Pages

Monday, April 27, 2015

RXZ tersepuk

RXZ tersepuk...

Mungkin ada hajat untuk mebaikinya tapi apakan daya..

Hakmilik adik aku yang punya...
Teringat sejarah lama sewaktu aku muda ketika dulu..


Saturday, April 11, 2015

G.S.T membebankan

G.S.T
Salam pagi sabtu yang indah..
Serius aku terasa sesangat tentang gst ni..aku bagaikan di perah di peras terasanya duit aku..berbelanja sedikit dah kena gst..pada aku semua baranganlah...kalau di kumpulkan sikit sikit lama-lama banyak duit aku dah bayar g.s.t ni..

Mungkin bagi mereka yang berada atau yang berduit tak terasa sangat..terus terang aku rasa tertindas dengan gst...ni..

Tak perlu berselindung atau berkata bunga-bunga...ikhlas aku nyatakan disini..aku tak sokong gst tapi dengan terpaksa aku membayarnya...penindasan aku terasa di peras duit rakyat hingga ke golongan yang fakir...beli barang kena gst.

Moga pihak pemerintah dapat mempertimbangkan semula g.s.t ni...adeh...
Tiada maksud lain selain dari diri ini rasa tertekan dengan gst...MEMBEBANKAN...lebih lagi bagi aku yang berpendapatan sederhana..

Aku akan berdoa agar aku di permudahkan segala urusan aku...bagaimana aku nak sokong kerajaan ni..erm...
Ada baik dan ada buruk gst ni...bagi aku...membebankan aku..sangat-sangat terasa..

Biarlah nukilan ini buat ingatan aku tentang pemerintah aku di masa kini..erm....

Bukan nak memperlekeh...carilah jalan lain bagi nak membangunkan negara...mengapa rakyat yang jadi mangsa.

Bab politik ni aku tak pandai sangat, cuma jika aku terasa bahangnya...melenting sikit...sikit aje ...

TiranaAduka







Monday, April 6, 2015

Susu Di Kala G.S.T

Salam Semua

Alhamdulillah Syukur Atas  Limpah Rahmat Yang Maha Esa...amin amin amin


Inilah susu Activ Max..
Susu Terbaru untuk Bonda TiranaAduka pada Tahun 2015 ini
Bertukar kepada Jenama yang baru tetapi Khasiat dan nutrisin nya adalah sama
Klau nak kira dari segi harga...murah sedikit beza hanya RM10.00 sahaja

Wednesday, April 1, 2015

Banjir Kilat Di Kampung Budiman

Salam Semua..
Semalam berlaku hujan yang amat lebat..Syukur atas Limpah Rahmat Yang Maha Esa setelah lama panas..
Berikutan hujan yang lebat berlaku  banjir kilat  di beberapa kawasan , Jalan Paip di Kampung Budiman, biasanya hanya satu tempat yang berlaku banjir kilat menutupi sedikit ruang jalan raya dan semua kenderaan terpaksa berlalu dengan perlahan. Sudah lumrah , Malam tadi berlaku dua tempat yang berasingan di Jalan Paip Kampung Budiman, ( banjir kilat ) sungguh tidak di sangka,

Apa pun berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut, Bagi penduduk setempat kebanyakkna mereka akan meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan kerana kawasan rumah mereka di naiki air,

Hari ini sessi persekolahan agama di sebelah pagi di umumkan cuti, guru besar dan ketua kampung berada di hadapan pintu masuk sekolah tersebut , turut menemani guru-guru yang bertugas pada sessi pagi...
Sebab..Kawasan pintu masuk ke kawasan sekolah agama tersebut di limpahi dengan air yang dalam, kenderaan tidak dapat melalui atau merempuh jalan tersebut

Tirana Aduka 1.April 2015 sempena GST di lancarkan.