Barah Payu Dara | Tirana Aduka
Custom Search

Tuesday, December 11, 2012

Barah Payu Dara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Suasana harmoni dalam keluarga ku tiba-tiba di kejutkan dengan berita duka.. Mak yang ku cintai mengidap barah payu dara tetapi dapat di kesan awal ...syukur alhamdulillah...
Pagi tu..aku dapati mak dan abah bergegas untuk ke hospital..

"Abah nak bawa mak ko pergi Operation kat hospital..." Abah sambil membuka pintu kereta..
"Ko... jaga rumah elok-elok..." Mak berpesan pada ku


Aku hanya terpaku dengan kenyataan yang keluar dari mulut mak dan abah...seoalah-olah terpukau lalu aku terpaku tanpa menjawap kata-kata mak dan abah berikan..Dalam hati hanya tuhan yang tahu..aku sebak...selama ini aku lihat mak kelihatan sihat walafiat.. menjalankan rutin sehariannya dengan cekap..
Tup-tup dapat penyakit...aku mengucap panjang di dalam hati ini..
"Astaqfirulllah alazim.."

Pada masa tu kesedaran tentang barah payu dara amatlah kurang....info tentang barah tersebut jelas memang tiada bukan macam sekarang ni.....mana mana klinik dan pusat-pusat kesihatan kecil banyak memaparkan poster-poster dan langkah-langkah awal penjagaan atau pengawalan serta mengetahui adakah anda mengidap barah payu dara.

Hanya adik bongsuku yang berada di rumah bersama aku.....dia pandai menguruskan dirinya sendiri..jadi taklah aku susah sangat nak pantau.. yang lain di IPTA dan ada yang sudah bekerja..(yang bekerja pergi gelap pulang pun gelap) kadang aku kesian gak tengok adik-adikku..tapi dia gembira dengan kerjayanya..
Memandangkan waktu kerja ku pelik cutinya...aku sentiasa berada di rumah..

Tiga hari mak berada di hospital aku tak jengguk....petang mak pulang kerumah.. aku lihat mak ok je...
alhamdulillah... aku membuka pintu kereta...ku lihat mak senyum pada ku.. sejuk sikit hati aku..Aku lihat abah keletihan dari riak wajahnya..Ialah 3 hari berurusan di hospital menemani mak aku...I love you abah...

Mak naik ke atas diikuti dengan abah serta aku....mak menuju kebilik lalu merebahkan badannya...adik bongsuku membawa air suam untuk mak..aku duduk di ruang tamu seketika...sambil memerhatikan kad dari hospital yang mak bawa pulang..

Aku lihat dan ku baca...

"Mak tebuk lubang tiga" Adik bongsuku memberitahu aku 
"Adalah besar duit 20sen.... tapi mak tak pape.." sambungnya lagi..

Aku tak tengok.....hanya adik bongsu aku yang lihat di dalam bilik mak..almaklumlah...hehehhehehehe
Mungkin barah payu dara yang menjangkiti mak belum ke tahap tenat    hanya ketumbuhan awal....
Terus terang kata aku kosong bab ni (barah payu dara)...mak pun jarang cerita dengan aku..kalau bab Haid ,nifas,wiladah, dan waktu perempuan berpantang semua mak ajar aku....alhamdulillah aku paham dengan jelas.....Mak terangkan pada aku tanpa segan silu...sebab aku bakal jadi bapa suatu hari nanti..itulah kata-kata mak....pada ku setiap kalai dia mengajar aku perihal wanita..

Setiap hari mak akan ke klinik desa untuk mendapatkan rawatan susulan...untuk cuci luka mak...perlu di lakukan di klinik...

Selain ubat yang di bekalkan oleh doktor dari hospital dan klinik aku menyediakan masakan ikan haruan untuk mak..kat kampung ni memang banyak ikan haruan kat parit depan pun banyak...alhamdulillah tak putus bekalan ikan haruan bagi mengubati bekas luka mak aku.....
Daging cepat   tumbuh jika kita makan ikan haruan ni...aku tak pandai masak....ntah apa rasanya...resepi mak yang cakap ...aku ikut je.....dari bakar,kukus rebus dan salai...semuanya aku buat...

