Petang ..jam 5.. aku menuju ke pondok pengawal untuk punch card....hujan mulai turun renyai-renyai mengiringi kepunlangan aku...Triumph aku panaskan enginenya terlebih dahulu ..sambil mengenakan jeket kulit dan helmet...aku memulakan pejalanan..
Semakin lama semakin lebat..aku pacu Triumph Bath tub aku menyusuri jalan raya.. Apa itu Triumph ( Disini Kisahnya) ramai yang berhenti di tempat berteduh aku lihat..bukan aku tak mahu berhenti...kata member-member K.L...triumph ni kalau hujan memang berdesup larinya..jadi aku cuba tahap pencapaian
Aku maintaikan kelajuan ku..bukan aku takut laju...cuma aku dah puas laju laju ( Disini kisahnya)..
Terpandang nun jauh kelibat pasangan ... yang perempuan mengendung anak kecik dan berdiri disebelah perempuan itu seorang budak lelaki..ku perhatikan mungkin si suaminya membelek-belek tayar depan dan belakang yang sudah tiada angin dalam hujan lebat...
Aku tersentak...bukan kerana lelaki dan perempuan tu...kerana aku lihat 2 orang anak kecil kebasahan dalam hujan lebat ..
Aku berhenti di sebelahnya...mungkin deruan Triumph menyebabkan budak kecil itu menangis....
Aku matikan engine triumph.. aku turun dari motorsikal ku
Memang tak de tempat nak berteduh di kawasan tu...LUBUHRAYA la katakan kalau ada pun 10 minit lagi perjalanan..
"Bang..Hujan lebat ni.....!!!!!!!!!!!!!!!!! JOm saya antar Balik......"
Suara aku menjerit dalam hujan yang amat lebat...
Aku tanggalkan jeket kulitku..aku selimuti anak kecil dan budak tadi aku suruh mereka mencangkung....aku dalam kebasahan..memang kuyup....apatah lagi helmet aku dah tanggalkan...
"Rumah Abang kat mana...? " Jeritku lagi...
"Bukit Kerayong........." Jelasnya..
Waktu tu aku hanya memikirkan keadaan budak kecil tu......kesejukkan ...aku buka bagku...aku ambil kain solat ku....mujur tak basah..bag yang ku bawa selalu...selain bekal yang mak bawakan..mak tak lupa menukar setiap hari kain pelekat aku untuk solat...i love you mak..!!!!!!!
"Kak bungkus beby tu...sejuk dah dia...." Tegasku dengan suara kasar...
dia hanya mengikut sahaja arahan aku sambil di perhatikan oleh suaminya....alhamdulillah......
"Alo MACHA>>>>>>>>>>>>>>Apahal.....!...
Seorang india lingkungan usia emas menegur aku....
"Motorsikal abang tinggal sini..nanti datang lagi kita betulkan...sekarang hujan lebat ....abang tak kesian ke tengok anak abang tu...??????? aku marah padanya....bagaikan akulah ketua disitu...
mungkin dengan rambut panjangku menyebabkan dia hanya menurut sahaja kata-kataku...(agaknyalah)..
"Uncle.......!!!!!! Boleh tolong ini orang ka.. Hantar dia punya rumah....." Aku bertanya pada uncle ..
"Cepatlah naik hujan sudah banyak lebat...." Balasnya...
(Semua ini allah s.w.t yang atur aku hanya menjalankan sahaja...yang mengerakkan hati hati manusia)
"Apa lagi tercegat disitu..... Abang suruh bini dan beby abang naik dengan uncle tu.......Abang naik dengan saya dan anak abang yang lagi sorang tu..." Aku memerintah...
Tanpa berlengah dia memberitahu isterinya yang duduk mencangkung berbumbungkan jeket aku tu....isterinya aku .....alhamdulillah..........
Aku ikut dari belakang sambil memerhatikan tangan perempuan yang di dukung oleh lelaki india itu menunjukkan arah jalan pulang....
Buat sekian kalinya aku menangis........bukan aku sejuk atau sedih...tetapi aku mengenangkan lelaki india yang separuh umur sanggup berhenti dalam hujan lebat...membantu.....serius kata......sepanjang perjalanan aku mengalirkan air mataku.......memang sepanjang perjalanan hujan tidak reda...aku redha..
Mana perginya budak-budak M***** dan
Usah pandang orang lain....
Selamat sampai di rumah ..aku lihat lelaki india tadi berlalu pergi dengan selamba..tanpa berkata apa ...
Tak sempat nak ucap terima kasih.....dia selamba jalan dan senyum....sambil berlalu di tepi ku dan berkata
"Nice Triumph...................!!!!!!!!!!!!"
Aku terkejut....dia hanya bermotosikal biasa je...suzuki cup...dalam pandangan aku....mungkin dia ada kisah tersendiri.....
Tak pe...aku berdendam...satu hari pasti akan aku temui uncle ni...itulah janji aku pada hatiku ini..
Insya-allah dengan jaringan rangkaian aku dalam dunia permotoran..dari yang jahat hingga yang baik....aku kenal...cuma aku jarang muncul... almaklumlah...biar hanya nama...
6 comments:
kisah yang menarik . baiknya tirana aduka :) memang susah nak tengok anak2 muda tolong kalao jadi kes macam ni . yang betul2 concern ja yang akn tolong like u . hehe .
Wah Abang TA, intan dah macam baca novel pulak…hehe.nice entry..err..selamat petang >>
catatan yg menarik......bro...
kisah suka duka sepanjang perjalanan...kekadang apa yg berlaku satu kenangan buat kita..... nice... semomga segala kebaikan dibalas dgn kerahmatan Allah
terharu dgn catatan TA ni..alhamdulillah masih ada lagi insan yg sudi menolong mcm TA. Insyallah pertolongan tersebut akan dibalas di SANA nanti..
terharunya baca
Post a Comment