BERITA HARI INI | Tirana Aduka
Custom Search

Tuesday, July 24, 2012

BERITA HARI INI

"Hari ini hari Selasa, cuaca hari ini panas .Petang semalam saya bermain bola dengan sepupu saya di padang, baju saya kotor, saya pulang ke rumah setelah selesai bermain bola".

        Antara catatan yang kutulis di buku beritaku....Waktu ku berada di DARJAH dua buku tulis bergaris separuh dan separuh lagi kosong pada bahagian atasnya.....adalah buku berita aku ketika iti.......
Pada bahagian yang bergaris ...adalah untuk kita menulis dan bahagian kosong diatas ...adalah untuk kita melukis apa yang kita ceritakan di bawah...


           Biasanyanya cikgu akan menulis ayat-ayat tersebut di papan hitam....aku hanya ikut sahaja....dan aku akan melukis......apa yang cikgu ceritakan pada hari itu....
Kalau cerita kuih ...aku kena lukis berbagai-bagai jenis kuih......kalau cerita pemandangan aku kene lukis gambat taman.....laut....hutan dan sebagainya...
Aku tak pandai melukis...jadi aku kaan cari gambar-gambar yang berkaitan di dalam buku-buku teks aku......


     Bila dah selesai...aku kekurangan sesuatu.....Ya....warna pensil...aku tidak mempunyai warna pensil.....
Semua rakan memuji cantiknya lukisan ku...mereka menyuruh aku melukiskannya...tetapi aku memberitahu aku hanya menekap di buku teks...
 
..
    Ada yang cuba menekap tapi tak cantik........
Aku kata....aku boleh melukiskannya tetapi.bagi aku warnakan lukisan aku terlebih dahulu kemudian barulah aku akan melukiskan lukisan itu pada buku  berita mereka....
Mereka semua mempunyai pensil warna.... 5 6 orang memberikan pensil warna pada ku.....