Pages

Thursday, January 23, 2014

Pantun Seorang Penunggang Motorsikal

Panas terasa Sejuk Terasa
Kadang kala Sampai Ketulang
Bukan Marah Pada Yang ESA
Itulah dia Nasib penunggang

Habuk kerap Masuk Ke Mata
Batu kecil Kadang Terkena
Hendak di Marah Pada Siapa
Bila Terkena Sabarlah Aja

Motor Kecil Namanya KAPCAI
Scooter pula Lain cerita
Isyrat Tangan Melambai-lambai
Utamakan Keselamatan di jalan Raya

Bonceng Motor pegang Erat
Bawa perlahan patuhi had laju
Biar lambat asal selamat
Untuk Apa Terburu-Buru

Tayar sotong si Tayar Celop
Asal Baru...Boleh Jalan
Kalau Tayar Kita Meletop
Usah menangis Di tepi Jalan

Sorong Motor Tunggang Motor
Motor Pancit kena Sorong
Pastikan Berlesen Menaiki Motor
Kalau DISITA pasti Terlopong

1 comment:

  1. salam TA ..
    tunggang motosikal tau
    tp berpantun tk tau ..
    he..he..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)
Terima Kasih Atas Kunjungan Anda
Info Di Alam Maya- TiranaAduka
Maklumat ( T.A) di alam maya ini

Petua dan Tips-Tips kehidupan- TiranaAduka
Terima Kasih Atas Komen yang Anda tulis...
Tukar Gambar Profil Pada Blogger- (TA)
Semoga Persahabatan diAlam Maya ini Berkekalan
Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka