Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Tiga hari hujan turun pada sebelah petang , walaupun tidak lebat , ianya sudah cukup untuk mendinginkan keadaan.. di hari itu.
Ahad pagi ada jemputan ke rumah sahabatku menghadiri majlis pernikahan dan persandingan anak lelakinya..
Kadip merupakan ayah pada pengantin lelaki. majlis di jalankan dengan penuh serba sederhana.. kedatangan aku di sambut dengan mesra.. Semakin lama semakin ramai tetamu yang hadir.. biar pun majlis di jalankan dengan penuh sederhana tetapi tetap meriah....
Terasa pulak aku nak bawa triumph ke tempat kerja ( aku dah tak nak panggil motor buruk atuk atau motor cabuk) sebab setiap kali aku berkata begitu triumph tak mo idup bila di start..hahahahah rahsia ni aku kongsikan disini..
Serius aku kata bila sampai di tempat kerja..semua member-member mentertawakan aku kerana menggunakan motorsikal yang dah tak digunakan lagi di kala ini.. aku buat selamba je..biarlah mereka nak kata apa , asal aku bahagia dan aku tidak menyakiti hati mereka semua...aku balas dengan senyuman...Dalam perjalanan pun sama juga ada yang menoleh hingga nak putus leher...hahahahah...
Motor cabuk kapcai ku aku hantar ke bengkel AbangLan untuk di selenggara TIP TOP..aku bercadang untuk berikan pada abah..agar senang dia nak ke kebun atau nak kemana-mana yang berdekatan..Oh lupa pulak..jenis motorsikal kapcai aku tu.. Yamaha 100 sport...
Tak sampai seminggu dah siap...alamak.....cantik giler dan bersinar-binar kilatnya...macam baru keluar dari kilang... alhamdulillah....syukur....bunyi bila di start seperti motor baru...alamaklumlah overhoul sekali lagi....
Jumlah keseluruhan aku repair motorsikal Yamaha 100 sport tu sekitar RM 2k lebih je..aku bayar cash pada abang lan.....
"Mak...kunci motor ni aku gantung kat sini khas buat abah tau mak..." Aku...
"Dah cantik kilat cam tu ko tak nak pakaike.." Mak sambil melihat motor di halaman rumah
"Haah mak....untuk abah biar senang nak ulang alik ke kebun.." Aku
"Sayang la nak bawa ke kebun dah macam keluar kedai motor tu ko buat.." mak dengan nada tinggi..
"Tak pe mak....biar je terpulang kat abah nak bawa ke tak.." Aku
Hari pertama aku menunggag Triumph memang macam makhluk asing bagi aku...pandangan orang ramai mungkin ada yang tak selesa..kehadiran aku di jalan raya seperti orang asing bagi penduduk setempat ...Ahad pagi aku running setelah aku selesai solat subuh.....hahahahahahha..
Isnin hingga jumaat aku runnning dengan Triumph ke tempat kerja... tempat lepak, masjid dan aku pergi mengaji...aku mula serasi dengan Triumph.. lama kelamaan orang persekitaran pun dah lali dek bunyi yang berdentum-demtum.. kompon aku la tu yang lalu..dengan Triumph...
Sebulan dua bulan dan berbulan bulan ..makan tahun akhirnya...aku hanya menukar warnanya pada tahun 1999 kalau aku tak silap...dan aku kekalkan hingga kini.. kalau nak kira dari segi maintainan-nya.. tak lah berat...standar motor biasa-biasa je...
Aku test motorsikal Triumph ku hi Highway Bukit Rajah dan Federal Highway ...waktu tu jalan tak sibuk... macam sekarang ni...dalam perkiraan ku boleh pergi dalam 180mph sejam....tapi aku tak selalu runnning selaju tu..sebab motor Triumph ni bukan jenis racing bike..dan aku tak berapa suka laju-laju..puas dah aku di trex..
Aku dah mula di kenali oleh masyarakat sekampung..kalau dulu aku hanya di kenali oleh kariah masjid dan surau kini seluruh kampung mengenali aku dengan jolokan budak triumph... hahahahah lawak juga nama tu... orang kampung yang bagi gelaran
Sesekali aku parking di pekan ada sahaja golongan tua ( golongan veteran) atau orang lama yang menghampiri motorsikalku... berpusing keliling melihat dan memerhatikan Triumph Bath Tub ku...
"Motor ne mbahmu yo..?" Tanya seorang pakcik tua
("Ini motorsikal datuk kamu ke..?)
"Kowe putu ne yo...?"Sambungnya lagi
"Kamu ini cucunya ke..?)
