Pages

Monday, July 27, 2015

Sambal Belimbing Buluh

Sambal Belimbing Buluh


Bahan bahan Menyajikan Sambal Belimbing Buluh

1.Belimbing Buluh
2.Bawang Besar dua ulas
3. Bawang Putih 4 ulas
5. ikan Bilis kopek
6. Cili Padi 20 tangkai ( kalau nak lagi pedas  tambah lagi cili)
7. Gula 
8. Garam



Cara Menyediakan Sambal Belimbing Buluh

1. Belimbing buluh di cuci dan di toskan hingga kering. Kemudian belimbing buluh di masak tanpa menggunakan minyak atau air, belimbing buluh akan mengeluarkan airnya sendiri dan api yang di gunakan ketika memasak sederhana perlu di ingat , masak hingga kelabu selama 3 jam. TA tak buat terus menerus..TA buat selama 5 hari dalam sehari masak setenagh jam atau 45 minit lepas tu tinggal dan tutup esoknya TA sambung lagi sedikit demi sedikit..Nampak rumit tapi perlahan-lahan




2. Bawang putih, bawang merah dan ikan bilis kopek di tumbuk dalam lesung batu, bukan tak nak guna blender, cuma nakkan ianya nampak kasar..

3. Tumiskan bahan tadi yang di tumbuk dengan belimbing yang telah siap kita masak selama tiga jam tadi..


Monday, July 13, 2015

Tiup Bonda Tercabut Di Bulan Ramadhan 2015


Betul Menguju di bulan Ramadhan yang Mulia ini
Tiub saluran untuk Bonda makan dan minum tercabut
Dua kali 


Tiub Bonda Yang hitam sudah sampai masanya Untuk di tukar
Lokasi penukaran 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang



Percubaan mencuci oleh aku
Gagal...
Jelas esok juga kena bawa Bonda ke Hospital bagi penukaran Tiub Bonda


Sunday, July 5, 2015

Saturday, July 4, 2015

Cara Makan Herba Buasir


Herba di hiris dengan menggunakan pisau atau gunting
Buat lima hirisan untuk sekali makan
Sehari Dua kali sahaja bagi pengambilannya
Untuk herba ini

Berhati-hati semasa menghiris
ELAKKAN terkana pada tangan anda
Hiris dengan Cermat

AMARAN ; HINDARKAN HIRISAN DARI TERKENA JARI



Boleh perhatikan U-tube disini




Friday, July 3, 2015

Rupa Herba Buasir



Rupa Herba yang digunakan bagi rawatan alternatif penyakit Buasir. Berwarna hijau pekat dan licin,
Untuk melihat pada bahagian dalam sila ke sini.

Berkongsi sesuatu yang baik di halaman maya ini, Mungkin ada yang geli atau rasa kurang selesa dengan apa yang aku tulis ni..Tetapi bagi  mereka yang menghidap penyakit Buasir, kepedihan dan keperitan yang amat sangat dapat aku rasainya sedikit

Berikutan dari pengalaman rakan aku , pelbagai ubat dari rawatan tradisional cina (sensei) dan rawatan moden klinik dan farmasi yang berdekatan, semuanya telah di ikhtiarkan..dua tahun dalam sengsara.penderitaanya hanya dia dan isterinya yang tahu..Aku di kala melawatnya di rumah...sungguh pilu kurasa, tapi apakan daya aku sekadar berdoa pada yang maha Esa...Moga di kembalikan kesihatannya..

Mungkin....ini mungkin belum jodohnya atau tidak serasi dengan ubat-ubatan yang di ambil.
Kata orang kalau dah jodoh tak kemana ,aku mempercayainya tetapi bukan dengan kita bersenang lenang atau duduk menadah doa.. Usaha..usaha yang di iringi dengan doa + tawakal...membuahkan hasil yang baik..

Syukur alhamdulillah kini rakan ku sudah kembali seperti nornal...Penyakit buasirnya sudah tiada..
Itulah yang di ceritakan pada aku .. aku tumpang gembira dan ku kongsikan disini sebagai catatanku

TiranaAduka..

