Jumaat Yang Ku Nanti | Tirana Aduka
Custom Search

Friday, February 22, 2013

Jumaat Yang Ku Nanti

Triumph Bath Tub TiranaAduka
Triumph Bath Tub TiranaAduka
Hari jumaat adalah hari yang paling indah dan paling aku ssukai, setelah  selesai manjalankan ibadah subuh berjemaah di masjid aku pulang ke rumah...menukar  pakaian baju melayu aku dan kain pelekat  kepada seluar jean dan kemeja lusuh aku.. aku bergegas ke dapur cuba mendapatkan mak aku,,


Menikmati  sarapan pagi lempeng dan sambal tumis dan aku bertanyakan apakah yang kurang pada keperluan dapur pada mak,, mak kata semuanya sudah cukup tak de yang kurang.. syukur Alhamdulillah..

Aku lihat abah dah ke bawah untuk ke kebun sambil menjinjing bekalan yang mak bekalkan pada abah, bunyi deruman motor abah memecahkan kesunyian di pagi tu..
Adik beradik semua ada yang masih menuntut dan ada yang telah bekerja... mereka semua telah pun keluar setibanya aku di rumah dari masjid...

Tinggallah aku dan mak di rumah..
Selesai bersarapan aku ambil kunci Triumph bath tub aku...segera aku engkol Triumph ku...
Mak dah lali dengan aku jika hari jumaat ..aku akan ke satu distinasi dan pulang seawal jam 12 .

Kali ni ingin aku ke Tasik shah alam..keizinan dari bonda ku  aku pinta walupun dah lali dengan sikap ku tapi aku tetap memberitahu bonda arah tujuanku , ialah takut takut nyawa tak panjang senang bonda nak bagi tahu arah tujuan aku ketika itu..

Aku berlalu pergi meninggalkan rumahku..
sampai di simpang aku lihat ramainya manusia berpusu-pusu ke satu tempat .. yang muda dan yang tua dari segenap lapisan masyarakat tertumpu ke situ ..ya mereka menuju ke PASAR . di tempatku ada pasar pada setiap pagi jumaat.. maka ramailah penduduk kampung yang akan kesitu untuk membeli keperluan masing-masing.

Ada yang mengagkat tangan tangan pada ku tanda bertegur sapa. aku membalas....
Ku teruskan perjalanan ku ..
Laluan ku menuju ke shah alam melalui jalan meru ternyata lapang ..waktu tu belum banyak kenderaan yang lalu-lalang... kiri dan kanan ku sejuk mata memandang
Ladang kelapa sawit penuh di sepanjang aku ke Klang..

Tergerak   untuk ke bangunan Chi Leong sebelum ke shah alam sebab di situ  ada mesin ATM GIRO..biasalah orang bujang..nak keluar baru nak cucuk duit..
Bukan tak ada duit di poket..cuba sebagai tambahan dan ingin pula menyemak baki yang tinggal

Triumph Bath Tub ku parking dan enjin ku matikan suisnya...dengan berjalan sambil membuka helmet di kepala aku menju mesin ATM ..nampak tak ramai yang ingin menggunakannya mungkin dah tengah bulan atau mungkin di waktu pagi ...tak ada yang berkelapangan..

Aku mengeluarkan RM200 dan ku selitkan pada belakang poket seluar jean ku..
Aku berlalu meninggalkan bangunan Chi Leong dan menuju ke lebuh raya persekutuan terus menuju ke distinasiku...

Sampai ku di Tasik Shah Alam.. aku parkingkan Triumph bath Tub dan aku mendpaatkan sebuah bangku . aku duduk sambil memerhatikan suasana tasik buatan manusia tu..

Tak ramai pengunjung di kala itu ..mungkin bukan hari cuti atau bukan hari-hari yang sibuk di situ..
20 minit aku duduk di situ sambil memerhatikan suasana yang tenang..

Aku berangkat menuju ke sebelah hujung tasik Shah Alam..dan aku cuba mencari tempat duduk..kali ini aku hampa tiada kerusi kayu atau tempat untuk aku duduk...

Rasa di hati dah malas pulak nak duduk.. aku teruskan perjalanan ku  aku pusing roundbord Masjid Negeri ...menuju ke Komplek PKNS.. aku lewati perpustakaan ...dan aku telusuri jalan jalan biasa di sana..sejakar untuk aku melihat-lihat di hari yang indah ini...

Tepat jam 11.45 pagi aku bergegas pulang ....bergegas untuk menyiapkan diri ke Masjid dan jadual ku pada ketika itu agak lapang...aku tidak membersihkan ruangan masjid dan tempat wuduk ketika itu...masa yang ada aku cuba untuk bersantai dengan Triumph Bath Tub aku.....

TiranaAduka

Mungkin anada Terlepas
Aku Dalam Kebasahan hingga kecut tanganku
Kerana Minat ku Yang Gila
Antara Spana Murah Dan Skrudriver yang Mahal
Biar Rupa Rock Asal Hati Ikhlas dan Baik Budiman
Wang Simpanan Ku Habis


44 comments:

Unknown said...

moga dipermudahkan segalanya ^^

TA kalau tulis novel mesti laris ...

