Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani
Aku mempunyai seorang makcik yang aku sendiri tak tahu bagaimana aku nak menilainya ..aku sangat manja dengan macik aku ni...kalau nak sebut namanya..agak ranggi atau sedap la namanya...
LILY nama makcik ku.... mempunyai 4 orang cahayamata... tapi aku amat manja padanya...
Begitu juga dengan anak-anak makcik Lily , mungkin aku menumpang kasih...tak kisahlah...
waktu aku bekerja di kawasan berhampiran rumahnya aku sering ke rumahnya pada waktu petang...cukup sekadar melihat dan memberikan salam padanya ...aku dah terlepas rasa rindu padanya.. bukannya nak masuk berbual bicara , cukup sekadar melihat dan memberikan sedikit senyuman ....aku terus pulang...dia pun dah lali dengan perangai aku...
Kalau nak di kira makcik ku ini boleh di katakan dalam golongan orang yang mampu dan tidak sombong .. tu yang aku tertarik.. personalitinya di senangi oleh setiap masyrakat tempatan..
Aku bertungkus lumus dalam setiap majlis kenduri anak-anaknya...hinggakan lemah longlai aku jadinya...bukan kerana terpaksa atau mengharapkan balasan atau untuk menagih simpati atau bukan untuk membodek duitnya... tapi sukar untuk aku jelaskan dalam tulisan ini...
Walaupun aku tidak punya harta...demi mengenangkan talian ikatan persaudaraan yang erat...aku gagahi jua...itulah tanggapan aku pada makcikku Lily.
Makcikku ini berniaga di kawasan lembah KLANG dahulunya dan hinggalah kesemua anak-anaknya berumahtangga dia cuci tangan...
Berbekalkan pengalaman sepanjang hayatnya dalam dunia perniagaan...kesemua anak-anaknya kini mengikut jejak langkahnya.. dan kini semuanya berjaya ..aku tumpang gembira..aku dan anak-anaknya adlah sepupu..walaupun jarang berjumpa tapi kami mesra dan aku tak segan silu untuk menegur mereka walaupun mereka lebih berusia dari aku...
Kalau 4 hari aku tak datang menjengguk mula la rasa di hati ini bergelora...mungkin dia yang rindu pada ku atau sebaliknya bagi aku...
Makcikku suka menceritakan tentang pengalamannya pada aku ...dan aku suka mendengarkannya..begitu juga dengan suaminya yang paling aku tak tahan si suaminya tu sedaya upaya untuk mengajak akau menceburkan diri dalam bidang perniagaan...aku katakan dalam pertimbangan lagi....
DUIT....huhuhuhuhuhuhuhu...bukan nak kata kedekut sebaliknya.....memang berhati yang dermawan tapi kena pada tempatnya...
KINI hanya anak yang soleh dan solehah yang di tinggalkan beserta amal jariah sedekahnya dapat ku lihat dan aku tak pernah putus menyedahkan Al-Fatihah Buat nya setiap selesai aku berSOLAT
AL- Fatihah
Hajjah Sulimah Binti Haji Saian
Aku Rindu padamu....
13 comments:
takziah TA, moga arwah ditempatkan bersama-sama mereka yg beriman,, aminn
al fatihah ...
semoga rohnya dicucuri rahmat :)
Salam penuh persahabatan kawan,sory baru sempat berbalas kunjung ke sini kawan,apa kabar,,,,
Salam TA..Terima kasih rajin singgah ke blog akak & ,menitipkn msj.
Mmg seronok punyai mak sedara yg baik macam Arwah makcik Lily.Al-fatihah utk Arwah.
P/s:Klu berminat dgn pemanggang ajaib..skrg akak jual dgn harga promosi..tamat 20hb :)
alfatihah..... simpan kenangan tu bro...... buat cerita utk anak2 bila dewasa nanti......
takziah.. makcik? maknanya adik beradik ayah or mak la kan
salam takziah..al-fatihah pada arwah..
al-Fatihah...moga rohnya dicucuri rahmatNya selalu...amin
TA memang begini jiwanya kan? Kita gembira dapat bersahabat dengan TA.
Al-Fatihah...
mesti terasa kann... * alfatihah
takziah TA ... moga rohnya dicucuri rahmat... tabahkan hati k.
salam takziah & alfatihah
Post a Comment