Aktiviti Kokurikulum | Tirana Aduka
Custom Search

Monday, July 9, 2012

Aktiviti Kokurikulum

Follow my blog with Bloglovin
Aktiviti ko-kurikulum
Sekadar gambar Hiasan
Sewaktu aku darjah 4 di sekolah rendah...aku teringin sangat nak memasuki kegiatan kokurikulum...ketika itu....memang dari awal tahun hasrat aku untuk menyertai telah pun aku luahkan pada makku....
Bila sampai masanya aku bertanya pada makku...ternyata jawapan yang di berikan memang mendukacitakan aku......aku hiba..dan melihat raut wajah makku...di senyum aku jua senyum.....

     Aku teringin memasuki kegiatan seperti Pengakap, Silat  dan Kelab Membaca ketika itu....terpaksa aku pendamkan di lubuk hati yang amat dalam............aku terpaksa menukar kepada Permainan dalam (catur) sahaja...bukan apa.....masalahnya adalah semua kegiatan di atas memerlukan belanja...ya...belanja untuk membeli kelengkapan uniform....pada masa tu bapakku tidak memperuntukkan untuk itu...jadi mak akulah yang memujuk aku supaya mencari aktiviti yang lain sebagai ganti....


        Aku pandai bermain catur atas tunjuk ajar abang sepupuku....Awang.....hampir setiap hari aku berlatih dengannya di tangga rumahku....Dari Umur ku 7 tahun hingga 10 tahun......set catur lama yang telah uzur menjadi santapan aku dan abang awang... Aku pun tak tahu di dapat dari mana...tak pernah ku tanya hingga ke hari ini......pelbagai teknik dan gerak atur dapat dicipta oleh abang Awang ...dia mengajarku teknik cara membaca papan catur dan psikologi bermain catur..............

        Bukan untuk berbangga....semua guru di sekolah rendahku dapat ku tewaskan dengan 17 langkah sahaja...(bagi yang handal). Apa lagi rakan sebaya atau yang lebih tua dariku....Aku mula di kenali dikalangan guru-guru...
Aku berjaya ke peringkat Daerah dan Negeri atas dorongan Cikgu Hasyim......Dialah yang banyak membantu dari segi pengangkutan dan peka terhadap perlawanan yang diajurkan dimana-mana jua....
Aku semakin malu dan segan..... di sekolah......mula dikenali.....kerana perwatakkan aku yang selamba dan bersahaja..ada yang kurang yakin dengan gelaran "Jaguh Catur Sekolah"

       Dalam satu perlawanan di peringkat Negeri........Aku pernah mendengar kata-kata ini..
"Nampak bodoh je budak tu......"
"Dahlah comot..."
"Pasti kau boleh kalahkan dia...."
Matanya menjeling kearah aku............. dan berpaling.....kerana aku melihatnya....mungkin dia syak aku mendengar apa yang di katanya tadi....dalam hatiku.....hanya debaran....Tiada Ungkapan
Mungkin kerana baju aku yang lusuh tidak pernah bergosok dan aku berseluar pendek..itu yang menilainya.Baju sekolah yang abah belikan 2 tahun lepas masih muat kupakai....aku jenis yang tak pandai meminta.....apa yang ada aku hargai
Tapi aku tidak sedikitpun mencebek atau memaki  pada sesiapa...aku sedar akan diriku.....
melihat begitu ramai pemain-pemain catur dari setiap bangsa.....aku terpegun...

             Serius aku kata.......... aku bermain catur bukan untuk menempa nama atau kemenangan, apa yang ku pelajari adalah cara kita mengawal emosi dan tindakkan kita dalam mengatur langkah buah catur....Abang Awang banyak membantu aku dari segi psikologi.....lawanlah dengan hati bukan dengan akal....kalah atau menang hanya di papan catur,,, Aku memang tak berapa faham apa yang di maksudkannya....,jika kita berjaya menjiwainya kita tau siapa lawan kita....Walaupun Abang Awang pernah mengajar aku mencuri....kadang kala di baik...kadang kala dia nakal..ntahlah sukar di mengertikan buat aku ketika itu..Yang ku ingat..

"King tu umpama ayah kita"
"Queen bak Ibu kita"
"Knight umpama jiran kita"
serba sedikit yang masih ku ingat tentang psikologi catur yang di ajar oleh Abang Awang....
"Jika kita mewakili  kedudukan putih....di papan catur......Pihak musuh  mewakili hitam...TUKARKAN musuh itu sebagai adik kandungmu..adakah kau mahu membunuh adikmu...?lebih baik kita ajak dia bermain sama lagi seronok.....

Salah satu psikologi yang masih aku ingat dalam permainan catur....memang agak payah pada mulanya untuk aku hayati......bila dah dapat.....seronok rasanya.....
Aku belajar menilai seseorang dari permainan caturnya.....

Adakah dia kejam...?
Adakah dia Pemaaf?
Adakah dia Keresahan...?
atau  'Adakah dia Gembira..?
  dan banyak lagi kalau nak ku tulis tak habis sebulan.......

     Bermain untuk menang menjadi juara adalah BERBEZA dengan bermain untuk kemenangan...Aku sebenarnya berlawan dengan hatiku...tiap kali aku bermain..aku tidak memandang musuhku.....pada matanya...tapi pada mata hatinya....Dan setiap kali aku bermain...aku sudah pasrah dan terima kekalahan terlebih dahulu sebelum bermain...kerana kegagalan ku adalah satu penundaan menuju kajayaan....

     Setiap piala atau cenderahati dan sijil-sijil kemenangan ku akan kuberiakan pada Abang Awang.....Kerana dia lah yang membimbing aku...walaupun dalam sijil itu tertera namaku...aku berikan jua padanya...sebagai membalas budinya...tak ku bawa pulang ke rumahku....Dengan berbesar hati dia menyusun di rak rak tempat pinggan mangkuk di rumahnya.....

           Mak dan Abah tak pernah tau dan aku takkan beritahu mereka tentang status aku...apa yang mereka tau...aku ke sekolah belajar  dan pulang kerumah........

2 comments:

guest said...

wow...skrg main catur lg tak?

TiranaAduka said...

#guest
Dah lama tak main
tapi skill tu masih tak lupa..
Boleh je kita main bersama.... di suatu masa nanti...