Menurut kisah dari mulut nenek sebelah abah.. Atuk merupakan seorang yang kuat,gagah dan tabah
Dia dahulunya seorang pemuda yang tampan...
Membesarkan adik-beradiknya dengan tulang empat kerat,
Sekitar tahun 30 dan 40an memang kehidupan agak sukar ,dengan kedatangan penjajah ke bumi bertuah Malaysia tercinta ,atuk berusaha demi sebuah kehidupan yang di impikan..
Nenek pernah bercerita yang atuk pernah menyertai MP ( ) waktu British menjajah tanah melayu sekitar tahun 40an ..
Seronok dengar kisah-kisah atok...
Cuaca hujan di luar belum reda ...semakin lama semakin lebat... sambil menghirup kopi panas yang di sediakan oleh nenek... waktu tu usia ku baru menjangkau 9 tahun..
Dikala nenek menceritakan riwayat silam atuk...nenek menjengguk ke luar jendela ,, kalau-kalau atok dah pulang ,
Sebelum hujan turun , atuk pergi ke paya untuk melihat pancingnya , biasalah kehidupan di belukar, bergantung sepenuhnya dengan sumber alam semulajadi,ayam hutan ,ikan ,ulam dan segala macam ada di hutan hanya yang pandai memunafaatkan sahaja dapat menikmati hasilnya...
Atok memang tahan lasak orangnya.. jarang-jarang demam dan sakit..nak kata aku nampak ubat di dalam pondok tu amatlah jarang sekali..
Hanya minyak kapak dan minyak gamat yang tersusun rapi di para-para ..
Setelah tanah melayu MERDEKA atuk bekerja sendiri..dengan susuk tubuh yang agak kecil, sekali pandang mungkin kurang keyakinan terhadapnya.. tetapi atuk tetap yakin dengan kemampuannya sendiri.
Atok mengambil upah menukang rumah...ya ...atuk ku seorang tukang rumah..walaupun tiada pelajaran asas tapi berkat ketekunan dan sedikit pengalaman bekerja dengan majikan orang putih dapat digunakannya..
Selain bertani atuk mengambil upah membuat parit..kalau aku tak silap 1 rantai dia ambil upah sebanyak RM25 sahaja waktu tu...( zaman itu)
aku pernah ikut segala urusan atuk..kecuali urusan dengan pihak british ( akupun tak de lagi di alam ni)
Dulu surat khabar jawi ada...itulah yang di tatap selepas selesai solat subuh di surau.. sambil menikmati kopi panas yang nenek tuangkan.. Yang aku kagum dia boleh bertutur dan faham bahasa English dengan fasih (walau terselit pelat jawanya)
kalau aku tak silap belasan tahun atuk bekerja dengan majukan orang putih..
Atuk jarang ajar pada ku bahasa jawa , serius aku katakan nenek yang banyak bertutur dalam bahasa jawa..kalau aku dan atuk bersama , atuk akan cakap bahasa english....aku pelik pada mulanya tapi aku buat biasa-biasa je......lama kelamaan aku dah lali dengan bicara atuk
Nenek dan atuk bertutur dalam bahasa jawa dalam perbualan seharian mereka..tapi atuk aku tengok dia pandai menyesuaikan diri dengan keadaan..kalau dia jumpa member-member dia...(selalunya di kedai kopi bawah pokok ketapang yang beratapkan daun nipah...dia bercakap english kadang-kadang jawa...aku hanya memerhatikan atuk dan rakan-rakannya bersembang..
Seingat aku aku terpaksa duduk di atas meja dengan keadaan bersila..sebab jarak kerusi dan meja amat jauh bagi ku..
memang tak tercapai aku cawan tu..
Aku dah lali dengan pertuturan atok.... kekadang aku suka membandingkan bunyi bahasa jawa dengan bahasa english.... aku suka ketika dengan aku..tambahan pula kalau dia sedang bertani di pagi hari...sambil menyangkul sambil mengajar aku bahasa englishnya...
Bagi aku ilmu itu ada dimana-mana..kalau tak ....aku tak mungkin dapat mencoretkannya di alam maya ini...
Berkat ketekunan dan pengabdian atukku pada majikannya ..dia di belikan sebiji motorsikal...
untuk memudahkan atuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja..
Waktu tu jalan raya taklah seindah dan secantik sekarang ..zaman melinium..hanya lorong-lorong kecil ..kalau nak tengok jalan BERTAR hanya di IBU KOTA...dan bandar-bandar utama sahaja..
Tak ramai yang menggunakan motorsikal waktu tu....kalau dapat berbasikal umpama sekarang sudah berkereta.....mewahlah taraf hidup di kala itu..kalau ada basikal..
15 comments:
ye la masa tue ada basikal pun dah mewah kan
kan seronok klu sy lahir zaman tu sudah tentu sy d pandang kaya raya sbb skg ni kt uma sy ada 2 basikal HAHAHAHA
seronok dengar citer2 lama ni kan..betapa susah nya mereka lps zaman penjajah dulu memberikan kita iktibar..sy pon suka jg dengar kisah2 lama arwah atok sy..selalunya arwah mak yg byk bercerita..
Kira dahsyatlah atuk TA ni boleh berbahasa Englishkan... Zaman dulu kalau ada motosikal dah kira kaya tau TA..... berapa umur nenek ngan atuk TA?
Mungkin kita boleh ngomong Jowo after this.... he..he...
KA pown suka baca & dgr cerita2 lama dulu2 byk yg menarik utk dikongsikan
Bapak kakak pun boleh berbahasa Inggeris sebab dulu dia bekerja dgn omputih. Tapi dulu atok dan keluarga bapak tinggal di S'pore.
So ironinya sebab kuwilah putu ne iso ngomong jowo karo ngomong londo. Embah kakak ninggal umur re 110 taun. Sihat orak koyo wong sak iki kan..
mama saya reti ckp omputih pasal atok dlu keja kt estet. berurusan dengan omputih.
motosikal atuk tue asalnya dari cite nie la ek?
tetiba teringat arwah atuk. memang orang dulu dulu kuat dan rajin.
Atuk akak tu lagi le, tak minum air klorin. perigi tua tu jugak la yang dia angkut air hari hari utk minum..
wah.. dodulu kalau ada basikal dah konsider kaya.
hummm ...orang lama2 mempunyai satu kekuatan yang kita orang baru tiada ..sungguhpun semuanya seperti biasa tapi mereka adalah penggerak kepada generasi muda
Cayalah ATOK speaking london, BTW mmg org dulu2 pndai ckap english.. Yup cerita2 org dulu ni sebanrnya Motivasi untuk kita.. terpulang pada kita untuk memotivasikannya. :)
pergghh,, terror lah ckp atok ckp english kan..
dulu2 memang ada basikal pun kira hebat kan apatah lagi motor..
arwah atuk sy pnah keje dgn omputeh jgak.. sblom omputeh tu balik england, dia bg arwah atuk sy sebuah umah sebagai hadiah ^^
jawa + english jadi jalish
terbaik lah datuk bro TA
dengar orang tua2 dulu bercerita memang asyikk kan
to dear caliph: wahh..bernilai tu . mesti banyak jasa atuk dear pada omputeh tu
arwah abah akak dulu pun selalu bercerita zaman jepun...akak ni melopong dengo....seronok sangat..orang dulu2 mmg suka bercerita..kan..berkisah tentang zaman diaorang...sekarang ni dah takde semua tu...:(
seronok kan dengar citer zaman2 dulu.....
sambil makan ubi kayu pekena plok dengan kopi panas...asyiiikkkk...
Post a Comment