apa yg di dengarnya..Untuk alternatif ta gunakan bahasa isyarat ..'kalau mak nak kencing angkat tangan' itulah yg mampu ta berikan..dan yang lain-lain..kalau tak biasa mungkin tak tau apa yang bonda nak..kadang pun ta tersalah jangka.. Gatal di bahagian kaki rupanya.bukan sakit kaki.. Ta pun picit la bonda ta..reaksi bonda lain macam. Bagai ada yang tak kena.. walau bonda ceria tapi ta rasa berduka..sebab ta tak dapat menemani bonda semalam .ta demam keletihan.
Saturday, August 17, 2013
Ke Hospital Lagi
Pagi tadi bonda dah lemah-lemah...mungkin hanya minum susu dan ambil ubat darah tinggi dan kencing manis.. Ta periksa tekanan darah dan kandungan gulanya.. Ok ok je.. Tapi bonda bagaikan hilang tenaganya.. Abah segera menelifon ambulan..lepas zohor ambulan tiba.. bonda di temani oleh adik ta di dalam ambulan menuju ke hospital. Abah menyusur dari belakang dengan kelengkapan bonda yg siap-siap tersedia di dalam kereta. TA ikut dari belakang dengan motosikal..doa dari semua ta harapkan..TA dah call adik beradik semua.memberitahu situasi terkini tentang bonda..takut kalau-kalau di persalahkan lagi..
Friday, August 16, 2013
Oh Bondaku
Salam reader semua- Petang semalam jam 4.00 seperti biasa ta memberi minum susu pada bonda ta. Malam tadi jam 7 malam ta dapat panggilam telifon dari adik ta.. Bonda muntah sedikit akibat terlebih minum susu yang ta berikan.. MAAFKAN TA BONDA..
sengaja ta melebihkan sedikit daripada sukatan asal agar bonda tidak kelaparan nanti.tapi lain pula jadinya..maafkan ta bonda..niat baik belum tentu jadinya baik.ta akur..Semua adik beradik ta memarahi ta dan ta memang bersalah..maaf di pohon pada mereka semua tanpa bertangguh..
Thursday, August 15, 2013
Ngerumat
Ngerumat- ngerumat dalam bahasa jawa yang membawa maksud MENJAGA atau sama maksud dengan MENYELENGGARA.
Contoh ayat dalam Bahasa Malaysia
Tirana Aduka menjaga bonda di pagi ini..selepas mandi bonda minun susu..ta menyapukan minyak panas pada kaki bonda. Bonda terlena.
Dalam Bahasa Jawa- TiranaAduka NGERUMAT emak ei.
Wednesday, August 14, 2013
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Syukur malam tadi bonda dah selamat keluar dari Hospital. Dah berada di rumah kini.. Stroke kali ke 2. Itulah yg terjadi pada bunda ta .. Menyebabkan bonda tidak boleh bertutur. Mujur bonda boleh menulis.. Bonda hanya boleh minum susu sahaja melalui tiup plastik yg di masukkan melalui hidungnya. stroke pada sebelah kiri mengakibatkan bonda tak boleh bergerak hanya sebelah kanan sahaja yang berfungsi.. ubat pil bonda dah tak boleh telan seperti biasa. Ta terpaksa hancurkan pil dan bancuh dengan air suam...lima hari bonda mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (htar). Dan selama itu ta berada di sana..alhamdulillah orang tercinta memahami dan memberikan semangat pada ta..
Tuesday, August 6, 2013
Selamat Hari raya
Salam semua............
Selamat hari raya ...
Maaf zahir batin
Dari TiranaAduka.....
Saturday, August 3, 2013
Ramadhan terakhir
Mungkin ini satu dugaan buat aku yang masih berada di sini lagi ...harap aku dapat mengharunginya dengan hati yang tabah.. Di akhir Ramadhan yang mulia ini ku pohon agar di berika kekuatan untuk aku terus berjuang dalam dugaan yang di berikan ini..
Ya Allah.......
