Kadang Hati Bermuram Durja
Letih Badan tidak Terkata
Menjaga Bonda tak kira Masa
MOGA TABAH KEKAL SELAMA
Daun keladi tumbuh meliar
Gatal Getahnya Terkena Tangan
Sifat Yang Buruk Harus ku Hindar
Agar Hati Mencapai Ketenangan
Pokok getah sudah di Toreh
Pisau toreh Tajam Sekali
Untuk Menjadi Anak Yang SOLLEH
Banyak rintangan harus di Tempuhi
Dari Beluncas Menjadi Rerama
Cantik Terbang Hinggap di Bunga
Biar Aku Rupa Tiada
Asal Hati baik sentiasa
Mudah sungguh melempar kata
Kerana Kata Badan Binasa
Fikir Dulu Sebelum Bersuara
Ada Hati Mudah Terluka
Tiada Insan Mahu Sengsara
Andai Di Duga Ada Hikmahnya
Aku pun ini Insan Biasa
Terdetik Mengeluh Di Hati Juga
Banyak Nasihat Teman Bicara
Sokongan Moral Mereka Tak Lupa
Adik Beradik Dan Juga Saudara
Terima Kasih Pada Semua
Tapai Ubi Bewarna Kuning
Tapai Pulut Enak Rasanya
Kadang-kadang aku pun pening
Kasih dan sayang Di bahagi Dua
Antara Bonda Dan Keluarga
Sama Perlukan ku Di Tempatnya
Mujur CINTA KU memang setia
SYUKUR ALHAMDULILLAH AKU PADANYA...
Amin
6 comments:
Pantun beluncas tu best, memang kena dengan aku ni. Cewah!
Awesome Poem :))
Learn More Here dolabuy see this here louis vuitton replica hop over to these guys high replica bags
Post a Comment