Aku Mohon Ampun Pada-Mu Ya Allah..
Di kampung ku memang sejak aku masih kecil lagi memang dah ada Vespa, abah aku sendiri menggunakan vespa masa bujang tapi hanya sekejap sebelum abah menukar pada kereta dDatsun 120Y..
Abah memang kurang minat tentang bab motor...tapi abah pernah membelikan atuk (iaitu ayahnya sebuah motorsikal yamaha tahun 1970an)
Begitulah serba sedikit sinopsium tentang aku ,abah dan vespa..
Wak selamat memang terkenal dengan membaiki dan mengendalikan jentera vespa...dari penyelengaraan engine hinggalah bahagian badan motorsikal vespa....semuanya dia buat sendiri.
Aku ke rumahnya dengan triumph bath tub....kali pertama sampai ... panjang lehernya melihat dan menyambut kedatanganku...ramai yang terpaku dan terkejut.
'Wek mbah mu yo biyek...? " wak selamat
'Haah cik....alah motor bodol wae" Jelasku dalam bahasa jawa...
Rumahnya di jadikan bengkel Vespa di sebelah kirinya.....disambung untuk menempatkan motor-motor vespa yang telah di baik pulih..memang ramah orangnya..perwatakkan yang sederhana dengan misai yang tebal..huhuhuhu..kalau tak kenal boleh anggap wak selamat ni garang orangnya.. tapi kalau dah tahu..tak cukup idea nak layan ceritanya..
Banyak model yang di buat olehnya dan aku kurang arif bab vespa ni... mujur serba sedikit dia sudi menunjukkan aku dan yang paling aku tabik.. dia tak kedekut ilmu..mana yang aku muskil aku tanya.. di balas dengan jawapan yang bernas dan padat siap ada engine contoh untuk di tunjukkan pada aku..
Biasalah kalau orang ramah ni..memang ramai bebudak muda suka datang, bukan untuk membaiki vespa mereka hanya sekadar bertanya khabar pada wak selamat dan memberitahu perkembangan semasa tentang dunia permotoran vespa..tak kurang pula pada golongan yang berusia..Ada pangkin disitu..maka berkumpullah geng vespa..
Boleh di katakan hari hari penuh disitu silih berganti orangnya..
Aku... bukan untuk memperbaiki motor Triumph Bath tub tapi untuk menimba ilmu dunia permotoran pada Wak selamat, yang aku dapat rupanya lebih dari itu...syukur alhamdulillah..
aku dapat kenalan dengan ramai sekali...
Selain bengkel Abang Lan dengan motorsikal terkini terutamanya RX-Z...aku jua mempunyai sahabat baru di bengkel Wak Selamat dengan geng Vespa...syukur alhamdulillah
Vespa Super dan vespa jobot merupakan pilihan di kala itu.. seronok tengok melihat gelagat anak muda yang fanatik...aku pun sama gak hehehhehe... yang tua apa kurangnya..macam macam yang di buat demi memenuhi selera pemilik vespa..
Kalau aku teruja dengan tingkah laku mereka... begitu juga mereka...sesampainya sahaja di bengkel wak selamat..motor akulah yang dituju dulu baru memberi salam pada wak selamat..
Bagi yang tua mungkin mereka tahu menilai.. tapi bagi yang muda aku hanya mampu tersenyum dan menolak dengan nada yang lembut untuk mematahkan hayat mereka untuk membeli triumph bath tub dari ku
"Bang saya ada 4 buah vespa TIP TOP...kita tukar suka sama suka" Budak
"Dik motor saya ni buruk je..karat lagi.... kalau saya tukar pada 4 biji vespa..saya tak mampu nak pakai keempat-empat motor tu dik.." Aku..
"Abang gunalah selang-selang... saya tambah duit sikit " Budak
"Terima kasih dik..saya sayang lagi motor tu..." Aku
"Cubalah cari di Area K.L ada disana..." sambungku lagi...
Dia menceritakan yang pernah melihat Triumph Bath Tub di K.L dan tak sunggup dengan harganya di sana... dan nama kedai tersebut aku tahu sebab aku pernah ke sana dengan Syukur sahabat ku..huhuhuhuhu.....
"Dik nah kunci....pergilah bawa pusing-pusing minyak pun penuh tu...tapi pelan-pelan " aku pelawa dia
"Ye ke bang.......................................terima kasih.." Budak...dengan wajah dan tingkah laku yang terperanjat teruja rasanya
Setelah dia berjaya menghidupkan triumph bath tub.... dia tidak jadi untuk mencuba kerana dikhuatiri terbabas dan tidak dapat mengendalikan jentera tu sebab...
