Pages

Wednesday, July 11, 2012

BELUKAR ( tanah teroka)

TiranaAduka
TiranaAduka @ 2012
Waktu tuaku hanya bertemankan pelita minyak tanah di pondok yang dibina oleh atok ku...Sejuk rasanya macam berada di salji.....Aku tak dapat melelepkan mata...kerana buat pertama kalinya aku berjauhan dengan mak dan abah....


Aku lihat atok di sebelah  kiri ku lena tidur begitu juga nenek yang berada di sebelah kiriku, aku di apit oleh mereka dalam sebuah pondok kecil.

Hanya bunyi jengkerik yang dapat ku dengar di luar.......aku rebahkan badan ku.....cuba lelapkan mataku....semakin sejuk ku rasakan....terasa menusuk tulang belulangku.....

Nenek terjaga lalu aku cepat-cepat pejamkan mata...seolah-olah aku tidur dengan lena.....nenek menyelimutkan aku dengan selimutnya.......dan aku hanyut di buai oleh kedinginan angin pagi...........

Suasana pagi di belukar sungguh indah di waktu pagi..ku lihat terbit fajar dengan kicauan burung-burung.....terbang...termenung di jendela...
Kabus yang mula menghilang di bakar oleh fajar yang menyingsing.....begitu lama aku memerhatikan keindahan alam semulajadi.....

Sedikit gambaran ketika aku berada di belukar...tempat atok dan nenek aku mengabdikan diri pada bumi bertuah....bumi yang subur..tanpa pencemaran alam................

6 comments:

  1. rasa macam baca cerpen pulak. tapi yang selalunya disertakan sarapan pulut tanak dan ikan masin sambil minum kopi o pekat buatan nenek. mmg teringat-ingat, kan?

    ReplyDelete
  2. #yana halim
    kekadang tertulis macam cerpen..
    memang tak dapat dinafikan....tulis dengan penuh emosi la katakan..
    Thanks sudi singgah yana

    ReplyDelete
  3. bestnya tido sejuk mcm kat salji...hehe
    ini cerita tido kat pondok ke rumah kg? tapikan mmg beza tido rumah papan dgn rumah batu ni... rumah papan takyah ekon pun dah sejuk...

    ReplyDelete
  4. #Mario
    Thanks bro sudi singgah...
    Pondok papan bro...tahun 80an..
    Dindingnya pun leh nampak luar....atok potong ,ketam dan potong dari kayu hutan....
    Hanya paku sahaja yang di beli.....
    Atap guna atap zink bertampal-tampal...
    Berselangkan atap nipah..
    sadis bro...tapi bahagia dan aman

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
Info Di Alam Maya- TiranaAduka
Maklumat ( T.A) di alam maya ini

Petua dan Tips-Tips kehidupan- TiranaAduka
Terima Kasih Atas Komen yang Anda tulis...
Tukar Gambar Profil Pada Blogger- (TA)
Semoga Persahabatan diAlam Maya ini Berkekalan
Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka