Pages

Monday, March 31, 2014

Semak-samun


Terima Kasih pada sipulan yang sudi blue-toohkan gambar ni pada TA
lama rasanya TA tak membersihkan pusara ni..
sebelum ni TA turun sorang-sorang sahaja
Sebelum turun  sipulan telah pun membersihkan sebersih laman di rumah 
Pusara di sini

Thursday, March 20, 2014

KASET KU


KASET KU
Kemas-kemas rumah,
setelah selesai segala tugasan
terjumpa sesuatu yang membuatkan aku termenung seketika
Zaman  Remaja dan bujang ku
KASET ROCK Ku
Tinggal kenagan
Hanya beberapa kerat yang tinggal


Darah muda la katakan
Irama Rock jadi Pilihan
Death Metal dan Underground tak lupa juga
memang bingit bila di dengar
Pada awalnya...
Mak pasti bebel-bebel bila aku memainkan keset ku
lama-kelamaan mak dah lali, abah pun begitu...
aku pun tak tahu mengapa aku suka kepada irama yang bingit ini
Kini tinggal memori
Sebuah memori yang indah
TiranaAduka


Budak Hingusan Yang DiKasihi # 2

Sarapan sudah terhidang, dan aku duduk  di sebelah nenek, nenek memandang aku dengan mata yang sayu sambil menghulurkan secangkir air teh 'O.

Tanpa bersuara aku meneguk dan meletakkan kembali  air di tempat asalnya.
Juadah di pagi itu tidaklah semewah apa yang di sangka hanya lepat pisang , bingka ubi dan kuih koci, rajin sungguh nenek membuatnya, tak tahu jam berapa nenek bangkit dari tidur untuk menyediakn semua ini..

" Dah lekas makan " Tegas nenek
Aku berhenti dari lamunan ku..

CUBA TEKA


CUBA TEKA

Siapakah Lelaki yang bertopi di sebelah TiranaAduka..?
Pastinya menimbulkan seribu tanda tanya..
Tak janji untuk sebuah hadiah yang lumayan ...
Tapi...hehehehhe

Mana tahu ada rezeki anda..


Farmasi Eden Setia Alam


Farmasi Eden di Setia Alam,
Tempat aku membeli belah untuk segala keperluan Bonda,
Bagi aku harga di sini boleh tahan dah banyak tempat aku dan adik beradik survey.
Sepakat untuk membeli segala keperluan Bonda di sini.

Dalam sebulan 2 atau 3 kali aku ke sini .
kalau aku tak sempat adik-beradik aku yang datang.
Alahamdulillah servis di situ amat memuaskan
Yang penting aku dapat harga yang berpatutan
Mungkin atas kekerapan aku  ke sana
Alhamdulillah
...
Susu Nutrin Diabetik adalah yang Utama
Pampers dewasa kedua
wish trap for blood test ketiga
Tisu basah keempat,
Sarung tangan Getah

Itu adalah barang-barang yang paling utama..





Monday, March 17, 2014

Budak Hingusan Yang Di Kasihi # 1

Pagi yang indah dan damai di ceriakan lagi dengan senyuman dari atok dan nenek, aku yang baru bangun dari tidur setelah tadi selesai solat subuh, mungkin  matahari sudah mengalah tingginya.
" Mari turun sarapan " Suara nenek pada aku yang duduk mencangkung di muka puntu atas. Pondok buruk atok ada dua tingkat, bahagian atas tempat tidur dan bersolat dan di bahagian bawah adalah tempat makan dan dapur.

Aku perhatikan keadaan sekeliling dan mata ku tajam mencari di manakah atok berada
" Atok mana Nek..? " Suara aku bertanya
"Atok Dah pergi kenbun , dah lekas nanti kita sama-sama kesana lepas sarapan " Jawab nenek sambil menuang air Teh 'O " Di cawan,

Aku menuruni tangga bulat, anak tangga bulat dengan perlahan satu persatu, tangga buatan tangan atok dari kayu hutan , aku tak tahu dari jenis kayu apa atok buat, memang berbeza dengan tangga di rumah aku.

Aku menuju ke pelantar yang berhampirang dengan pondok usang atok , ku basuh muka ku dengan air di dalam tong, tong yang atok sediakan paras pinggang ku. Aku menuju ke dalam semula