Kita hanya mampu merancang dan berdoa kemudian berusaha.....tapi ketentuannya adalah Allah s.w.t
Itulah yang terjadi pada TiranaAduka...
Sabtu pagi aku menelifon Bro Aby.....3 kali panggilan ku tak berjawab....selang 4 minit bunyi pesanan ringkas pada telifon bimbitku....Rupanya Bro.Aby sedang berkursus dan belum selesai urusannya....
Tujuan aku menelifon Bro Aby adalah untuk memberitahu beliau bahawa aku tidak dapat turut serta dalam SBB 2013 anjuran blogger Denaihati
pada hari tersebut jam 2.00 petang di Singgahsana Hotel petaling jaya...
Mungkin ini telah tertulis dan aku menerimanya dengan redha.
Ibu ku...Terkulai layu tanpa tenaga tapi masih sedar dan mampu berkata -kata dengan perlahan.......adik perempuanku yang melayannya....terpaksa di bawa ke Hospital yang berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang adalah distinasi yang di tuju...Ambulan terpaksa di gegaskan ke rumah ibu ku....hanya dalam masa 30 minit ambulan tiba di perkarangan rumah ibu ku..
Alhamdulillah....walaupun agak lama dalam tempoh 30 minit ...aku tetap bersyukur.....
Pegawai yang bertugas yang berada di dalam ambulan itu bergegas keluar dan meluru ke dalam untuk memeriksa ibu ku.....
Tekanan darahnya 159 dan kandungan gula dalam darahnya 26 .Ibuku memang kuat dan tabah....
kata doktor...bukan calang-calang orang boleh bertahan hingga tahap ini....Ibu telah sedia maklum dengan di pekej penyakitnya.....
Troli di bawa masuk kedalam bilik untuk mengangkat ibu....abah aku dan 2 orang yang bertugas itu memindahkan ibu dari katil ke troli....
dalam ambulan...rawatan susulan di berikan dengan pantas.....
Aku meminta agar di bawa ke Hospital Sungai Buluh.....tapi dikatakannya oleh pegawai tersebut...adalah di luar kawasannnya..aku akur....
DOAKAN BONDA TIRANAADUKA LEKAS SEMBUH DAN SEGERA PULANG....
AMIN AMIN AMIN...
YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN DAN SEMANGAT PADA BONDA KU...UNTUK TERUS TABAH MENGHADAPI UJIAN MU INI....BEGITU JUA AKU.....
AKU INI INSAN YANG KERDILDAN LEMAH.....YA ALLAH PERKENANKANLAH PERMOHONAN HAMBA MU INI...AMIN AMIN AMIN AMIN AMIN YAROBBALALAMIN...
TiranaAduka
p/s Orang tercinta masakkan bubur hari ini buat ibuku.....
8 comments:
Amiiin. Semoga ibu TA akan segera sembuh. Srmoga segalanya dipermudahkan Allahutk TA sekeluarga. Sedalam lautan kasih TA untuk ibu...sekuat itujugalah TA harus berjuang fizikal dan mental.
Salam TA,
Sekarang aby kt JB. Ngikut progam anak/orng rumah.
Brsabar dgn ujian Allah swt. Sakit/sehat adalah prjalanan hidup kita ... Berat mata mmandang berat lg bahu memikul. Semoga bonda TA dpt semboh spt sedia kala
Saya doakan semoga ibu Tirana Aduka cepat sembuh.
Allahu yashfiha. Aameen..
remy doakan kesihatan bonda bro..... semoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.... Amin
Semoga bonda tercinta TA tabah dan kuat melaluinya... semoga kembali pulih menjalani kehidupan seadanya...
Post a Comment