Usikkan Dalam Pantun | Tirana Aduka
Custom Search

Friday, January 31, 2014

Usikkan Dalam Pantun

Orang hanya pandai berkata
Suruh buat Terpinga-pinga
Walau kita tiada beharta
Hati yang baik di kenang juga

Hati manusia semua sama
Beza pada tingkah lakunya
Kuatkan iman Zikir sentiasa
Kita Semua adalah Hambanya

Semua mayat KAFANYA sama
Tidak Di balut Kain SUTERA
Matinya kita Membawa tiga
Ingatlah ia sebelum lupa

Musibah melanda dikala ini
Banjir di sana banjir di sini
Walupun sibuk berhari-hari
LIMA WAKTU USAH DILUPAI

Solat sudah sedekah pun sudah
Tapi hidup tetap susah
Bukan TUHAN yang beri susah
MUHASABAH diri adalah penyudah

TiranaADuka

mungkin anda terlepas yang ini

PANTUN DI PAGI JUMAAT


http://aku-saya-alam.blogspot.com/2014/01/pantun-di-pagi-jumaat.html

5 comments:

JR said...

Sulam benang perlahan-lahan
Tercucuk mata sampai buta
Susah senang takdir Tuhan
Bersyukurlah apa yang ada

Anonymous said...

terbaik..

Pohon rambutan rendang dihalaman
Mari dipetik si dara sunti
Buat santapan di petang hari,
Apapun KA nak pohon kemaafan
Sebab lama x menyinggah ke sini
Kekangan masa & harap memahami...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lares said...

other YSL Dolabuy Recommended Reading louis vuitton replica why not find out more Source

thehoth said...

gucci replica l35 x6y98h1b20 7a replica bags wholesale g31 p9x46c6k25 replica ysl handbags p70 s2u61k3n57