Bermain Dengan Adik | Tirana Aduka
Custom Search

Monday, April 29, 2013

Bermain Dengan Adik

Lepas balik sekolah , buka baju sekolah dan gantung di hanger dengan baik sebab baju hanya sehelai dan seluar pun sehelai..aku tak kisah sebab adik beradik aku ramai , kalau 5 6 orang yang bersekolah kesian kat abah dan mak berhempas pulas menbanting tulang untuk kami semua,
Abah dan Mak tak pernah merunggut keletihan atau merunggut setiap kali petang.. dikala itulah aku dan adik beradik yang lain dapat bertemu mereka..

Bukan mereka tiada di rumah.. Abah bekerja pergi pagi pulang petang.. mak ada je kat rumah  cuma kekadang tu pergi ke rumah sipulan hantarkan kain baju yang mereka tempah pada mak..mak hanya buat tulang belut sahaja..untuk satu baju kalau tak silap aku harganya  RM 4 je..


Mak buat banyak dengan cekap dan penuh ketelitian...aku tak dapat ilmu tu.. sebab aku lelaki...adik perempuan aku yang dapat..dan aku kagum dengan mak..mak tak sepenuh masa membuat tulang belut kekadang aku nampak dia di depan mesin jahit tapi hanya sebentar..selebihnya di menghabiskan masa menyiapkan kelengkapan harian, membasuh , memasak mengemas dan sebagainya.. oh mak....jasa mu akan ku kenang dan tak akn dapat ku balas hingga ke akhir hayat ku ini..

Aku pula mak akan menyuruh ku makan terlebih dahulu...semuanya sudah tersedia walaupun hanay berlaukkan ikan masin dan masak lemak pucuk ubi atau kicap dan telur goreng.. aku tak pernah jemu dan menu mak pandai mengolah...
Lepas makan dan selesai
solat zohor mak suruh aku bermain dengan adik-adik aku..biasalah kalau dah ramai ada yang merajuk ada yang marah ada yang suka  dan macam-macam perasaan lagi

Kalau dulu-dulu main masak-masak dalam rumah sudah semestinya aku layan je kerenah adik-adik aku..
Main mak mak mak...main bapak-bapak.. itu dalam rumah..kalau di luar lain pula ceritanya..
Aku bermain dengan kesemua adik-adikku lelaki maupun perempuan...kunda-kundi, baling selipar, sorok-sorok, buat layang-layang, main gelang getah tak lupa juga masak-masak sebab kat luar lagi meriah
Ada banyak daun dan bunga...habis hilang bunga yang mekar dan habis cawan-cawan susu getah di pokok..
Di jadikan periuk dan bekas memasak..sudip pula hanya dengan ranting kayu getah atau kayu pokok durian yang telah reput ..

Lokasi permainan kalau tak di bawah kolong rumah , Di bawah pokok durian dengan akarnya yang besar sesuai untuk di jadikan dapur atau tempat memasak, mulalah kerja-kerja pembahagian tugas di lakukan ada yang cari bunga,daun,air, tanah merah,biji getah dan sebaginyalah bagi memeriahkan acara tersebut..

Bila sepupu dah datang dari sebelah rumah lagi meriah lagi ramai lagi banyak ragam...bagaikan kenduri..
makin banyaklah bunga yang di petik pada hari itu...Kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain.. memang selagi tak menjerit mak memanggil untuk pulang memang tak baliklah aku dan adik adik aku...seronok bermain..dan yang pastinya kuku kami akan hitam-hitam...akibat bermain dengan tanah gambut (main masak-masak).

Tak sabar rasanya nak tunggu esok..sebab masakkan yang di masak tadi belum di buka ..ianya untuk makanan kami esok...Dalam kenangan aku TiranaAduka @ 1985





22 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam TA..

teringat kenangan cma masa kanak2 ribena dulu..
tp lebih menghargai kisah kanak2 TA..

Tahun 1985 tu cma baru je celik kedunia.. hihih.. ;)

ieja amieja said...

assalam TA..
jengah mlm2 ni..
kenangan tu menggusik jiwa sebab rasa2nya umo sy lbh kurang je kot jaga adik2 sambil melayan dorang bermain..masa dulu x de skull ptg mcm skrg kan..1985-masa tu saya darjah 5..haha mmg sonok kan..masa tu main dgn ank2 jiran laki ngan pompuan pun x de rasa malu..sume tinggal kenangan

JR said...

Zaman kanak2 adalah momen terindah dlm kehidupan. Tak perlu pikir esok nak makan apa, pakaian dah streka atau tidak, esok kena marah dgn boss lagi ke tak, bil api, air dan telefon dah bayar atau tidak kerana semuanya tanggung jawab ibu bapa...

Pesan seorang ustaz kita perlu pelihara anak-anak dan bukan menternak anak-anak...

Ainim Rashihah said...

tahun 1985? Mak aii..saya lahir pun tahun 1986..tapikan, semua kenangan tu memang berharga dan sangat manis kalau dikenang dizaman sekarang sebab kita dah tak jumpa dah semua tu lagi..budak kampung pun main psp

Unknown said...

kenangan silam lah yg mencorakkan pendirian kita masa sekarang..... segala pengorbanan dan perit getir ibu bapa membesarkan kan kita semua jadi pedoman utk kita dimasa depan.....

Unknown said...

kalau boleh.. nak balik ke zaman kanak2 dan nak guna masa sebaiknya.. sebab sekarang ni, study je memanjangg..

Jahirah said...

semua tu kenangan....walaupun susah tapi gembira...
budak2 sekarang mana nak merasa macam tu dah kan....1985...lama tu 28 tahun.

Kakzakie Purvit said...

Membaca ini mengimbau nostalgia kakak juga. Sama sungguh cara kita bermain - daun/bunga/bawah rumah/pokok, dgn leka selagi tak panggil balik mandi/solat. Namun entah mengapa kakak sayu sebab teringat arwah mak kakak yg dah pergi. Al-fatihah buat allahyarhamah mak kakak..

Annamariana1989 said...

salam..
zaman kanak2 adalah perkara yang terindah dalam hidup anna... :)

Ratu Hatiku said...

Salam TA...
Kenangan zaman kanak2 sntiasa segar diingatan.. :)

Mrs Velentine said...

kenangan terindah kan TA>.MV baru lahir tahun 1985

Unknown said...

assalamualaikum.. singgah di sini jengok TA.. hihi.. =)

Anonymous said...

kenangan waktu kecil2 mmg sukar nak dilupakan yer

Unknown said...

mmg seronok zaman budak2 hehe....

Unknown said...

selamat bercuti bro tirana......
selamat menyambut hari pekerja.....

Nora Karim said...

1985, saya baru 5 tahun... zaman masa adik beradik masih kecil tu mmg menyeronokkan...

aku HaniAsyira said...

ala TA saya tak lahir lagi masa ni.. mcm mana??

Anonymous said...

Tearsss....

Aziela said...

Atau kadang2 main panjat2 pokon rambutan, main kejar2 atau main buaya2. Seronoknyaaa...

cydayf said...

Best TA kan ada ramai adik beradik.. :)

Unknown said...

timberland shoes
nike mercurial
religion jeans
roshe run
moncler
cheap jordans
north face soldes
puma shoes
tory burch
beats headphones
2017.12.21chenlixiang