REZEKI BUKAN HANYA DUIT | Tirana Aduka
Custom Search

Wednesday, November 14, 2012

REZEKI BUKAN HANYA DUIT

Aku Mohon Ampun Pada-MU YA ALLAH.....Amin amin amin



(segala aksi motosikal dalam tulisan ini adalah di lakukan oleh pakar yang terlatih dan bertauliah,anda di nasihatkan  tidak mencuba aksi yang di tulis oleh penulis)


Aku kenal Syukur melalui seorang sahabat..
Syukur lepasan Universiti luar negara (England) dah enam tahun pulang ke tanah air..dan dia sudah mempunyai pekerjaan tetap sekembalinya ke tanahair....
Syukur ada sebiji Triumph Bath Tub sama dengan aku.. jadi memang satu line lah kami..pertemuan telah di aturkan oleh sahabatku di bangsar.. tak sangka aku..Orangnya simple dan ramah.. aku naik kereta seorang sahabat ketika  kami bertemu.. Foodcourt menjadi pilihan.. perkenalan yang singkat tapi mesra.. membuahkan satu temujanji ahad nanti..



Tak sabar rasanya nak tengok Triumph yang sama jenis dengan aku.. Khabarnya di bawa dari England.. di belinya dengan duit belajar dan bekerja sambilan di sana.. oleh kerana minatnya pada motorsikal .. dia membeli walaupun mahal..(pada aku mahal)

Syukur mempunyai pengalaman luas dalam bab motorsikal classic ni.. dan dia sering membeli alat ganti dari negara luar.. aku teruja.. macam beli ikan kat pasar je dia buat..
Teruja melihat dia online melalaui alam maya dengan jaringan antarabangsa yang dibuat meyakinkan aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai SUKUR...

Pertama kalinya aku order barang dengan syukur dia memperlihatkan aku senarai harga yang tertera.. kalau dulu nilai tukaran wang Malaysia ke Pound Sterling adalah RM 3.50 sama dengan 1 pound..
Aku tak kisah sebab barang yang di beli adalah alat ganti tulen.. Aku lihat sendiri bagaimana alat ganti yang di simpan di dalam stor berhawa dingin di sana.. Memang tak dapat di nafikan walupun usia alat ganti itu ada yang memcecah 50 60 tahun lamanya tapi kualitinya masih sama seperti asal dan sedikitpun tidak ada cacat celanya.. bukan aku nak mengagungkan barangan mereka tapi hakikatnya... mereka pentingkan kualiti dari kuantiti..

Barang yang Syukur order 2 minggu lepas masih berada di dalam kotak, belum sempat di bukanya dia sudah order barang lain.. syukur bagi aku bolehlah di anggap sebagai egen untuk alat ganti di Malaysia ketika itu..
Tersusun rapi barangan motorsikal ( alat ganti)  di biliknya seolah-olah aku berada di dalam sebuah bengkel motorsikal,
Ramai juga sahabat sealiran yang order barang  melaluinya.. seyukur hanya mengambil upah yang amat kecil untuk setiap barang yang kita order.. sebab cukai ..bukan keuntungan...bagi aku yang aku lihat dia 10 sen tak mengambil untung apatah lagi kesempatan di atas kebihannya ketika itu...
Membuatkan aku rasa senang berjumpa dan berkongsi pengalaman mengenai Triumph...

Kalau aku ada buku usang yang Taukey Welly beri pinjam...Syukur mempunyai lebih banyak koleksi cara panduan memperbaiki motorsikal lama dan ada video sekali.. aku kagum dengan minatnya..Malu aku nak meluahkan rasa untuk meminjam buku bukunya.... aku hanya belek-belek disitu..

Waktu tu aku buta I.T serius aku tak tahu langsung mengenai internet ...bisnes internet website, pay pall dan banyak lagi .. seperti dunia baru  bagi aku.. suatu alam yang lain dari yang lain..

Syukur pernah berkata pada aku
"Dunia alam maya ini penuh dengan penipuan... tapi jika kita jujur Tuhan akan bantu kita.." kata syukur

Aku rasa pelik juga dengan kata-katanya pada mulanya..ialah transsaksi ribuan yang di lakukan di alam maya dengan santai dia buat tiba-tiba dia berkata sedemikian...

Aku ragu dan dia menceritakan tentang penipuan barangan yang pernah di order suatu ketika dulu..pernah tak sampai . pengalaman mengajar sukur lebih berhati-hati..

