SUPERBIKE AKU JUAL | Tirana Aduka
Custom Search

Wednesday, April 17, 2013

SUPERBIKE AKU JUAL

Aku rasa siapa yang guna SUPER BIKE dah kira ngeri..bagi aku...sebab untuk apa guna SUPERBIKE...untuk kelajuan atau untuk berlagak pada jentera yang besar atau untuk sekadar ada..bagi memenuhi syarat hidup...

Aku mempunyai SUPERBIKE ( maaf agak riak sedikit ) Ya Allah Ampunilah TiranaAduka Ini...amin amin..... sebab aku memang kaki race.( maaf aku tak race haram dan tak pernah race haram...syukur alhamdulillah...
Walau aku tak berpunya pada ketika itu ... aku tak tega untuk ke tempat haram atau mengadai nyawa percuma demi sebuah reputasi...apa ada pada nama..?


pengalaman aku menaiki SUPERBIKE...memang nak  laju...laju dan laju dan laju...tapi selaju-laju aku aku mempunyai skill di trek batu tiga shah alam ...jadi bagi mereka yang membaca post ini harap anda tak terpengaruh dengan tulisan TiranaAduka ini...sekadar pengalaman silam yang aku kongsikan di sini..
Alhamdilillah sepanjang aku ride SUPERBIKE ni...tak mengalami sebarang kemalangan..syukur aku...mungkin aku di bawah lindungannya..

SUPERBIKE aku jual dengan selamba keran bukan aku kekurangan..atau bukan kerana desakkan oleh sesiapa..tapi sebaliknya satu kejadian yang tak dapat aku lupakan terjadi  di hadapan mata kepalaku..

Seorang dari rakan kumpulan SUPERBIKE kami meninggal dunia akibat kemalangan..berlaku ketika kami sedang menuruni bukit di Genting Highland..betul-betul depan mata dan aku sendir yang mengajarnya mengucap...Alhamdulillah sempat arwah... ( Al-Fatihah )

Seorang lagi di kawasan selekoh lebuhraya karak..tak sempat bantu..nampak-nampak motornya dah terpelanting ke jalan sebelah dan orangnya cedera di bahagian dalaman...meninggal di situ juga...( bangsa Cina )

Mereka semuanya otai-otai SUPERBIKE...  4 tahun keatas  ride motor SUPERBIKE ni.  lebih lama dari aku......Usia mereka lebih lama dari aku siap dah bercucu pun ada..dan aku join kelab SUPERBIKE atas dasar persahabatan yang sama minat...
Mereka kalau tak speed 200KM keatas tak sah... aku  memang selalu tertinggal..walaupun aku tak pernah tewas di trek batu tiga...sebab jalan raya ni bukan tempat berlumba...dan jalan di jalan raya , tak sama dengan jalan di trek perlumbaan...

Itulah punca aku jual SUPERBIKE aku...,,aku tak nak mak dan keluarga aku meratap pemergian ku kerana motorsikal...walaupun aku minat gile sangat pada dunia permotoran.....
Mak dan abah tak pernah menghalang atau memprotes minat aku...tu yang aku sayang sangat kat mak abah..
Jadi aku nekad ambil keputusan biar aku hilang sahabat hanya segelintir bagi aku..sebab tak ramai yang mampu guna SUPERBIKE..aku bukan nak memutuskan silaturahim yang ku bina...
Rasanya banyak yang buruk dari yang elok...aku segera tinggalkan...

Aku beralih pada dunia besi buruk...DUNIA CLASSIC ...

TiranaAduka


Blogverzeichnis - Blog Verzeichnis bloggerei.de

7 comments:

Unknown said...

wah tak sangka bro TA ni pernah race kat batu tiga...

Anum said...

wow kaki race nie

Unknown said...

ada ayat "alhamdulillah sempat arwah..." maknanya apa? mcm xbetul je ayat tu. sbb org boleh fikir lain.

Hazmin Hamudin said...

wah.. kaki race rupanya.. Superbike apa ni bro TA.. Saya nak naik moto besar ni rasanya macam tak sesuai je. Haha

Unknown said...

alhmdlh ... baik kita jauhi sebarang kemungkinan seblm terjadi ^^

aby said...

salam TA ..
aby menanti TA buat comeback dgn superbike ..boleh layan 200km lg ..
hu..hu..

Unknown said...

back to basic...classic lagi cun bro......