Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Pagi seperti biasa aku akan ke bawah rumah jika aku tak bekerja.. macam biasalah aku akan memperbaiki lagi motorsikal buruk atuk ku..Triumph Bath Tub
Walaupun tak de tarikh due datenya aku dengan tabah dan rasa tak jemu-jemu cuba sebaik mungkin untuk menghidupkan motorsikal buruk atuk tu.
Abah berseloka dengan nada perli pada aku..
' Motor yang dah ada tak di bela ..yang buruk tersepuk tu di godek-godek berbulan lamanya' Abah bersuara dengan senyuman
"Biarkanlah bapaknya ... anak ko dah minat sangat tu..eh..!!!! belikan mak minyak masak sebotol jap.." Mak pula menyampuk dalam perbualan kami..
Aku baru bukak kotak spana aku dan baru sahaja melabuhkan punggung aku di bangku kecil di sebelah motorsikal atuk ku..
"Baiklah mak..." Aku membalas dengan nada yang lemah..aku tak berdengus di hatiku ini atu mencebik arahan mak..
Aku meluru ke kedai runcit yang berhampiran dan segera memdapatkan barang yang mak pesan.. segera aku ke dapur dan meletakkan di meja makan ..
"Mak ini minyaknya..." aku memberitahu mak yang sedang membasuh pinggan di sinki ..
Mak hanya mengganggukkan kepala sambil menoleh sebentar padaku..
"Agak-agaknya sampai tak ke kebun naik motor ko ni..? Abah bertanya padaku sebaik sahaja aku turun ke bawah rumah... kunci pada motorsikal cabuk aku tak ku cabut... abah suka menggunakan motor cabukku untuk ke kebunnya..
"kenapa bah..?.. sampai je..." Jelasku sambil menghampiri abah di motorsikal cabukku..
"Ialah abah tengok minyak ni dah 'E" ( empty) ' Jelas abah sambil melihat meter minyak pada handle motorsikal cabukku...
"Marilahlah bah aku isikan jap kat kedai tu.." Aku cuba memujuk abah agar usah berdukacita..
Meluru lagi aku ke kedai tadi ...aku isikan 2 botol minyak petrol..selesai aku pulang dan mendapatkan abah..
Abah menanti dengan pakaian kebunnya , berkasut boot dan bercangkul parang tapiknya tak ketinggalan disisi kirinya di ikat kemas dalam talipinggang .
Tanpa mematikan enjin motor cabukku abah bertukar tempat menunggang dengan aku..
"Abah pergi dulu..." Abah berkata padaku sambil menghembuskan asap rokok di tepinya..
"Bah.........hati-hati bah..." Nasihat aku...
Aku menuju kembali ke bawah rumah ku..
Aku mula mengkaji ..membuka , melihat turutan wiring yang ku buat , meneliti setiap inci di enjin motor buruk atuk.. , aku buka plugnya aku gosok dengan kertas pasir... aku cuba start....tak berjaya...
berbelas kali aku cuba...
Aku tukar pada PLUG yang baru TUS....aku cuba lagi mengengkol tak berjaya..
Aku tersandar keletihan...
"Adoi...!!!!!!!!! " Suara sepatah mak , aku dengar dari bawah rumah..
"Kenapa Mak!!!!!!" aku menjerit pada mak...
"Kena pisau jari mak ni....." Mak dengan nada sedih
"Jap jap jap jap jap....." Aku berlari menuju ke arah mak....langkah aku panjang menaiki tangga.. anak tangga aku langkah 4... berlari aku ..
Aku lihat mak memegang jari tangannya darah mengalir hingga basah legan bajunya...
"Ambikkan maka minyak gamat kat dalam bilik mak tu atas para" Jelas mak..
Tak sempat aku nak menghampiri mak... mak menyuruh aku cari minyak gamat di biliknya..
Melilau aku mencari dengan panduan yang mak berikan pada aku...
Dapat.... aku dekat pada mak... mak mencuri lukanya di sinki dipicit luka yang dalam tu sambil berkerut mukanya aku hanya mampu perhatikan darah yang mengalir merah.....