TiranaAduka said...

*Anum
:)

*Yana Aina
Uiks....TA tak layak la...
teerima kasih sudi lapangkan masa...di hari jumaat yg damai ini..banyakkan selawat...dan sama-samalah kita

mama aini said...

ehem..TA mencari ilham utk menulis entry kat tasik dipagi jumaat ek?.. ;)

Aziela said...

Ini rutin masa bujang dulu yer TA? Sekarang dah tak sempat kot kan...

Anonymous said...

Salam jumaat tirana..

Terasa nak pegi la ke tasik tu...

Nik said...

salam jumaat.

jln2 dan pusing2 jea la keje arini yea. best gak tu. ambik angin..hehe

wantie said...

rutin yang baik. lepak kat tasik tenangkan fikiran.buka minda

noor azlan said...

Sesekali membawa diri, menenangkan fikiran.. Best jugak tu....

fiezaradzi said...

salam Jumaat, moga membawa kepada perkara yg baik2 saja, bukan setakat hari ni, tapis etiap hari..

Hanif said...

nyimak aja

Unknown said...

salam jumaat bro tirana...
sesekali bersendirian ditepi tasik... alangkah damai nya rasa...... taman tasek shah alam tu memang cantik..... remy dulu rajin ke sana waktu study kat uitm dulu

TiranaAduka said...

*mama
Tak delah mama.ambik angin pg je.

TiranaAduka said...

*aziela
Yes sis..almaklumlah org bujang.

TiranaAduka said...

*wirda amir
Waalaikum salam wirda.
Boleh je.silakan.

TiranaAduka said...

*nik ros
Waalaikum salam
Layan santai nik ros

TiranaAduka said...

*wantie
Thanks sis.sesekali kena layan gak.

TiranaAduka said...

*putera dunia
Jangan selalu tau.

TiranaAduka said...

*fiezaradzi
Terima kasih.sudi dtg.

TiranaAduka said...

*hanif
Terima kasih hanif

TiranaAduka said...

*remy hazza
Waalaikum salam bro remy
Huhu tau gak remy ttg tasik di shah alam tu ye.masa tu ta tak de blog ni lagi.hehe tq remy sudi lapangkan masa di sini.walau remy sibuk dgn tugasan

QasehnyaRania said...

mmmm..cuba la menulis novel TA..

TiranaAduka said...

*qasihnya rania
Terima kasih sue.

Ira said...

salam Jumaat TA..
Happy Weeken.. semoga hjg mggu dipenuhi dgn sesuatu yg bermanfaat

JR said...

Jadi kisah nostalgia masa muda le tu...sekarang bila dah berkeluarga tentu masa utk santai2 dah kurang. Seronok kalau dpt naik Triump...

Nadia Johari said...

sekadar tengok2 tasik..hehe..ke ngort awek..hehe

TiranaAduka said...

*ira
Tq ira you too

*jay ar
Lebih kurang begitulah jay ar..

*nad
Wah wah wah..nakal erk?

haryati said...

ari jumaat mang selalu cuti ke?

Unknown said...

Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html

Staff Administrator said...

moment di hari jumat...ya sobat :)

Blogs of Hariyanto said...

menikmati jumat dengan segala ketenangan hingga waktu sholat jumat tiba....alhamdulillah :-)

RIZZNA said...

TA...seawal pg dgn sarapan yg mengiurkan...hurmmm nyamm nyammm.... rutin biasa ke di hari jumaat tue?

Unknown said...

ini kira cerita jumaat sebelum solat jumaat laa kan..ehe...

mimi RaDiAl said...

salam kenal dan perdana mampir di sini....
happy jumuah barakah :)

TiranaAduka said...

*haryati faizal
Tak lah...

TiranaAduka said...

*nasuha
Insya-allah lapang nanti saya join.

TiranaAduka said...

*budi os
Ya bener sahabat

TiranaAduka said...

*Blogs of hariyanto
Begitulah keadaanya.

TiranaAduka said...

*cinta misteri
Tak de lah..tq sudi singgah

*izan mama mia
Ya sis

*mimi radial
Alhamdulillah.trimas sudi mampir..syukur

Unknown said...

Sekali sekala duduk depan tasik keseorangan best jugak.

Tapi kalau saya dah tak rasa feeling best sebab selalu ke mana2 berseorangan. Mula dari kerja sampai lah sambung belajar lagi sekarang.huhuhu

Anonymous said...

salam tirana..

dtg lagi...bonda tirana apa khabar..?

TiranaAduka said...

*embun melati
Ala ciannya.tak mo la sedey erk?nanti ada la tu.coming soon.

TiranaAduka said...

*wirda amir
Waalikum salam wirda.
Alhamdulillah ada perubhan sedikit.tq asking.
Salam ptg sabtu dr ta.

aku HaniAsyira said...

rindu masa bujang ei.. sori gak yea TA sebab lama tak singgah.. heee~~

TiranaAduka said...

*atil
Tak de hal.