Dua minggu berlalu...masuk minggu ke tiga mak kata luka semakin pulih...tapi belum sembuh sepenuhnya...
Bagai mana mak tahu ....kain sepanjang 1 meter panjang dan 1 inci lebar akan di masukkan ke dalam luka mak ketika waktu mencuci luka pada lubang hasil tebukkan masa operation tu...kini ..setelah mak amalkan makan ikan haruan dan doa dari kami semua......kain yang di masukkan untuk mencuci luka hanya 2 jengkal sahaja...
alhamdulillah.....

Pengalaman mak menyebabkan mak sering membebel pada adik adik perempuanku..alhamdulillah.....
Buat masa sekarang adik-adik perempuanku sihat walafiat dan di tambah pula seorang daripadanya adalah doktor pakar dalam bidang ini...syukur.............

Aku...    tetap berdoa untuk diri ku dan keluarga ku serta muslimin dan muslimat di muka bumi ini...agar di-Rahmati olehNYA...amin......

TiranaAduka







40 comments:

Anum said...

insyaallah banyakkan berdoa

Mimie said...

mudah mudahn cepat sembuh...seriau dnga barah payudara nih

Aisy Nasiha said...

takut dgr org kena kanser ni.. sedih pun ada..harap akan dijauhkan dr penyakit..
mak skrg pergi bt check lg x?

mamawaiz said...

orang perempuan kena rajin2 cek bahagian tu..kalau ada kelainan, jgn malu2 refer kat doktor.

moga mak Tirana cepat sembuh

Ira said...

Semoga cepat sihat & sembuh sepenuhnya..
Takut dengar psl kanser ni.
Semoga dijauhkan dari penyakit berbahaya ini.

mama aini said...

assalam TA..ehem wanita lbh berisiko utk mendapat cancer, tak kiralah payudara atau apa..mak saudara mama meninggal kerana cancer ..semuga mak TA telah sembuh dr penyakit tersebut..beruntung dia anknya seorg doktor yg blh merawatnya..

Unknown said...

smga sntiasa cekal dn tabah dlm mghdpi ujian driNya..takde ujian yang takde hikmahnya..sabar ya..

Unknown said...

Innalillahi...
Saya berdoa, semoga Allah SWT segera memberi kesembuhan untuk Ibunya Tirana :)
Bersabar dan teruslah berdoa :D

JR said...

Kanser jenis apa pun kalau masih di tahap awal (tahap 1 dan 2) masih ada peluang utk diubati. Malangnya kebanyakan kita dpt tau dijangkiti kenser yg dah masuk tahap 4 (tahap akhir). Bila masuk tahap 4 biasanya doktor tak berani bagi jaminan utk sembuh, cuma mereka bagi ramalan tempoh seseorang itu masih boleh hidup ( 2 bulan, 4 bulan, 5 bulan...).

Syukurlah mak Tarina dikesan dpt kenser tahap awal (tahap 1 ke?) yg peluang utk sembuh sangat besar...

Mummy Sher said...

Takut sangat dengar penyakit ni. semoga cepat sembuh tau.

Aziela said...

Syukurlah TA dan adik beradik adalah anak2 yang baik. Asuhan ibu bapa TA berhasil. Apa2 pun, hidup kita tak akan sunyi dari dugaan dan cabaran. Tanda kasih Allah pada kita. Semoga terus berbahagia.

Miss N™ said...

pemakanan kena jaga..jgn mkn benda2 yg gatal..
appun, Nur doakan moga mak TA cepat sembuh..ameen..!

Chic Na said...

Alhamdulillah masih diperingkat awal. semoga mak TA cepat sembuh.

saniah said...

