2 Triumph Bath Tub | Tirana Aduka
Custom Search

Wednesday, April 17, 2013

2 Triumph Bath Tub


Pagi aku gerak ke rumah kadiel dengan Triumpah Bath Tub ku...masalah pada Kadiel pula Triumphnya tak boleh di start.. nak ku tolong aku dah wangi dan smart..nak tak nak dengan rela hati ku..jacket kulit ku tanggalkan, sarungtangan ku tanggalkan ..ku cuba untuk memperbaiki kerosokkannya...nya dalam setengah jam baru ku temui apa punya yang menyebabkan Triumphnya tak mahu
mengeluarkan api di plug,

Kadiel mendapatkan motor yamaha 110 nya lalu bergegas ke rumah Saring..

Aku di biarkan keseorangan di rumah sewanya..berpeluh-peluh aku..erm....sambil mengesat peluh dengan KEY aku..aku melihat betapa kilatnya Triumph kadiel ni....memang bagaikan isterinya di jaga..walhal dia masih bujang trang-tang-tang..samalah dengan aku...cuma waktu belum mengizinkkannya untuk membina masjid

Aku dan dia jarang bercerita soal peribadi..yang kami selalu ceritakan adalah bab motorsikal selain tu ada selit jugak hal-hal kehidupan..

Sekembalinya kadiel dari rumah saring...haaaaaaaaaaaa......2 botol koil api yang agak lusuh telah berada di dalam raga motorsikalnya..segera di matikan suis engine motor yamaha ss 110nya

Tanpa berlengah aku dan kadiel mengantikan koil api yang lama dengan yang baru...

'Try tengok apai kat plug dulu.." aku
" OK...jap ko jangan start ( engkol ) nanti aku kena renjatan" Balas Kadiel
" Ia....aku tau..!!!! ' balas ku untuk meyakinkannya

"ADA>>>>>>ADA >>>>ada..!!!!!! ' Teriak Kadiel pada ku sambil tersenyum

""OK..ketatkan plug dulu.....ada harapan nampaknya.." aku sambung
"OK..! ' balas Kadiel pendek..

"BRUMMMMMM>>>>BRUMmmmmm!!!!!!!!!!!!!! brummmmmm...!!!!!!!' Deruman Triumph Kadiel bergema...sesekali asap itam keluar melalui  dua ekzosnya

"Alhamdulillah...." AKU
" Yesssssssssssssssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Kadil berteriak...terkejut aku....

"ok Biar di panaskan  dulu engine triumph ni.....aku nak gi mandi jap...semua baju ada dalam bag aku dah packing malam tadi...tool pula aku bawak dalam bag sandang tu...ko tengok lah kekalau ada yang tak lengkap.." Kadiel panjang lebar menerangkan pada aku tentang situasinya..

" ok...ko gi la mandi ..aku dah busuk ni..." Perli aku..
"ala sikit je peluh keluar tu.....nanti atas motor kena angin hilanglah bau tu.." Kadiel memujuk..

Aku dan kadiel..memulakan perjalanan ku ke rumah Ah Chong di tanjung karang....

Waktu tu jalan memang teruk tak secantik sekarang...kami menyelusiri dengan perlahan-lahan almaklumlah jentera buruk..mana boleh bawa laju-laju tambahan pula kami melalui jalan kawasan kampung ( jalan dalam)..





4 comments:

Anonymous said...

jalan tanjung ke sungai besar kalau ikut susur tepi laut, memori jugak tu...

Anum said...

oo ye ke

Nurulhidayah said...

ingat baca cerpen tadi... rupenye, secebis kisah kehidupan di pagi 17april-2013^^

Unknown said...

wah...bro dah mekanik rupanya......