Di Atas tilam yang empuk
Setajam mana Mana Mata pena
Sifat Yang Baik harus Di pupuk
Tilam Yang Empuk Tempat Beradu
Melepaskan Penat seharian Bekerja
Beruntung Rasa Orang Dirindu
Bukan Jauh Di sebelah Sahaja
Tilam Yang Empuk Bercadar Bunga
Berbantal Kabu Berbau Wangi
Usah Selalu Bermuran Durja
Bersyukurlah Apa Yang Diberi
Tilam Ku empuk Tidak Terkata
Ayam Jantan Sudah Berkokok
Pilihan Hidup Di Tangan Kita
Jalan Yang Lurus Atau yang Bengkok
Tilem Empuk Dijemur Siang
Kekabu Asli Isi Di Dalam
Waktu Yang Ada Usah Di Buang
Seringlah Solat Di Separuh Malam
TiranaAduka...
1 comments:
Sanggupkah nak tinggalkan tilam empuk untuk tahajjud? Tepuk dada tanyalah iman.
Post a Comment