Sepenuh Perhatian - Tirana Aduka | Tirana Aduka
Custom Search

Thursday, October 18, 2012

Sepenuh Perhatian - Tirana Aduka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selesai urusan  di sebelah pagi , aku turun ke bawah rumah...rumah kampung la katakan ada bahagian bawahnya , di situlah aku parking motorsikal buruk atuk ku... rancangan untuk memulakan projek pada motorsikal atuk ku telah pun ku rancang minggu lepas..

Akhirnya aku di Izinkan olehNya....amin ...syukur...



Bulan berganti bulan, aku masih lagi belum mengusik motorsikal atuk ku lagi... buku usang Taukey Welly aku tak dapat pulangkan.. sebab di balik ke Negera China ( balik kampung) aku di maklumkan oleh pekerjanya sudah hampir setengah bulan dia meninggalkan Malaysia..
Sewaktu aku ingin memulangkan buku , aku ni jenis yang menepati janji..( syukur aku pada diri ini) Rasa tak puas kalau aku tak serahkan sendiri buku itu pada tangan yang empunya..Aku ambil keputusan untuk bawa balik dan menunggu kepulangan Taukey Welly..

Kelengkapan atau tools untuk membuka sebuah  motorsikal secara asaanya , aku rasa dah cukup...aku membeli berdasarkan gambar yang aku lihat di buku..berpandukan saiz digambar rajah dapat aku tangkap apakah itu , walaupun ada sebilangan peralatan aku tidak tahu menyebut akan namanya.. bak kata  orang bukan membeli buta-buta sahaja tak elok membazir...beli yang  mana perlu..'Alah beli menang memakai" Bukan aku suka yang mahal cuma aku nak barang aku beli tahan lama dan selesa semasa aku menggunakannya. Aku tak pandai tapi aku ingin belajar... kalau ada gambar peralatan yang tidak bernama aku akan fotostatkan dan bawa ke kedai di K.L..sampai taukey kedai tu dah mesra dengan aku..

Dia ingat aku ni makanik  sebuah bengkel..Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Kedai tu biasanya akan di kunjungi oleh taukey-taukey kedai besar atau sekurang-kurangnya kita mempunyai sebuah bengkel kecil.. sebab peralatan di sana dari yang kecil hingga ke besar..semuanya berkualiti.. walau mahal tetap dibeli...

Dalam sebulan kadang 2 3 kali aku pergi ke kedai itu...awal bulan waktu aku tengah gaji tengah bulan setelah urusan  hal keluarga aku selesai....(yang penting mak kena happy dulu...) dan seminggu selepas tu..... memang aku aku akui..... aku tak simpan langsung duit di tangan...aku jadikan spana-spana duit ku itu......aku dapat spana tak dapat simpanan.....jauh-jauh sampai

Biar mahal sedikit tak pe..bukan busuk atau berkulat  jika aku simpan lama...jadi biarlah aku berdikit-dikit membelinya.. andai kata bulan itu ada hal-hal yang lebih penting aku akan dulukan hal tu...biasanya...soal top-up duit belajar adik-adik aku (di IPTA)...kalau aku tengok muka mak muram je...hahahahhahahahhahahaha

kompom mak tak cukup lah tu nak bagi anak-anaknya duit....hehehhe aku dah mula paham sikit tentang mak...Paling sedikit mak akan masukkan duit kat bank adik-adik aku 2 minggu RM 100..kalau 3 orang
Bagi aku  sikit la...tapi kalau dah tiap bulan hehehehhehehhehehe.....alamaklumlah aku bergaji kecik...
Tapi............ ingin ku kongsikan sedikit disini.... rezeki tu akan datang sendiri..(mungkin tanpa disedari)
ntahlah mungkin aku bab duit ni tak  berkira sangat kot dengan mak...Aku tak nak mak susah hati..

Buku usang tetap ku belek..walau seketika dapat sehelai atau dua muka surat setiap hari pun jadilah..

Sejenak ku perhatikan di sudut ruang tamu    peralatan yang kubeli...semakin lama semakin banyak..aku beli letak situ..beli letak situ.. senarai barang yang nak ku beli siap-siap ku tulis di buku nota, mana yang dah beli aku  potong tulisannya..macam nak bukak bengkel pulak..

Rutinku tetap berjalan seperti biasa.. Kerja - Rumah - Masjid - Lepak - 
Kadang ada rasa hati nak keluar dengan Lia... tapi.... membazir je ..baik aku simpan duit tu..(kedekut pulak aku ni) kalau tak kerana Lia mingkin aku tak mempunyai barangan tool sekarang..terasa macam kacang lupakan kulit aku ni.....ahaksz...

7 comments:

a.R said...

ciyan lea..huhuhu~

ape khabar lah lea tu kan?

Anum said...

salam dik
entry yang best

Anonymous said...

sambung baca lagi ri ni !

Unknown said...

assalamualaikum sobat..

dari malaysia apa indonesia ya..??!! :)
.

Kira Sakura said...

dah tue apa penghujungnya? jadi bukak ke tak bengkel nya? pandai ke tidak repair tue? errrrr

Izan Ishak said...

sikit2 beli tools tu... manalah tau nnti boleh bukak bengkel pula~

eita said...

singgah bce