Hati Terusik Juga | Tirana Aduka
Custom Search

Sunday, December 9, 2012

Hati Terusik Juga



Kisah Sebelum  Ini disini

Aku duduk di bangku berhadapan pintu rumahnya...memang basah kuyup aku..
aku tak masuk ke dalam rumahnya walaupun telah di pelawa berkali-kali... alasanku nak tunggu hujan teduh dan aku berniat nak teruskan perjalanan pulang...

Nah tuala dik..." Lelaki tadi
terima kasih..." Balas aku
Tukar baju ni...baju kamu basah tu.."Tambah lelaki tadi sambil menghulurkan tuala dan kemeja yang agak usang pada ku..aku sambut dengan senyuman..


Hujan semakin lebat di tambah angin yang bertiup kencang aku kesejukkan...

"Bang gula kita habis bang...." Suara isteri pada si suami
"Susu (susu pekat manis) pun tinggal sikit je buat anak kita untuk minggu ni.." sambungnya
"Apa kita nak bagi pada pemuda tu bang..?" Tanya isteri lagi
"Tak pe  sediakan air suam je.......biar abang yang berikan padanya.."Jawab si suami..

Aku memasang telingan dalam hujan yang lebat sayup-sayup juga aku mendengarkan....
Aku lihat isteri tadi menyiapkan kedua anak mereka selepas mandi...di lap dengan tuala yang agak lusuh tapi bersih...di kenakan pakaian yang agak usang....aku hanya memerhatikan sahaja..budak-budak tahu apa..janji ada baju..ok..

Mak abang lapar" anak kecil bersuara
nanti mak buatkan cekodok..." ibunya  membalas

Jemput minum air kosong sahaja...' pelawa suami tadi pada aku
"Apa abang ni susah-susah je.." aku
"Air kosong suam je dik.." Balasnya..

Aku menyambutnya dengan kedua tangan ku yang agak mengeletar kesejukkan.....
Hangat sedikit badan ku selepas meneguk air suam.syukur alhamdulillah............

Hujan semakin reda ku lihat..
"bang saja jalan dulu...." Aku
:Eh.....nanti la tak nak makan cekodok dulu ke..? " Suami 
"Tak pe bang saya dah nak balik ni..." aku menolak ajakkannya

sambil memegang gulungan baju aku aku meng-engkol triumphku....

"Assalamualaikum.." Aku
"Waalaikumsalam..terima kasih dik....." Suami 
aku berlalu meninggalkan keluarga tersebut....

Dalam perjalanan pulang hati ku berdetik..... terasa ingin membantu..tapi aku tak PUNYA... niat ku ketat ingin ku gagahi jua.....
Bukan aku membabi buta untuk menolong atau saja suka-suka menolong atau ingin menempah nama atau dan sewaktu dengannya..


Yang mengerakkan hatiku....yang memberikanku penglihatan dan akal untuk berfikir........
Ya...ALLAH ampunilah hamba mu ini yang hina....amin amin...


Kebetulan aku dah tak menyara kesemua adik beradik aku yang berada di IPTA sekarang..
dalam hati apalah salahnya jikalau aku hulurkan RM50 untuk keluarga tersebut tiap-tiap bulan..Aku tak akan berinya duit......
Aku nawaitukan dalam hati ku ini...moga di IZIKAN OLEH YANG maha ESA...amin....
Aku ceritakan pada mak...malu aku tulis ni..almaklumlah....

Gaji.. aku belikan 2 kilo gula , sekilo tepung gandum, sebungkus garam kasar,sebotol minyak masak 2 tin susu pekat manis,dan beras 5 kilo...masih lagi berbaki duit RM 50 ni...cam biasalah kedai Ah Chai tempat aku berbelanja..aku beritahu aku nak barang ni tiap-tiap bulan ...aku tahu aku datang ambil je....aku berpesan pada taukey Ah Chai....

Aku menuju kerumah tersebut.. ternyata hanya bermangga (Berkunci) aku sangkutkan pada tombol pintu dan aku berlalu pergi...

Hampir 3 tahun aku berbuat begitu...dengan tangan aku aku sendiri yang menghantarkannya...memang dalam tempuh masa tu..aku memilih supaya aku tak serempak dengan tuan rumah...doa aku di makbulkan...

