Kalau mengail di Kuala Pekan
Usah terlupa Membawa sarapan
Pada Semua Mohon DOAKAN
Agar segalanya di Permudahkan
Tidak Pernah terputus DOA
Usaha Juga Serata Tempat
Penat Letih Tidak Terkira
Semoga Usaha Mendapat Berkat
Waktu Deman ku Di jaga Rapi
Doa dan Selawat IBU berikan
Kain di letak Di Atas Dahi
Agar Kebah Panas Di Badan
Tidak Mengeluh Buat Tugasan
Untuk Menjadikan ku seorang Insan
Bukan Di Minta Banyak Balasan
Sebagai ANAK ....akan Ku Tunaikan
Bunyi Jengkerik Dimalam Hari
Melihat Bonda Nyenyak Beradu
Tak Akan Ku JEMU berhari-hari
Patah Tangan Bertongkat Dagu
Burung Nuri Terbang Tinggi
Mari Hinggap Di Pohon sana
Walaupun Besar Berjawatan Tinggi
JasaMu BONDA tidak Di lupa
Mengapa Masa Jadi Penghalang
Sedangkan Masa Di beri Sama
Di kala Sempit Selepas Lapang
Jengguklah sebentar walau tak lama
Kasih IBU membawa ke SYURGA
Kasihnya Ayah Bekorban NYAWA
Terima Kasih Yang tak Terhingga
Pada Semua yang Sudi Membaca
TiranaAduka
5 comments:
assalamualaikum pembuka kata
buat sahabatku tirana aduka
adatlah hidup sebagai manusia
kerana kasihNYA kita di duga
kasih bunda tiada tandingan
mendidik kita tiada ukuran
moga Allah permudahkan urusan
berjalan lancar tiada halangan
singgah sini....
Jika mengail ikan tuna
Turun ke laut jangan tangguh
Bersabarlah Aduka Taruna
Semoga bonda segera sembuh
air yeezy
coach outlet
nike shoes
nike shoes
lebron james shoes
nike foamposite
balenciaga speed
longchamp handbags
longchamp
adidas tubular
air yeezy
coach outlet
nike shoes
nike shoes
lebron james shoes
nike foamposite
balenciaga speed
longchamp handbags
longchamp
adidas tubular
Post a Comment