Tumbuhan Herba Mujarab Penawar Buasir

Tumbuhan Herba Mujarab Penawar Buasir

Inilah Rupa bentuk Tumbuhan Herba bagi penyakit Buasir
Salah satu rawatan tradisional
Sumber dari Alam semulajadi





Herba Untuk Buasir

Herba Buasir



Herba bagi penawar Buasir,
Pandangan bahagian dalam Herba  untuk penawar Buasir
Jernih dan putih  berair adalah getah herba
Warna hijau pada permukaan luar

Herba yang telah TiranaAduka Hiris 


Wednesday, July 1, 2015

KE-GE-LOLO-TEN

KEGELOLOTEN

di eja dengan perlahan satu persaty agar bunyi dan intonasinya tidak lari,
Perkataan di atas adalah dalam bahasa jawa yang membawa erti tercekik akan sesuatu,

Bocah kui KEGELOLOTEN sego

maksud ayat di atas

Budak itu tercekik nasi

Gula untuk kencing manis

Salam semua
Inilah adalah gula untuk  mereka yang menghidap kencing Manis...jenama EQual. Tiranaaduka pilih ni bukan kerana APA, ianya mudah digunakan kerana ada butang penekan untuk kita keluarkan satu persatu menggikut tahap kemanisan yang diperlukan.tu yang bewarna hijau sebelah kanan ,Cuba perhatikan pads gambar di atas

Oh ya...sekadar coreyan TA...

Monday, June 29, 2015

Berkumpulnya Anak Buah

Syukur Alhamdulillah

Mungkin ini akan menjadi kenagan yang indah buat aku dan semua
Anak anak buah ku
Dapat berkumpul
Bukan Mudah untuk mengumpulkan kesemua mereka

Tuhan MengasihaniKU

Salam semua...

Syukur atas limpah rahmat yang Maha Esa...dapat aku menulis di laman Maya ini...


Pada Semua sahabat...
Doakan kesihatan TiranaAduka
Semoga pulih kembali sihat seperti sediakala
Amin




Monday, June 8, 2015

Menunggu Bulan Ramadhan

Salam Semua Blogger yang di kasihi..

Makin hari makin tak sabar nak merasai nikmat bulan yang penuh barakah tu...
Ya Allah Ketemukanlah aku di Ramadhan ini..amin amin

Friday, May 29, 2015

KANGEN

KANGEN

KA-NGEN
Kangen dalam perkataan jawa yang membawa erti RINDU...
KANGEN pada seseorang,pada amalam yang baik ,pada perlaku yang baik dan sopan,pada sesuatau tempat yang ada nostalgia,dan sebagainya yang berkaitan dengan RINDU

MENDELIK

MENDELIK

MENDELIK

Mendelik tiada perubahan pada intonasi atau sebutan di sebut seperti biasa pada ejaannya..Yang membawa maksud TERBELIAK, Perkataan ini boleh digunakan pada manusia haiwan dan pada semua yang mempunyai fizikal mata,

Pagi jumaat yang indah dan damai -TiranaAduka

Monday, May 11, 2015

Aku 2015

Salam Buat semua Blogger yang sentiasa di ingati selalu



TiranaAduka
2015
MAY..

Buat tatapan semua sahabat blogger yang di rindui selalu...
Post khas dari TiranaAduka..


Tua dah rasanya diri ini..ahhahahahah
Harus aku melangkah lebih lagi untuk  amalan akhirat ku
ya...
Banyakkkan amalan aku....
Banyakkan sedekah ku....

Aku kekadang mudah lupe dan alpa...
bukan terasing tetapi tanggungjawap ku pada
BONDA yang tercinta...



KEROYOK

KEROYOK

KEROYOK dalam perkataan bahasa jawa yang membawa erti BERKERUMUN atau MENGERUMUNI

Contoh Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Semut itu mengerumuni gula yang yang bertaburan di lantai .

Ayat Dalam Bahasa Jawa berbunyi seperti ini

Semut kui KEROYOK gulo nang lantei


Bagi Intonasinya Pula tiada sebutan yang berbeza, atau bunyi yang susah hanya di eja dan di sebutkan seperti bahasa baku.

TiranaAduka Isnin..pagi yang indah

Monday, April 27, 2015

RXZ tersepuk

RXZ tersepuk...

Mungkin ada hajat untuk mebaikinya tapi apakan daya..

Hakmilik adik aku yang punya...
Teringat sejarah lama sewaktu aku muda ketika dulu..