Hinggalah pada suatu hari....
Aku Diberitahu oleh Tuan Penyewa yang keluarga tersebut telah pindah ke pahang dalam tempoh 24jam..
agak tergesa-gesa mereka berpindah...penerangan dari tuan tanah..
Aku pulang dengan membawa bungkusan tersebut...

Alhamdulillah.....mungkin ini dugaan aku dan aku berhenti bersedekah pada mereka..ALLAH munguji aku ....aku hanya redha...
Ku berdoa di solat ku semoga keluarga tersebut dilimpahkan rahmat oleh ALLAH dan di murahkan rezeki....aku bersyukur segala doa aku di terima ALLAH pada masa tu.....

22 comments:

Unknown said...

salam TA,
azie singgah sini...ini sambungan eh ! apa pun terbaik...bersedekah tu kan mulia...nanti murah rezeki..hehe

Unknown said...

salam tirana . .

ni kisah betul ke ni ? kalao betul muni just nak ucapkan tahniah dan terharu sebab masih ada lagi insan yang sebaik tirana :) :)

TiranaAduka said...

*AzieNamico
*Murni

Terima kasih sudi singgah...segala coretan di blog ini adalah kisah silam TiranaAduka...
sekian di maklumkan terima kasih

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah..tergerak hati utk menolong keluarga yang susah tu.. Semoga tirana sentiasa dirahmati Allah

THE AUTHOR said...

Syukur alhamdulilah....

intanfirdaus247 said...

Salam abang TA! selamat malam..abang TA ni patut buat novel la..bahasa indah

eita said...

alhamdulillah..rezeki lebih untuk di kongsi bersama...

janji kite ikhlas...

wantie said...

Sebak pulak bila baca citer ni. Adei.. bertapa kerdilnya diri ini berbanding kamu. TA

mama aini said...

assalam TA..sumbangan yg ikhlas tidak mengharapkan balasan.. mulianya hati insan bernama TA..

nadia farahida said...

percayalah,
tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. nadia doakan encik tihara sentiasa dilempahkan rezekiNya. amin. :)

fifie said...

Ini kisah TA sendiri ke ? Ya Allah baiknya hati awak, mulia sungguh.

-meeSUPERGIRL- said...

singgah. .

wakgelas said...

wahh wak pon sukak mboco cerito mbakyu iki.,

Cik Ai said...

alhamdulillah..
masih ada yg baik hati,yg mngambil berat...smp skrg depa xtahu ke yg TA yg memberikan semua tu pd mereka..nape ye tetiba tegese2 mereka pindah..
apapun..moga segala kebaikan kita diterima Allah :)

Cikgu Ma said...

moga Allah merahmati TA

Aziela said...

Subhanallah.... betapa mulianya hati orang tu, betapa mulianya hati TA. Terharu sangat baca nie.

TiranaAduka said...

*Aisy Nasiha
*intanfirdaus247
*Hanif Idrus
*Ieta
*Wantie
*Mama Aini
*Nadia
*fifie
*-meeSUPERGIRL-
*Wak Gelas™
*Cik Aini
*Cikgu Ma
*Aziela

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KALIAN ....SALAM ISNIN DI TUJUKAN PADA SEMUA ..MOGA HARI INI LEBIH INDAH DARI SEMALAM DAN SENTIASA DI LIMPAHKAN RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T KE ATAS SAHABAT-SAHABAT BLOGGER TIRANA ADUKA

Terima kasih dari Tirana Aduka

Unknown said...

terharu dgn kemurahan hati bro.... menitis air mata remy....... hanya Allah yg mampu membalasnya.... tak didunia... dasan nanti insyaAllah..... rezeki yg ada..... tak salah kita berkongsi......
mengenali bro juga satu rezeki buat remy.... terima kasih berkongsi pengalaman.....

TiranaAduka said...

*Remmy Hazza
Salam bro...yang menggerakkan hati hati manusia adalah Penciptanya.....bukan atas dasar terpaksa....begitu jua....hati tirana aduka dan hati bro remmy hazza....

Thanks bro......thanks so much

Unknown said...

semoga murah rezeki tirana aduka nnti ye...tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima.

aku HaniAsyira said...

alhamdulillah.. bagusnya tirana ni kan.. moga keluarga tu bahagia du dunia dan akhirat dan kamu juga

TiranaAduka said...

*riedaffya ibrahim
*aku haniasyira

Terima kasih amin amin amin ...