Seminggu aku ulang alik kerumah syukur di PJ setelah aku selesai waktu bekerja.. syukur dah berada di rumah jam 6 petang..Aku hampir terlupa dia kerja apa..Malu rasanya nak berkawan dengan orang yang ada pangkat ni dan bergaji besar.. agak liat juga syukur untuk menjelaskan status nya dalam kerjaya beliau atas desakkan aku dia akur dan memberitahu tentang statusnya.... aku jadi malu dan berhenti berbicara...
Bayangkan aku ni mat rock pelajaran pun tak tinggi tapi ada kawan yang berstatus tinggi bagi aku la...kalau dah belajar kat luar negara 8 10 tahun mesti balik sini dapat kerja bagus-bagus dan bergaji besar..

Aku tabik dengan syukur....
Aku mula becermin tentang diri aku....penampilan syukur simple dan bersahaja dikala aku bertemu dengannya.. tetapi merupakan naib penggerusi di sebuah syarikat di PJ.. adoi..aku terasa kecil sangat..
Memang tak nampak ciri-ciri kalau aku tak tanya... aku ingatkan dia biasa-biasa je...hahahha aku malu..

" Kita tolak tu semua yang penting minat kita sama.. dan bukan semua orang terpilih.." Syukur berkata pada aku setelah perasan tindak tanduk ku berubah setelah dia selesai menceritakan tentang statusnya..Terubat sedikit aku.. Dia teruja juga sebab aku mampu memperbaiki motorsikal Triumph ku tanpa panduan asas dan kursus-kursus formal.. hahahahhaa...aku kembali ceria setelah soal status aku buang jauh-jauh... mungkin jika aku tak de motorsikal Triumph ni aku tak dapat kawan yang sebegini...

Aku mendapat seorang sahabat..tuhan memberikan aku seorang teman yang baik, syukur alhamdulillah..

TiranaAduka..

Mungkin anda terlepas entry ini
TiranaAduka Belajar Mencuri
Apa Yang Menarik pada Nombor 40
Belajar Menunggang Motorsikal
Dalam Sejarah Hidup Merasai Nikmat Dicintai
Belajar Bermain Gitar Secara Tidak Formal
TiranaAduka Bukan Tidak Berdisiplin Ketika Di Sekolah Menengah

18 comments:

Anum said...

great n3

ReramaBiru said...

berkawan tak mengenal status.syukurlah kalau kita dipertemukan dengan kawan yang benar-benar ikhlas bersama kita.bestnya boleh kongsi minat :)

TiranaAduka said...

*Anum
Thanks sis sudi lapangkan masa

*BlueiceButterfly
Terima kasih sudi lapangkan masa dan coretkan nukilan BlueiceButterfly di post TiranaAduka ini....Thanks

mama aini said...

sahabat sejati adalah sahabat yg tidak mementingkan harta & darjat.. untung ada kawan begitu..

TiranaAduka said...

*mama aini..
setuju....banyak rakan banyak ragam..kita lena pandai memilih teman sis....teman ketawa senang di cari teman berduka....?..

Chic Na said...

syukurlah ada kawan sebaik syukur. :)

TiranaAduka said...

*chik na
Alhamdulillah.

Unknown said...

keren shob saya suka artikel ini nice dshare.. dan slam kenal saya harap anda juga mampir ke blog saya di http://yudik41.blogspot.com/ saya harpkan kunjungan anda.. :D

TiranaAduka said...

*yudik share
Tak ada masalah sahabt.thank sudi dtg blog tirana aduka,tunggu kunjungan tirana aduka

Puan Kutu said...

kawan tak kenal status..begitu juga cinta..n kerana cinta n minat yg sama korang bertemu..semoga persahabatan ini kekal..:)

Puan Siti said...

nice sharing wak...kwn jugak penting dlm hidup kita...

Cik Ai said...

alhamdulillah..
masih ada yg baik wpun kedudukan tggi,yg penting kita bkawan berlandaskan keikhlasan :)

Jue Jaynee said...

dunia alam maya penuh penipuan?
isss...apa kes? harap dijauhkan

insan_marhaen said...

Betul TA..
Rezeki bukan dalam bentuk duit semata-mata...

suka kata ni "Dunia alam maya ini penuh dengan penipuan... tapi jika kita jujur Tuhan akan bantu kita.."

TiranaAduka said...

*YUDIK SHARE
Terima kasih..ok tak de masalah nanti saya singgah...

*Puan Kutu
Amin amin amin semoga kekal berpanjangan..

*Puan SITI
Betul.....setuju 100%

*CIK AINI
yes..kalau kita baik ALLAH akan bantu kita walau kita di khianati...

*Jue Jyanee
Hahahahahha..pengalaman alam maya mengajar TA erti sebuah persahabatan yang tulus..

*Cjai..
Oh begitu rupanya sis..ok sis...
By the way..Thanks sudi singgah sis....
Miss you C'jai

oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.
oakleyses said...
This comment has been removed by a blog administrator.