Di Malam Jumaat Yang Damai | Tirana Aduka
Custom Search

Thursday, November 8, 2012

Di Malam Jumaat Yang Damai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Malam Jumaat setelah aku pulang dari Masjid Al-Shariff...

Mungkin hati ku  sudah terubah lukanya  tapi parut masih ada...  hari berganti hari tahun berganti tahun..
terasa sunyi pula hati ku ini , kadang aku rasa ingin disayangi...maksud aku disini sebagai pasangan kekasih- saling sayang menyayangi dan saling rindu-rinduan.. hati dapat merasakan manisnya bercinta..menantikan esok bagaikan lama untuk bersua muka..tapi pada siapa aku nak mencurahkan isi hati ku ini..pernah diri ini di cintai dan mencintai ,
sesuatu yang amat indah kurasakan.. ntahlah aku tak pandai nak ungkap di tulisan maya ku ini .. tapi akan ku cuba jua sedaya upaya ku menulis di coretan ini

Setiap kali aku cuba inginkan cinta bersemai di lubuk hati yang luka ini aku terbayangkan ....( Disini)
Bak kata pepatah Hidup mesti di teruskan yang hidup harus meneruskan perjuangan..
Suatu ketika aku muak dan jijik dengan perkataan atau ungkapan cinta.... kerana aku tewas atas Kehendak Yang Maha Esa.. Akal Fikiran ku berkata seolah-olah aku tidak Redha dengan dugaan yang menimpa aku...Mujur hati berbisik menyatakan yang itu adalah ujian....
Allah nak menguji aku.. adakah aku mampu menerima ujian dari NYA...

"My Girl , My girl , Don't lie with me.. tell me where did you sleep last night...."

Termenung di jendela ..sambil mendengarkan lagu  kegemaranku di kusyen usang milik mak, hati ku berpidato pada fikiranku... aku tersenyum sendiri  bagaikan orang tak siuman bukan apa.. terkenang memori detik indah bersama insan yang pertama kalinya aku cintai..memang kata orang cinta pertama sukar untuk dilupakan.. Aku Redha dengan Ujian mu Ya Allah.......Kuatkan lah iman aku Tabahkanlah jiwa raga ku meneruskan liku-liku hidup di pentas dunia mu ini yang penuh dengan tipu muslihat manusia-manusia..prajudis

Kawan perempuan yang ku anggap sahabat aku layan sama rata  tiada hati pada mereka ..bukan nak kata aku romeo.. cuma aku jenis yang tak suka ambil kesempatan atas harapan mereka..niat ku ikhlas untuk berkawan tiada maksud lain. Terpulanglah pada tanggapan mereka pada ku..sama ada anggap aku ini kekasih atau sahabat biasa..tapi yang jelas dan nyata lagi bersuluh ..aku serius menyatakan pada mereka semua yang aku belum bersedia untuk bercinta...

Yang buat aku tersenyum mereka semua dah bagi " Green Light" aku setuju...(Boleh couple) bahasa orang sekarang.. aku kalau dah serius memang serius betul...maksud aku ..aku tak suka lama-lama lagi cepat diijab qabul lagi baik.. sebab dugaan yang bakal menimpa bila dah hampir bersatu terlalu besar dan hebat..bagi aku la..orang lain aku tak tahu...maaf..

Kadang-kadang susah juga nak buat keputusan...
Aku jumpa mak dan bertanya .. Bagimana aku hendak buat keputusan....
mak jawab ringkas dan padat...

"Solatlah...nanti mak doakan juga...." mak

TiranaAduka

9 comments:

a.R said...

hmmm......tiap persoalan pasti ada jawapannya..... kita ni cuma perlu mencari jawapan tu....

sy doakan tirana bertemu cinta hati satu hari nanti...insyaAllah...Amin!!! hee :)

Cik Ai said...

betul2..
hanya pd Allah kita berserah TA..
mintak pd Allah pasti Allah tunaikan..solat istikharah atau solat hajat..itu yg paling berkesan,moga cepat TA dpt jwpannya.hehe :)

Anonymous said...

hehehehe Support Blog TA FUll :-) tenang sahabatku terus belajar dan belajar karena dengan belajar pasti akan ada sesuatu yang menarik untuk kita terima

s h a said...

Setuju dengan mak TA. Solat istikharah and mintak petunjuk dari Allah adalah yg terbaik :)

Anonymous said...

betul tu apapun harus kembali paa yg satu ALlah swt

Unknown said...

betapa rumitnya dlm membuat keputusan..

semoga dipermudahkan..=)

sal ya said...

kembali kepada Sang Pencipta. DIAlah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Unknown said...

lu memang penulis bro......tak yah nak selindung bro ....

Anonymous said...

geng vespa kirim salam aku akan ceritakan pada depa yang lu dah ada blog....