"Ambik kain lap tu atas tingkap..." Mak
'Nah mak.." Aku
Agak dalam lukanya aku lihat..kesian mak.. tapi mak selepas dia mencuci lukanya...nampak tenang je..aku perhatikan riak wajah mak..
'Tuang minyak tu sikit kat luka ni...." Arah mak pada aku
"Mak angan-angan apa je ni..sampai terkena pisau..." Aku cuba bertanya
"Ada la....." Mak menjawab sambil tersenyum..
Pendarahan pada lukanya mula berhenti.. mak membalutkan lukanya aku cuba bantu..alamaklumlah aku tak berapa pandai sangat dalam hal-hal FIRST AID . asal terbalut je aku buat..
"Mak tak pape...sikit je ni.." Kata mak
"kan mak dah cedera ...tak leh masak.." Aku
"Alah. sikit je ni..mak nak sambung balik ni masak..." Mak
Aku membersihkan segala tumpahan darah yang terkena pada bawang dan pucuk ubi.
Darah yang menitik di lantai aku lap.. selesai aku ke bawah rumah (Bawah kolong) kembali...
Dalam perjalanan aku menuju ke bawah (bawah kolong)...aku terdengar tumbukan lesung batu mak.. macam biasalah ada iramanya.. aku suka dengar masa mak tumbuk pada lesung batu.. macam ada lagu yang bermain ..
"Hai motor ku..apalah punca kau tak nak idup..?" Suara aku pada motor buruk atukku..
Api pada bahagian plugnya ada.. coil pun baru segala wiring aku dah tukar baru.. contact point baru ,plug baru.. segala macam baru walaupun bukan original...
Selesai solat zohor dan makan tengahhari.. aku sambung kembali...
"Ya Allah.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Suara aku
"Stock cock minyak yang ke carburetor aku lupa buka....patutla tak nak hidup.." Aku bersuara sendiri lagi..
"Bismillah hirrohmannirrohim..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" suara aku besar
Dengan sekali tendangan maka kedengaranlah bunyi motorsikal TRIUMPH BATH TUB setelah berpuluh-puluh tahun tidak bergema....
"Alhamdulillah.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Aku mengusap muka ku dengan tangan kiri ku..sebab tangan kanan ku memulas trottle motorsikal..Aku rem (memulas trottle) 3 4 kali........
Ku biarkan seketika..aku lepaskan tangan ku pada trottle...ia hidup dan berbunyi dengan nadanya sendiri..memang bunyinya agak pelik ..lain dari yang lain...tak seperti motorsikal RX-Z ku atau motorsikal-motorsikal yang pernah ku temui..
"DUP >>!!! Dup.. dup dup dup....!!!!!" Bunyi Triumph Bath Tub..
Rasa sebak di hati pun ada ..tak dapat aku nak bayangkan perasaanku , setelah berbulan aku mengodek-ngodek motorsikal Triumph...akhirnya DENGAN IZIN ALLAH S.W.T.. aku berjaya...amin ...amin...
Syukur alhamdulillah berkat doa mak abah, atok ,nenek, dan usaha aku yang tanpa jemu...Aku boleh tersenyum....aku biarkan enjinnya hidup di petang itu...
Nak melompak kegembiraan pun ada masa tu...
Dengan tenang aku naik ke rumah..aku mendapatkan mak yang berada di ruang tamu.....
"Mak....alhamdulillah........" Aku sambil menggeggam tangan mak....lalu aku menciumnya..
"Ya mak dah dengar bunyi tu..." Mak bersuara....
"Aduh aduh sakit la..ko pegang kuat sangat..." Mak
Aku hampir terlupa yang tangan mak luka..aku pegang dengan kuat kerana kegembiraan..
Aku turun ke bawah untuk ku matikan suis engine triumph.. aku termenung sejenak...
Hari ini segala hal mengenai minyak dari pagi hingga ke tengahari... minyak masak kehabisan, mak menyuruh aku beli di kedai ,minyak petrol motor cabuk ku habis...dan akhir sekali minyak gamat yang ku sapu pada luka mak...