Saturday, April 11, 2015

G.S.T membebankan

G.S.T
Salam pagi sabtu yang indah..
Serius aku terasa sesangat tentang gst ni..aku bagaikan di perah di peras terasanya duit aku..berbelanja sedikit dah kena gst..pada aku semua baranganlah...kalau di kumpulkan sikit sikit lama-lama banyak duit aku dah bayar g.s.t ni..

Mungkin bagi mereka yang berada atau yang berduit tak terasa sangat..terus terang aku rasa tertindas dengan gst...ni..

Tak perlu berselindung atau berkata bunga-bunga...ikhlas aku nyatakan disini..aku tak sokong gst tapi dengan terpaksa aku membayarnya...penindasan aku terasa di peras duit rakyat hingga ke golongan yang fakir...beli barang kena gst.

Moga pihak pemerintah dapat mempertimbangkan semula g.s.t ni...adeh...
Tiada maksud lain selain dari diri ini rasa tertekan dengan gst...MEMBEBANKAN...lebih lagi bagi aku yang berpendapatan sederhana..

Aku akan berdoa agar aku di permudahkan segala urusan aku...bagaimana aku nak sokong kerajaan ni..erm...
Ada baik dan ada buruk gst ni...bagi aku...membebankan aku..sangat-sangat terasa..

Biarlah nukilan ini buat ingatan aku tentang pemerintah aku di masa kini..erm....

Bukan nak memperlekeh...carilah jalan lain bagi nak membangunkan negara...mengapa rakyat yang jadi mangsa.

Bab politik ni aku tak pandai sangat, cuma jika aku terasa bahangnya...melenting sikit...sikit aje ...

TiranaAduka







Monday, April 6, 2015

Susu Di Kala G.S.T

Salam Semua

Alhamdulillah Syukur Atas  Limpah Rahmat Yang Maha Esa...amin amin amin


Inilah susu Activ Max..
Susu Terbaru untuk Bonda TiranaAduka pada Tahun 2015 ini
Bertukar kepada Jenama yang baru tetapi Khasiat dan nutrisin nya adalah sama
Klau nak kira dari segi harga...murah sedikit beza hanya RM10.00 sahaja

Wednesday, April 1, 2015

Banjir Kilat Di Kampung Budiman

Salam Semua..
Semalam berlaku hujan yang amat lebat..Syukur atas Limpah Rahmat Yang Maha Esa setelah lama panas..
Berikutan hujan yang lebat berlaku  banjir kilat  di beberapa kawasan , Jalan Paip di Kampung Budiman, biasanya hanya satu tempat yang berlaku banjir kilat menutupi sedikit ruang jalan raya dan semua kenderaan terpaksa berlalu dengan perlahan. Sudah lumrah , Malam tadi berlaku dua tempat yang berasingan di Jalan Paip Kampung Budiman, ( banjir kilat ) sungguh tidak di sangka,

Apa pun berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut, Bagi penduduk setempat kebanyakkna mereka akan meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan kerana kawasan rumah mereka di naiki air,

Hari ini sessi persekolahan agama di sebelah pagi di umumkan cuti, guru besar dan ketua kampung berada di hadapan pintu masuk sekolah tersebut , turut menemani guru-guru yang bertugas pada sessi pagi...
Sebab..Kawasan pintu masuk ke kawasan sekolah agama tersebut di limpahi dengan air yang dalam, kenderaan tidak dapat melalui atau merempuh jalan tersebut

Tirana Aduka 1.April 2015 sempena GST di lancarkan.


Tuesday, March 31, 2015

Basah Kuyup

GEMROJOS/
GOBYOS

Maknanya perkatan di atas adalah basah kuyup atau pun basah  akibat terkena hujan atau berpeluh yang banyak atau di siram dengan sesuatu hingga basah

Susu Terbaru


Susu Terbaru Bagi Bobda TiranaADuka
Mencuba susu terbaru ini, 
Sebenarnya sudah lama berada di pasaran tetapi baru semalam TiranaAduka membelinya untuk
mencuba susu ini
Kandungan dan Khasiatnya adalah sama
Berbeza dengan yang dulu ianya sama.



Hanya di bungkus dan tidak berada di dalam tin
Susu terbaru ini TiranaAduka cuba untuk beralih arah


Friday, February 27, 2015

Hidup Ini Hanya Sementara

Hidup ini hanya sementara tetapi bagi mereka yang mengenal erti apa itu kehidupan, ada yang kata jika tak buat itu tak buat ini tak rasa, usahlah kita mencuba sesuatu yang di tegah oleh agama takut-takut tak sempat bertaubat kehadrat ALLAH yang MahaEsa..

