ANIS S PENYANYI 60aN | Tirana Aduka
Custom Search

Sunday, August 5, 2012

ANIS S PENYANYI 60aN

PENYANYI Pop Yeh Yeh, Anis Es, 68, menghembuskan nafas terakhirnya di Putrajaya, kira-kira jam 2.20 petang semalam. Penyanyi yang dikenali menerusi lagu popularnya, Janda Bersolek, meninggal dunia akibat radang paru-paru dan masalah jantung. 

Pengerusi Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh, Datuk A Rahman Hassan berkata, arwah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Putrajaya .




“Ketika zaman Pop Yeh Yeh, arwah pernah menganggotai beberapa kumpulan orkes. Walaupun beliau kurang menonjol, namun beberapa lagu seperti Janda Bersolek menjadi kegemaran ramai,” katanya sambil menambah arwah juga adalah ahli Kelab Kebajikan Artis Pop Yeh Yeh. 

Jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman di Muar, Johor.



SUMBER DARI SINI.....TIRANAADUKA AMBIL

1 comments:

QasehnyaRania said...

al-fatihah..seminggu sebelum arwah pegi ada tgkkt melodi..arwah teringin nk jumpa rakan2 seperjuangan ....
tgk minggu lepas beliau dah meninggal 1 ogos...agak trkejut