Perkenankanlah doa ku ini...amin amin
Wednesday, July 31, 2013
Ramadhan TAHUN 2013
Alhamdulillah ..sudah 22 ramadhan pada hari ini.. Syukur... Walaupun letih mata malam tadi berqiam di tepi bonda.. sesekali melihat bonda yg lena beradu..sayu rasa hati..
Bonda kurang meragam hari ni.. .. Mungkin letih..
Ramadhan 2013 yang penuh dengan dugaan..moga aku tabah selamanya.amin
Zakat Fitrah
Alhamdulillah syuur tertunai sudah zakat fitrah 2013.
amin..................
Bagi yang belum usah berlengah lagi.....
Sementara masih ada kelapangan..
amin..................
Bagi yang belum usah berlengah lagi.....
Sementara masih ada kelapangan..
Tuesday, July 30, 2013
Malam Yang Penuh Nikmat
Salam reader semua. Alhamdulillah syukur tirana aduka atas limpah rahmatNya amin. Berjaya juga ta qiam untuk dua hari ni...amin amin ...moga di berikan kudrat dan hati yang cekal...
Wednesday, July 24, 2013
Bateri baru untuk kereta
Salam reader sekelian......
Nak tak nak hari ni kena juga belikan yang baru...... Masuk kali ni dah dua kali tak leh start...... Sib baik kena di rumah......syukur alhadulillah.......
N60 12wat..... Untuk kereta cinta ta...... Murah je dalm rm140 kat kedai ah tong...........
Monday, July 22, 2013
Munjung
Munjung dalam sebutan jawa..yang membawa maksud..Memberikan juadah makanan pada jiran adik-beradik , saudara mara dan rakan taulan pada bulan Ramadhan dan Syawal sahaja..kalau pada zaman tirana aduka manggkuk tingkat di jadikan bekas untuk mengisi makanan bagi tujuan MUNJUNG ini..
7 .. 8 set mangkuk tingkat ada di rumah..lontong..kuah lodeh , sambal kacang, sambal tempe kering.. Dan sambal sotong.antara juadah MUNJUNG...kalau tak ada lontong ketupat dan lemang sebagai ganti besert dengan lauk iringan..
Tujuan munjung ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama insan......dan memupuk sifat bermurah hati......
Apa jua juadah yg halal boleh di jadikan MUNJUNG......Seperkara lagi tetang munjung memunjung ni....... Apa jua yg diterima..haruslah disyukuri.....tak ,kira banyak atau sedikit........
Orak Betah
Orak BETAH,
Bermaksud 'Tidak Tahan Lagi'
Tiada perubahan pada bunyi 'BETAH' di sebut seperti ejaan biasa.
Wednesday, July 17, 2013
MOKAH
MOKAH..adalah perkataan dalam bahasa jawa yang membawa erti BERBUKA PUASA.
MOKAH sering terjadi pada kanak-kanak yang baru belajar berpuasa..dan mokah di haruskan pada mereka yang tak tahan berpuasa dan jika mereka berpuasa memudaratkan diri diharuskan MOKAH..
Ramadhan ini
salam semua reader,
Ramadahan ini amat indah...bulan yang di nanti-nantikan kehadirannya...
syukur aku masih boleh merasainya..amin...amin
Monday, July 8, 2013
Tandatangan ReportCard
salam reader semua
Nak tak nak hari nie kena hadir juga di sekolah hero tirana aduka..pada pagi dan petang..
Bonda terpaksa ta tinggal sekejap..pagi tadi dah sarapan dan mandi..terus ta tinggal..
Harap bonda tak kecil hati tau..
Out dulu
Friday, July 5, 2013
Usahlah merajuk wahai bondaku
Salam reader semua
Jumaat yang damai dan indah
Pagi ni curi-curi up date post ..bonda ta tengah majuk tak nak sarapan..adoi...
TA tinggal jap..up date blog..rasanya malam tadi TA lambat sampai..tu yang bonda majuk.. Lewat sikit malam tadi..ada bacaan yassin di surau..
