Kuala Lumpur...nama tak yang asing lagi bagi aku.......pihak sekolah ku ada menganjunrka satu rombongan untuk ke Kuala Lumpur.....antara distinasi yang di tulis di borang itu adalah Masjid Negara,Muzium, Tugu peringatan, Dataran Merdeka dan Zoo Negara.....teruja aku membaca nama tempat yang dijanjikan untuk di lawat.............
Waktu berada di rumah.......setelah makan tengahari...aku mengeluarkan borong rombongan yang memberikan pada mak ku....Dia membaca................ aku hanya memerhatikan riak wajahnya....
"Dengar ni...Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang perkara yang menimpa anak tuan, saya bersetuju/tidak bersetuju membenarkan anak saya mengikuti rombongan tersebut..." Suara emak lantang membaca........
Aku hanya membisu...
"Tak payahlah pergi......" jelasnya..
"Lagi pun mahal tambangnya RM.30.00" tegasnya lagi....
Aku tak menarik muka atau merajuk.......aku ambil borang rombongan tadi dan ku simpan di laci meja ...dalam bilikku....
Itulah rombongan sekolah yang pertama aku ingin ikut...........aku faham ekonomi keluargaku........
0 comments:
Post a Comment