Allah...tak dpt nk bayangkan betapa ngilunya semasa proses mncuci luka tu..betapa tabah nya seorg ibu kan
Moga ibu TA sembuh sepenuhnya..ameeeenn

wantie said...

memang menitis air mata ini bila baca dik. akak sendiri pernah alami. walaupun ianya cuma lump biasa tapi proses pembedahan dan penjagaan adalah sama..

di tebuk, di masukkan kain kapas. kemudian time cuci di tarik keluar kapas dan di masukkan kapas baru.
di cuci dengan ir garam.

makan ikan haruan, ikan seludu pas tu akak ambil juga gamogen Healin. chances dia come back tu memang very hight dik.

Tawakal.. banyak banyak k.

Unknown said...

semoga ibu bro tirana cepat sembuh.... remy ada pengalaman pasal kanser payu dara nie...... arwah makchik pernah mengalaminya......

semoga keluarga bro tabah hadapi ujian.....

Si Matatajam said...

Pembunuh ni1 wanita ni..memang seram kalau M baca bab ni..

Si Matatajam said...

Maaf yea TA triumph xda..

Ratu Hatiku said...

Amin...Inshaa Allah mudah2an... Mcm opsmate kat ops nie kagum dgn ketabahan dia melawan penyakit nie dan Alhamdulillah dia dah sihat...

Unknown said...

semoga mak TA akan cepat sembuh...yg penting kekuatan dr ahli keluarga dlam membantu emak dalam proses penyembuhan tu penting..

Staff Administrator said...

semoga mak Tirana..cepat pulih seperti sediakala...
amin...

perbanyak berdoa ya sahabatku... :)

LYAfrina said...

semua iniujian dariNya..
pasti ade hikmahnya... smoga tirana sekeluarga tabah menerima semuani ...

Arysa Nasir said...

semoga semuanya baik2 sahaja... semoga mak TA kuat semangat melaluinya... begitu juga keluarga...

fifie said...

Alhamdulilah TA semuanya berjalan lancar berakhir dengan kegembiraan. Syukur sangat

Unknown said...

semunya berjalan dgn lancar alhamdulilllah, :) senyum sikit

TiranaAduka said...

TERIMA KASIH SEMUA.
Tirana aduka love you all so much...

Deq's Qienz said...

ujian Allah..bsabar byk2 ya..smg makcik cepat sembuh

Unknown said...

penyakit yg digeruni...mg cpt sembuh yer

Cikgu Ma said...

mudah2 an cepat sembut...nenek sedara dulu sempat sembuh..tapi tak lama lepas operation beliau meninggal...

Fiza Rahman said...

Penyakit yang paling di takuti oleh kaum HAWA. Semoga mak TA diberi kekutan dan semangat yg tinggi dalam melawan penyakit dan semoga mak TA cepat sembuh.

Miss Zahirah said...

smoga cpat sembuh..
ngilu rasanya bla baca.. huhuhu

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Aina doakan, mak TA cepat sembuh.. amin. alhamdulillah dapat kesan masa di peringkat awal. Cerah peluang untuk merawat.

cikeyrah said...

Semoga cepat sembuh . .Ujian Dari Allah nie . .

Kira Sakura said...

sedihnya baca. semoga mak TA cepat sembuh dan sembuh sepenuhnya. amin. moga diberi kekuatan jugak pada dia amin

Unknown said...

Alhamdulillah.. semuanya bertambah ok sekarang.. semoga kisah ni akan jadi pengajaran buat kaum2 wanita di luar sana...

QasehnyaRania said...

sedih..semoga boleh dijadikan panduan..dan semoga cepat sembuh..

takut tau dengar kes2 barah ni

TiranaAduka said...

TERIMA KASIH SEMUA SUDI SINGGAH DAN LAPANGKAN MASA DI TERATAK BURUK TIRANA ADUKA NI......

HAPPY BLOGGING SEMUA...LOVE YOU ALL SO MUCH AND KETAT-KETAT.....

aku HaniAsyira said...

alhamdulillah semuanya selamat kan. siap ada doktor pakar dah skrg ni dlm rumah yea

Bunda_nora said...

Alhamdulillah, semoga maknyer sembuh kembali..tksh kepada TA dan llaki lain yg diluar sana yg memahami wanita n penyakit wanita..juga mnghormati wanita..

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...