Nanti ta beritahu pada bunda..erm..maafkan ta bunda..atas kelewatan ini....
Manja sangat bunda ta ni..sabar je la..
Nanti lepas sarapan lempeng dan kuih tu...ta bawa bunda jalan-jalan naik kerusi roda untuk berjemur di halaman rumah...ok bunda.
Bondakan suka dengan suasana pagi yang nyaman dan bunyi kicauan burung di pagi hari...
Ok out dulu..
Wednesday, July 3, 2013
Rindu dengan blog
Salam reader semua
Lama menyepi bukan beerti mati
Sebak rasa hati terpendam lama
Rindu pada sahabat semua
Masa ku lari pada perkara utama
Menjaga bonda yang terlantar sakit
Sambil membalas jejak yg sempat
Maafkan tirana aduka pada semua rakan sahabat alam maya.
Sambil menguruskan bonda...dah banyak nota yang di tulis,
Hanya masa untuk post pada blog sahaja..
Untuk mereka yang tirana aduka janjikan sesuatu harap bersabar..insya allah ..ada je..hanya masa yang tak berkesempatan untuknya.
Inilah status terkini tirana aduka
Ramadhan al mubarak pun bakal menjelma..gembira bercampur sedih..
Ya ALLAH..tabahkanlah aku amin...
Monday, June 10, 2013
Aku masih DISINI- tirana aduka
Salam reader semua
Maafkan ta andai tak dpt membalas jejak kalian...
Blog pun dah tak ber-up date lama..adus..
Rindu sangat pada dunia blogging.
Pada kalian semua tirana aduka mohon maaf..jika tak dpt singgah blog kalian.
Friday, May 17, 2013
PERMATA UNTUK ISTERI
Jumaat Yang damai dan tenang ini
Ku coretkan sesuati buat cintaku
Moga kekal abadi
Dalam hati ini
untuk kau isi sebagai isteri
untuk kau penuhi dengan kemulian
sebagai seoarang wanita
untuk kau berrealiti dengan kelembutan
untuk kau hargai dengan kasih sayang
ku ingin kau jadi seorang yang mulia
yang tahu harga budi
dan hati seorang lelaki
bernama suami
kerana kau isteri
ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita cita-citakan
yang kita idamkan
tapi aku tetap berikan yang terbaik dan termampu
oh....isteriku
Cinta hatiku...
PERNAH KAU BERKATA PADAKU......
Mulut yang manis peramah
orangnya setiap kata tersusun
serta besopan santun
tertawan hatiku dengan gayanya
gaya menambat jiwa
tidak ragu-ragu
ku terpesona
memberi kasihku padanya
TiranaAduka
GUYON
GUYON dalam perkataan jawa membawa maksud TERTAWA / BAHAN KETAWA
Tiada sebarang perubahan pada perkataan BUNYIuntuk GUYON ini..
Amat mudah di sebut.
Contoh ayat GUYON
Iki Dino Aku DI GUYONI kambek bojoku
Hari ini aku di TERTAWAkan oleh isteriku
Ojo Di GUYONI blog ku iki
Usah di TERTAWAKAN Blog ku ini
TiranaAduka
Tiada sebarang perubahan pada perkataan BUNYIuntuk GUYON ini..
Amat mudah di sebut.
