BELAJAR HISAP ROKOK | Tirana Aduka
Custom Search

Sunday, July 15, 2012

BELAJAR HISAP ROKOK

TiranaAduka
belajar hisap rokok
           Dunhill 7 batang, 14 batang dan 20 batang masih ada lagi masa tu....Ramin dan Nash merupakan sahabat karib aku sewaktu di sekolah menengah....walaupun mereka hisap rokok tetapi mereka tidak pernah mempelawa aku dan rakan-rakan yang lain untuk join sekali dengan mereka..
Atok dan abah juga perokok..tapi aku tidak ketika itu...



          Pernah sekali , atok membuatkan aku rokok gulung...atau lenteng ( tembakau bercampur dengan bunga cengkih yang di guntung halus dan di gulung berbentuk kon pada dua helai kertas putih nipis) sedutan pertama aku membuatkan aku tersedak batuk...kali kedua atok menyuruhku telan perlahan-lahan.........
Pening kepalaku........semakin pening dengan sedutan ketiga.....dan akhirnya aku muntah-muntah....pening yang teramat sangat....lalu aku tertidur akibat keletihan....itulah permulaan aku belajar merokok...


             Aku tidak menyalahkan atok....kerana aku yang memintanya untuk merasai bagaimanakah rasanya menghisap rokok....Dengan kepulan asap yang tebal keluar dari mulut atok....nampak ada gaya dan begitu nikmat baginya...Aku ingin mencuba tanpa pengetahuan abah dan mak ketika itu.....Esoknya aku deman...atok dan nenek membuatkan air lempuyang dan  meletakkan kain tuala basah di dahi ku........Tembakau Cap Kapal terbang Putih ...itulah yang menjadi pilihan atok.....


           Sewaktu di rumah setelah aku sembuh dari demam...aku mendekati abah....ketika dia sedang membuat rokok di anjung rumah....kebiasaannya dia akan merokok selepas makan.....Aku duduk berhadapan.....
"Abah tak pening ke hisap rokok tu..? tanyaku
"Nak cuba nanti abah buatkan..." Pelawanya
"Tapi kalau boleh abah tak nak ko jadi perokok...susah nanti...nak kene beli tembakau,cengkih,kertas,mancis" nasihatnya......
"Nah cuba isap.....!!!!" rokok yang telah dinyalakan dengan sekali  sedutan diberikan pada ku....
"Huk...!HUK......HUK...HUK......!!!!!" aku terbatuk.....rasanya lebih berat dari atok punya kali nie...aku terus saja pening....selang 1 jam lebih aku muntah.......
"Kenapa tu......?" Tanya mak
"Bapak ketam nak ajar anak ketam berjalan............." perli abah kepada makku.....
MAK tersenyum...tanpa berkata apa-apa padaku.........aku tak demam keesokan harinya.......tapi
aku dah serik mencuba benda yang ku rasa tak berbaloi mencuba....


          Mulai dengan dua peristiwa itu........aku serik dan memang tersenyum bila abah mempelawa ku untuk cuba sekali lagi......
walupun persekitaranku......terdedah dengan mejoriti keluarga yang merokok..dan asap rokok sering menemami...keinginan untuk mencubanya jauh sekali.....


           Atok, abah, abang zul, abang awang dan kedua sahabatku perokok....tapi aku tidak....sudah lali dengan keadan mereka aku dah tak kisah.....bagi aku terpulaglah pada mereka untuk memilih....tiada paksaan untuk tidak merokok...sebab alasan yang mereka ceritakan padaku mempunyai makna yang mereka sendiri yang faham........Mungkin di satu hari nanti aku akan jadi perokok jua.......tapi tak tahu bila

13 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kalau boleh jangan terlibat dengan rokok dan Majlis Fatwa pun dah memfatwakan merokok itu haram.

TiranaAduka said...

#EN. ABD.RAZAK

waalaikumsalam wbth...

terima kasih atas nasihat tuan.....
thanks juga sudi singgah blog saya

Ikhwan Suhaimi said...

Selagi boleh elak.. elakkan,Spt kita tau bnyak keburukan nye !

*tahniah kerana pendirian diri still teguh walaupun dikelilingi perokok.

Unknown said...

Mungkin di satu hari nanti aku akan jadi perokok jua???? xpayah la nk hajat tersebut bro..igt la org tersayang anak2 isteri. ak rasa ada hikmahnya knp badan ko xleh nk trima rokok tu. so xpyh nk pasang angan nk jd perokok suatu hari nanti

TiranaAduka said...

#Ikhwan suhaimi
Terima kasih ats nasihat ....
Insya-Allah............tapi nampak memang sedap semacam je bila tengok orang hisap rokok


#leakedknowledge

Thanks sudi singgah bro....
thanks sudi nasihat saya...
by the way...Thanks sudi singgah...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam TiranaAduka..terima kasih singgah kat blog ya.
Mengisap rokok ni tiada feadahnya..hanya membuang duit & mendtgkn penyakit
Alhamdulilah,suami tak merokok :D

TiranaAduka said...

#azatiesayang

Salam kembali...sama-sama
Syukur bagi azatie.....
Thanks sudi singgah....

Unknown said...

awak bukan dilahirkan sbg. perokok... :)

TiranaAduka said...

#Nurlyla..
memamg benar......:(...
Thanks sudi singgah

penyuluh perikanan said...

salam persahabatan,
sekalian follow 67
jika tidak keberatan silahkan follow balik kawan...
ditunggu
terima kasih

TiranaAduka said...

#Penyuluh Perikanan

salam kembali dan terima kasih
Thanks sudi follow TiranaAduka
Boleh aja....
Monggo......

insan_marhaen said...

Elok la TA tak merokok..tiada satu pun kebaikan merokok..

TiranaAduka said...

#C'Jai...
Huhuhuhuhuhu...mana tak nya...
Penah cuba sampai demam-deman....akibat mabuk...muntah -muntah..kena lketawakan dengan atok dan abah....

kalau cerita dengan kawa-kawan...kena CAP....tak macho........kesian TA ketika tu...tapi..yang penting...

Rock tetap rock...