Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Aku Bersyukur pada mu...amin amin
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaatlah yang paling indah dalam setiap minggu pada TiranaAduka.. Hari ini aku bersolat Jumaat di Masjid MSU..
Ia kampus MSU menyediakan kemudahan untuk pelajarnya bersolat dan di buka kepada orang umum pada hari jumaat sahaja..setahu aku la....
Seperti biasa air wuduk telah berada dalam aku...aku melangkah menaiki tangga untuk menuju ke MSU
Dua aras di gunakan bagi tujuan untuk bersolat jumaat di MSU,
aku berada di aras pertama...
aku duduk di saf yang masih kosong...keadaan di masjid MSU sungguh sejuk..ia dalam masjid MSU berhawa dingin di aras satu dan dua sama sahaja..
Aku beriktikaf sehingga masuk waktu dan Adzan berkumandang.. terkadang aku membuka mata untuk melihat keadaan persekitaran...hampir penuh ruangan saf saf yang telah kosong..
Adzan Zohor pun berkumandang ..aku menyambut suara adzan di dalam hati selesai aku solat sunat...
Aku terlihat seorang pemuda duduk si saf hadapan ku menunaikan solat sunat juga..
aku terlihat pada bahagia bawah kocek seluar slacknya ternyata berlubang ...mungkin kesan dari tersangkut sesuatu atau memang dia tak perasan ada lubang sebesar duit syiling 50sen di seluarnya..
KHATIB memulakan salam...dan adzan sekali lagi di laungkan...
Selesai adzan....aku memikirkan bagaimana untuk memberitahu dia akan keadaan seluarnya itu..
'Salam bro...maaf seluar bro koyak pada bahagian kiri bawah kocek,try bro keluarkan baju bro bagi menutup koyak tersebut'
itulah ayat yang aku taip pada telifon bimbit aku dan aku hulurkan padanya...dia agak terkejut pada mulanya...ialah...khudbah sedang berkumandang dan aku menghulurkan telifon bimbit aku padanya..
Dia membaca sejenak...lalu memberikan kembali telifon aku...
tangan kirinya beraba pada lubang seluarnya...dengan pantas di keluarkan baju kemeja yangnya bagi menutupi lubang tersebut.......
Syukur alhamdulillah hati ku berkata....LEPAS AKU....
Tindakkan spontan dari fikiran ku untuk menulis msg di telifon bimbit aku membuahkan hasil...syukur...dan idea ini datang secara sepontan.
Aku kongsikan di sini buat tatapan semua...........moga kita dapat memunafaatkan teknologi yang ada ini untuk kebaikan bersama.....
TiranaAduka