Contoh ayat GUYON
Iki Dino Aku DI GUYONI kambek bojoku
Hari ini aku di TERTAWAkan oleh isteriku
Ojo Di GUYONI blog ku iki
Usah di TERTAWAKAN Blog ku ini
TiranaAduka
Wednesday, May 15, 2013
BAREP
BAREP
BAREP adalah perkataan dalam bahasa jawa yang membawa erti ' Yang sulung / Nombor satu / yang pertama'
Perkataan BAREP juga adalah KHAS seperti perkataan RAGIL ..dan ianya hanya di gunakan untuk anak dan adik beradik
Contoh Ayat BAREP dalam Bahasa JawaAduka anak
TiranaAduka anak seng BAREP
TiranaAduka anak yang SULUNG
CONTOH AYAT SALAH dalam perkataan BAREP
Saya mendapat nombor satu dalam peperiksaan
Nyong entok nombor BAREP nang perikso
Nombor giliran saya adalah yang pertama ketika itu
Nombor giliran nyong seng BAREP igik kui
Cara Menyebut Perkataan BAREP dengan nada dan Intonasi yang sebenar dalam Sebutan Jawa
BA - Di bunykan seperti biasa
REP - Kayu itu REPUT- ambil bunyi REP dari REPUT dan bunyikan ' REP '
BA + REP = BAREP
Itulah Bunyi yang sebenar
RAGIL
Salam Reader sekelian
RAGIL
RAGIL membawa maksud " Yang Bongsu / Yang terakhir " RAGIL hanya khas digunakan untuk perkara adik beradik dan anak-anak sahaja,
Ragil tidak sesuai digunakan seperti ini
"Ahmad mendapat tempat terakhir dalam peperiksaan"
Jika di sama ertikan Ahmad mendapat tempat RAGIL. Ayat itu adalah salah dan tidak tepat serta tidak sesuai di gunakan
"TiranaAduka tiba lambat dalam acara sukan bermotor tempoh hari"
TiranaAduka sampai RAGIL, adalah salah satu ayat yang salah juga dalam penggunaan perkataan RAGIL
Cara Menyebut perkataan RAGIL dengan nada dan Intonasi yang sebenar
RA - Disebut seperti biasa, tiada perubahan bunyi
GIL - Cuba Nyayi lagu di bawah Ini
Gelang Si Paku Gelang
Gelang si Rama-Rama
Pulang marilah Pulang....marilah
Ambil Bunyi 'GE + L ' Bunyikan untuk GIL...ingat bukan berbunyi GELETINE...tetapi GEL untuk GIL
RA + GIL = RAGIL
Itulah bunyi dan sebutan yang tepat dalam bahasa jawa
TiranaAduka 15.05.2013
RAGIL
RAGIL membawa maksud " Yang Bongsu / Yang terakhir " RAGIL hanya khas digunakan untuk perkara adik beradik dan anak-anak sahaja,
Ragil tidak sesuai digunakan seperti ini
"Ahmad mendapat tempat terakhir dalam peperiksaan"
Jika di sama ertikan Ahmad mendapat tempat RAGIL. Ayat itu adalah salah dan tidak tepat serta tidak sesuai di gunakan
"TiranaAduka tiba lambat dalam acara sukan bermotor tempoh hari"
TiranaAduka sampai RAGIL, adalah salah satu ayat yang salah juga dalam penggunaan perkataan RAGIL
Cara Menyebut perkataan RAGIL dengan nada dan Intonasi yang sebenar
RA - Disebut seperti biasa, tiada perubahan bunyi
GIL - Cuba Nyayi lagu di bawah Ini
Gelang Si Paku Gelang
Gelang si Rama-Rama
Pulang marilah Pulang....marilah
Ambil Bunyi 'GE + L ' Bunyikan untuk GIL...ingat bukan berbunyi GELETINE...tetapi GEL untuk GIL
RA + GIL = RAGIL
Itulah bunyi dan sebutan yang tepat dalam bahasa jawa
TiranaAduka 15.05.2013
Tuesday, May 14, 2013
KAREPAN
KAREPAN adalah perkataan dalam bahasa Jawa yang membawa erti KEHENDAK / HASRAT / NIAT atau KEMAHUAN
