Frame Triumph T100 | Tirana Aduka
Custom Search

Tuesday, December 31, 2013

Frame Triumph T100


Frame Triumph T100

Yem merupakan sahabat ku yang baru memulakan perniagaannya .. bengkel menyembur cat yang telah beroperasi 6 bulan di hadapan rumahnya di kerayong... berhampiran kampungku... bukan sembarangan orang yem mempunyai kelulusan dari politeknik dan beberapa tempat  kerja di sekitar lembah klang.... memberanikan diri  terjun ke bidang perniagaan dan bertepatan dengan apa yang di pelajarinya dia memilih bidang mengecat dan mengetuk kenderaan...

Triumph T100- TiranaAduka
Frame Triumph T100- TiranaAduka


Semakin hari semakin ramai pelangan yang datang dan
semakin maju perniagaannya...hingga mengambil 2 orang pekerja bagi membantu tugasan sehariannya...
Ibarat air laut ada pasang surut...... dan ada di kalangan pelangan yang tidak membayar  setelah kereta siap di perbaiki...
Tempat mengadu...aku......
Apa yang dapat aku berikan selain kata-kata semangat dan dorongan buat sahabat ku....

Nak ku berikan duit aku pun cukup pakai aje....
Aku teringatkan Triumph T100 aku....
Lalu aku mencadangkan agar dia menyemburkan cat pada rangka Triumph T100 aku....
Tidak ku gesa atau menetapkan tarikh bagi Triumph ku itu.....biar lambat asal cantik....
 Tersenyum dia setelah mendengarkan hajat aku itu....aku  jelaskan padanya.....tiada apa yang dapat aku bantu...nak bantu buta-buta.....tak berbaloi...itu sahaja yang dapat aku bantu sebagai seorang sahabat....
Setelah berunding dan menetapkan sebut harga.....aku pun bersetuju dengan bayaran RM800.00 untuk keseluruhan kerja tersebut....bagi aku mahal dan bagi dia...itulah harga yang paling murah....
aku kata  4 kali bayar boleh ...gurau ku padanya...dia hanya tergelak...
2 minggu lebih dia menyiapkan  Triumph T100 ku..

2 comments:

QasehnyaRania said...

klasik

Anonymous said...

Sama2 tolong menolong...