Barulah aku sedar... ada makna yang tersirat rupanya... dan punca triumph tak hidup adalah minyak tak masuk ke karburetor..sebab suisnya aku lupa buka (ianya sentiasa dalam keadaan berkunci) benda mudah dan sangat ringkas..
Entry TiranaAduka Sebelum Ini
Mungkin Dah Sampai Serunya
Harta Atuk ku Yang Ku Ambil sebab Tiada Siapa Sudi
Aku Belajar Mengenal Spana Dan Peralatan Makanik
34 comments:
bagus ceta nie
boleh buat filem ni..hehee..:D
Benda sekecil tu pun Allah dah susun baik² untuk kita fikir. Semua yang Allah cipta ada guna tak kira besar atau kecil.
Puas hati bila dapat buat satu kerja tu sampai nampak hasil kan bro..
Semoga tangan mak kau cepat sembuh. ;)
ok dech... cucok jadi sutradara film :-)
Berkat usaha dan gigih mesti mak-abah berdoa moga hajat anak bujangnya nak perbaiki motor atuk berjaya...
Sak iki nang endi motor re? Sek dienggo rak dik?
moral of the story usaha tangga kejayaan !
akhirnya hidup juga moto atok tu..
usaha yang tidak sia2.. ^_^
tahniah TA.. :)
hehehe.. pernah gak terpicit tangan mak yang luka. ye la kekadang kita ni lupa. bila excited semua nak genggam...
salam kenal :)
alahaiii pjgnyerr crita
x leh nk baca abes la keja byk ni huuuu tp nk tau crita ni hehee
seronok la bila dah berjaya repair moto tu. huhu..
Nasib baik enjim motor hidup... tak payah beli motor baru kan???
dah banyak hint ni hihihi
akhirnya, hidup juga...:)
moto tu pakai lg tak?
assalaamu 'alaykum salam ukhuwah
Sesuatu yg mudah itulah kita selalu lupa..
kiranya bkisar pasal myk je kan..dr mula smp abis sumanya hnya kerana minyak..hehehe
eh,bila lah nk jumpa TA ni kan.hahahaha
Lupa itukan sikap manusia kecuali Allah yang sempurna...
momoy tak boleh luka sikit pun. senang pengsan.
disetiap kejadian pasti ada makna yang terkandung di dalammnya, hanya sabar dan ikhlas dalam menghadapinya .. :)
las2 hidup juga motor tu kan TA..
nk kena usap2 jugak moto tue...macam manusia...hehe
Tahniah berjaya jg memberi nafas baru pada motor tu...tekun pasti membuahkan hasil..
alhamdulillah berhasil jugak usaha..suka cara awak cerita :)
tak sangka bro lu maintain motus tu sampai kini......wa caya samalu lah.,...
penceritaan yg baik, boleh buat novel ni
Salam Semua...
TERIMA KASIH TAK TERHINGGA BUAT PEMBACA SETIA.....TANPA ANDA SIAPALAH tIRANA ADUKA INI DI ALAM MAYA...
LOVE YOU ALL SO MUCH...
sorry bro...baru nak godek godek blog lu nie...
semua berkat hati yg tulus tolong mak n abah sebelum berjaya hidupkan enjin moto atuk tu..kalu dr awal moto dah hidup mesti ntah kmne dah TA bw ..
Berkat hidup anak yang sentiasa membantu ibu bapa
نحن نتميز عن غيرنا في اداء الخدمه حيث لدينا المواد والادوات والاجهزه التي من الصعب ايجادها الا معنا .العمال التي تعاقدت معنا فهم افضل عمال علي مستوي العالم قد تدربو علي ايد خبراء في هذا المجال وخدماتنا هي
شركه مكافحة حشرات بالطائف
شركه نقل اثاث وعفش بالطائف
افضل شركه تنظيف بالطائف
شركه كشف تسربات المياه بالطائف
حيث شركتنا تتميز باداء الخدمه علي افضل وجهه حيث نعد شركه رش مبيدات بالطائف
شركه تنظيف خزانات بالطائف
نتمني لكم الصحه السليمه
This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)
Penyebab dan cara Mengatasi jantung Berdebar
Obat Pengapuran Otak pada Anak
Cara Mengatasi Mata Bengkak
Post a Comment