Biarlah kita mencuba sesuatu yang tidak menyimpang dari ajaran alhi sunnah waljemaah...eh betulke..?
Ashadee

Tuesday, February 17, 2015

BERCINTA DENGAN ISTERI ORANG

Bercinta dengan isteri orang........

huhuhuhuhuhuhu...

Akal fikiran telah di kurniakan oleh Yang Maha Esa, Bijak untuk membuat penilaian terhadap baik buruk
Tapi adakah ia datang dari bisikan Syaitan Laknatullah atau ianya datang dari hati yang luhur..?


Adakah bersalah mencintai dengan ikhlas...?
Alasan.....aku tidak meninggalkan tanggungjawapku sebagai ketua rumahtangga..
Serba serbi  aku cukupkan...?


Adakah aku melukakan hati isteriku sedangkan aku menceritakan segalanya padanya..?
Alasan...aku tidak dapat melupakannya..

AKU BERLAKU JUJUR...

Adakah aku bersalah..?
Adakah Aku berdosa..?
Adakah Mak dan  abah ku terguris hatinya bila mengetahui aku sebegini...?
Adakah aku melukakan hati mertua...ibu bapaku dan isteriku?
Apakah adik beradik ku...aku lukai...?
Apakah ini CINTA kali kedua..?


Buntu dengan sikap aku.....mungkin nafsu atau lebih mesra dikenali dengan hidung belang...adakah aku..?

Bantulah aku....


Komen dari anda Yang bernas amat amat di hargai....Terima kasih






Wednesday, February 4, 2015

Bersyukur #3Bersambung

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur...syukur aku pada Limpah Rahmat Yang Maha Esa..dapat bernafas dan menghirup udara di setiap hari di kala aku terjaga dari tidur...alhamdulillah..

Aku MUdah lupa dan alpa dan Leka.... itulah sifat manusia biasa yang sentiasa alpa di kala di uji..kadang aku tidak sedar.. betapa beruntungnya aku dalam kehidupan ini, Ya Allah ampunilah dosa ku....ampunilah dosa-dosa ku amin..

Usah memandang jauh...usah menilai orang ...Diriku ini diri sendiri...Apa  lagi yang kurang...apa lagi yang masih diperlukan...

BERMUHASABAH aku tentang diri aku TiranaADuka 

Atok Maon

Al-Fatihah
Terlebih dahulu aku ingin mencoretkan sedikit nota di blog pician ini..
Atok Maon telah kembali ke RahmatulAllah Pada semalam jam 5.00pagi akibat sakit yang telah di hidap sekian lama

Tiada apa yang ingin diceritakan  atau keistimewaan insan tersebut tapi sebagai rujukkan aku disini tat kala aku membuka blog pician ku ini..

Biarlah ia menjadi monolog aku di sini...ucapan takziah dan iringan doa ku berika buat keluarganya..
Moga rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...amin

Thursday, January 22, 2015

Tuesday, January 20, 2015

Keselesaan

Salam semua...
Moga sentiasa di Bawah Rahmat Yang Maha Esa
Hidup umpama roda yang berputar adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah
Masa di atas kekadang kita sering lupa..mungkin ada yang ingat..
Dan bila mana kita berada di bawah barulah kita sedar...ada hikmah di sebalik apa yang kita perolehi
Itu bagi yang ingin memuhasabah diri sendiri...tapi jika sebaliknya sikap sering menyalahkan orang lain menjadi tumpuan

Manusia sering lupa ,leka dan alpa tetapi jika  mempelajari sesuatu dari apa yang kita alami,,Insya-Allah...
Aku...bukanlah pandai dalam falsafah tentang kehidupan tetapi aku mempelajari dari apa yang aku alami..


Monday, January 19, 2015

Bulan Januari 2015

Salam Semua...
Moga sihat-sihat sejahtera dan sentiasa di bawah Lindungan Limpah Rahmat Oleh Yang Maha Esa..

Sejenak termenung memikirkan apa yang telah berlalu dan telah aku usahakan di tahun lepas..
Pahit manis suka duka terpahat di minda

Aku
Masih lagi berusaha
Untuk aku mengapai sesuatu yang ku cari..
Moga tahun ini Segala Usaha dan Doa
Aku terlaksana..
Amin