Antara solaan yang sering ku terima dari kalangan warga emas di tempat ku..ada yang sahabat atuk ku
ada yang kawan dari kampung sebelah..sama sama berkerja di tempat yang sama pun ada....
Serius aku kata merekalah yang menyuntik semangat aku kembali di kala ianya luluh.... bak kata orang..cakap orang tua itu masin...
Kebanyakkannya memprotes dan memperlekehkan aku...aku dah lali..jarang sekali yang memberikan dorongan..
Aku seperti di hargai atas usaha ku ..menghidupkan kembali motorsikal atukku Triumph Bath Tub, Syukur alhamdulillah..
Kini aku masih bersama Triumph Bath Tub walaupun di mamah usia dan ketinggalan zaman aku tetap setia padanya..
Mungkin Ada Yang Terlepas
Gambar TiranaAduka Empunya Blog Ini
Bukan Mabuk Kerana Minum Arak
Dalam Dewan Kursus Pernikahan
31 comments:
amboi... dah elok semua. modified bagai. panggil motor cabuk tetiba merajuk yer..
Tuannya ada mcm tu ke?
teringin remy nak tengok motor triumph bath tub tub...mesti klasik kan bro.... tapi sesuatu yg lama tu amat kjita hargai...patahlah lagi dah sampai ke 3 generasi...... byk jasa2 triump tu pada keluarga bro.....
jgn kasi dia merajuk lagi tau!
triumph ea nama moto..? nice name! hehehe. aiNa panggil moto aiNa hamster. Sebb aiNa bwk skuter... skuter kn kecik. (^^,)
Benda yg lama tu la kita akan syg. Ada sentimental value di situ.. =)=)
triumph ea nama moto..? nice name! hehehe. aiNa panggil moto aiNa hamster. Sebb aiNa bwk skuter... skuter kn kecik. (^^,)
Benda yg lama tu la kita akan syg. Ada sentimental value di situ.. =)=)
bila la nk tunjuk gambar moto triumph bath tub tu?heehehe
Assalamualaikum..
Salam perkenalan..
Ermmm kita adalah kita.. selagi tak menyalahi undang2 dan kita tak langgar hukum agama..biar la...
sekarang ni barang antik, lg antik lg mahal tau.. ;)
Cabuk janji boleh pakai kaaaannnn..?? Cabuk2 tu lah orang pandang tauuuu..hehehe..!!..
publish laa pix moto tu ;)
mohon TA ..nak tgk moto antik tu.. *tunduksambilkakikuiskuisdaun.
mohon tirana aduka persembahkan gambar triumph yang umpphh itu.. :)
yg lama tu sentimental...
bergaya habis tu...hheheh
setianya.. mcm mivie herbie pulak.. =P
yang klasik tu yang mahal...
triumph.....se gah name nye..post le gambar nye mau tengok Tirana...barang lame ni tinggi valuenye...peduli org kate..
Salam semua
Tirana aduka akan balas jejak di blog sahabat semua.Insya-Allah. nantikan kunjungan tirana aduka di post terbaru anda
Terima kasih semua sudi lapangkan masa di blog tirana aduka ini. Love u all so much!
triumph tu cm ade jenama lain jer.. errkk!
Salam..
Alhamdulillah.. bagusnya bagi motor yg elok pada ayah.. boleh jadi contoh ni.. lepas baca entry ni terus akak nak google pasal motor triumph tu.. he..he.. sebab akak tak tahu motor tu macam mana..
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
sentimental value tu yang penting... :)
Repair sampai 2k tu patut dah boleh beli motor baru kan? Tapi sentimental value tu yg mahal betul tak? Mcm keta saya jgk. Mmg buruk habis. Org asyik tny bila nak beli keta baru. Tapi saya mmg taknak. Sbb suka keta buruk jgk. Heheh.
Jaga Triumph baik2 ye.
kalu dah minat tu, xleh nk cakap apelah ye
BOLEHLAH BWK PUSING KG NANTI YO ;P
husna pernah jugak ckp kat abah kenapa xnak jual je moto yg dah seusia dengan husna..tp abah xmaw..ktanya nnti igt senang ke nk jumpak blik..
kelak barang lama ada nilainya..=)
salm singgah =)
triumph? mengingatkan aku kepada baju dalam jenama triumph aja
-_________-
Wah syg bangat ye sama itu triumph :)
Yg lama itulah unik kan :)
Penat baca..mane gambar triumph nya..??
ada gelaran baru ye...
budak triumph... =)
Akak nak pi gugel triumph bath tub tu la, nak tengok camana rupanya :)
salam kenal....
singgah blog yan untuk makan2.....
sentimental value disitu...nk tgk moto tu hikss
Post a Comment