Tiada perubahan bunyi , hanya di eja dan di sebut seperti bahasa malaysia dan perkataan KAREPAN ini boleh juga di tambah pada hujungnya menjadi KAREPAN-NEY
Untuk membunyikan NEY - ' Nenek ku cantik ' ambil bunyi hujung ' Ne ' daripada perkataan ' Nenek'
dan bunyikan ' NEY ' = KAREPAN - NEY.. peranan NEY bermaksud ' NYA' atau pada siapakah ayat itu di tujukan. Penggunaan ' NEY' adalah biasa dalam perbualan dalam bahasa Jawa
Bagaimana pula dengan ayat KAREP-PEH
Perkataan KAREP-PEH @ KAREP - PAY ( alternatif bunyi untuk KEREP-PEH)
Maksud KAREP-PEH = Suka hatilah / Terpulanglah pada kamu
KAREP-PEH digunakan bila mana keadaan yang tidak sependapat atau ketika sedang marah dan berselisih pendapat dalam sesuatu hal...KAREP-PEH sering terkeluar akibat ketidak puasan di sebelah pihak
TiranaAduka
Tiada perubahan bunyi , hanya di eja dan di sebut seperti bahasa malaysia dan perkataan KAREPAN ini boleh juga di tambah pada hujungnya menjadi KAREPAN-NEY
Untuk membunyikan NEY - ' Nenek ku cantik ' ambil bunyi hujung ' Ne ' daripada perkataan ' Nenek'
dan bunyikan ' NEY ' = KAREPAN - NEY.. peranan NEY bermaksud ' NYA' atau pada siapakah ayat itu di tujukan. Penggunaan ' NEY' adalah biasa dalam perbualan dalam bahasa Jawa
Bagaimana pula dengan ayat KAREP-PEH
Perkataan KAREP-PEH @ KAREP - PAY ( alternatif bunyi untuk KEREP-PEH)
Maksud KAREP-PEH = Suka hatilah / Terpulanglah pada kamu
KAREP-PEH digunakan bila mana keadaan yang tidak sependapat atau ketika sedang marah dan berselisih pendapat dalam sesuatu hal...KAREP-PEH sering terkeluar akibat ketidak puasan di sebelah pihak
TiranaAduka
DUROSAN
Dengan Nama ALAH Yanag Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
DUROSAN membawa maksud ( Niat Tertunai / hajat terlaksana atau tercapai )
Dalam bahasa Jawa di sebut DUROSAN ataupun KEDUROSAN
DUROSI pula membawa maksud ( Ingin melaksanakan hajat / niat / kemahuan )
KEDEROSAN pula membawa maksud (TERMAKBUL atau Telah terlaksana hajat / niat / kemahuan itu )
Contoh Ayat Dalam Bahasa Jawa DUROSI
Orak Gelem aku DUROSI karepan ney dek ei..
Tidak mahu aku menunaikan hajatnya itu
Contoh Ayat Dalam Bahasa Jawa KEDUROSAN
Alahamdulillah KEDUROSAN dungo ku wingi...amin
Alhamdulillah TERMAKBUL Doa Saya semalam...amin
Contoh Ayat dalam Bahasa Jawa DUROSAN
DURUSAN-ney kui arek opo ,seko mau bengi meneng wae
Hajatnya itu hendak apa, dari malam tadi dian sahaja
TiranaAduka
DUROSAN membawa maksud ( Niat Tertunai / hajat terlaksana atau tercapai )
Dalam bahasa Jawa di sebut DUROSAN ataupun KEDUROSAN
DUROSI pula membawa maksud ( Ingin melaksanakan hajat / niat / kemahuan )
KEDEROSAN pula membawa maksud (TERMAKBUL atau Telah terlaksana hajat / niat / kemahuan itu )
Contoh Ayat Dalam Bahasa Jawa DUROSI
Orak Gelem aku DUROSI karepan ney dek ei..
Tidak mahu aku menunaikan hajatnya itu
Contoh Ayat Dalam Bahasa Jawa KEDUROSAN
Alahamdulillah KEDUROSAN dungo ku wingi...amin
Alhamdulillah TERMAKBUL Doa Saya semalam...amin
Contoh Ayat dalam Bahasa Jawa DUROSAN
DURUSAN-ney kui arek opo ,seko mau bengi meneng wae
Hajatnya itu hendak apa, dari malam tadi dian sahaja
TiranaAduka