1.Break kaki di sebelah kiri
2.Gear di sebelah kanan
3. Makanisma api perlu di besarkan pada tahap kelajuan mencecah 30mpha(kalau tak nanti motor tak idup)
Mungkin kekok.... aku hanya tersenyum....mengigil tangannya aku lihat dia mematikan engine triumph bath tub...dan menongkat dengan segala kudrat yang dia ada..
Semua di situ tersenyum simpul..dan wak selamat menjelaskan serba sedikit tentang jentera aku ni pada sekelian yang ada..dengan terperinci aku terpegun melihat apa yang di katakan oleh wak selamat semuanya benar dan tepat..tapi wak selamat tidak mempunyai triumph...
Itulah yang dinamakan OTAI...
TiranaAduka
22 comments:
saya... sedangkan motor lagikan tak reti bawak. ini kan pulak vespa. heheh. bonceng pun saya tak berani. :D
*
menjawab komen awak di entry saya:
"Gb duk area mana?
Ada gambr tasik tu..lates ke photo tu? Maaf*ta bertanya."
- saya duk JB, family kat kg subang. gambo tasik tu yang lepas raya puasa haritu punya... :)
wah,...citer psl triump bath tab ari ni ye...seronok bile dapat geng yg sekepala ye..sama hobi lak tu..
wahh skrng TA dah ada geng laa ni hihi SYOK NYA!!!
selamat pagi abang TA!!!!
sy bab motor mmg fail.
Embak TA kiro wong koyo. Jaman kakak cilik embak kakak ono basikal wahe...
ilmu orang lama jgn diduga.....
itulah pengalaman...beruntung bro dapat ilmu dari wak selamat tu.....
Bkn senang nak jumpa vespa kat ats jalan sekarang nie...
Pernah naik vespa ayah masa kecil2 dulu. Feeling bila berdiri kat depan, memang awesome. Semoga TA terus setia dengan Triumph nie. Kalau kita tak sombong, memang mudah dapat ilmu dan kenalan baru.
vespa... teringat dulu2 hehe
ini geng vespa sama moge (motor gede) sama ya.
wak pon ada memory jugak dgn motor vespa nii., wak pestaim pakai bawak yee baru 100m depa dh tergolek dogg sbb enjin dia berat sebelahh yee.. kuikui2
masa tahun 2000. tengok orang naik vespa.gelak guling guling. sebab rasa pelik org muda bawa vespa...
tapi.. sekarang ni dah trend . rileks je orang bawa vespa kan..
walaupun saya ni boleh bawa motor, tapi vespa tetap tak pandai nak bawa sebab gear kat tangan tu la.
takut sgt bila naik kenderaan beroda dua,pernah naik dua kali,itupun tumpang kawan,jarak tak la jauh tp menjerit mcm dah nak jatuh sgt,gayat,hehe
Assalamualaikum TA,
Jarang dah Kak Ros jumpak orang naik Vispa la ni...ada sekali kot kak Ros tengok depa dok konvoi ramai2 dengan vispa macam2 warna ada ,cantik pulak he.he..
Abang taaaaaaaaaaaa! Errkk..lupa bg salam..err assalamualaikum…hehe..intan dapat adiah abang kasi!!! Cantik! Suka nya buku nota cantik tu! Nanti kita review eh eh…kuikui
masa kecik2 dulu akak pun suka naik vespa..
selama hidup, nadia tak pernah naik vespa. kesian kannn. teringin betul. encik, dah sampai belum fridge magnet hari tu? risau takut terhilang semasa pos. tentang event anak yatim tu, insyaAllah nadia buat 24hb 2. nanti nadia update details event dekat blog ye. pasal baju blogger, dah email nadia ke? so far nadia belum terima. nadiafarahida@gmail.com
bestnya klau pandai bwk vespakan?saya ni motor biasa pun xpndai bwk,uhuhu!!penakut,eheheh!!
salam tirana ...
masa aby muda dulu pernah dating naik Vespa. wktu tu aby guna Katana, tp hari tu masing nak dating( wes dhadhi bojo saiki) aby sanggup bertukar motor dgn kwn yg pakai vespa hanya kerana nak test yg awek tu nak kwn atas motor atau tk kisah sbb nak kuar dgn kita ..alhamdullillah awek tu naik ..pejam celik minggu depan nak sambut aniversari ke rong po limang tahun ..
hu..hu ..
okeh plak ngomong melayunay
Masa kecik2 dulu sepupu JR ada vespa made in Italy, ada juga org tua2 masa tu miliki 'abang' kpg vespa iaitu lambretta...Sekarang dah tak pernah tengok lagi lambretta...
Xde gamba ke?Berminat plak nak tengok bile denga cerita ni. :)
Post a Comment