Custom Search
Tuesday, April 16, 2013
TRIUMPH BATH TUB -TiranaAduka
Kisah Ah Chong
Ah Chong adalah gelaran bagi seorang sahabat TiranaAduka mungkin kerana rupa dan gaya nya seperti seorang yang berbangsa CINA..tetapi yang pastinya di berketuruan melayu dan bercampur sedikit dengan darah jawa... Kurus tinggi lampai...tapi sihatwalafiat dan kuat mengengkol Jentera British ( start motor british guna kick starter) suka tersenyum dan
ramah mesra pada semua orang yang mengenalinya...
Ah Chong mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Apat ( adik bongsu) ... mereka juga mempunyai minat yang sama.. ( adik beadik) Dari segi penilaian aku mereka pelopor genarasi ketiga setelah Ayah mereka tiada ikuti oleh abang mereka dan kini mereka meneruskan perjuangan dalam dunia permotoran Classic ni....aku mengenali mereka melalui sahabatku Kadiel.... alhamdulillah mereka menerima kehadiranku sebagai teman dengan berlapang dada dan ramah mesra...bukan hanya mereka berdua tetapi mak Ah Chong juga sebegitu...tak mengira siapa dan darimana atau darjat keturunan semuanya di sambut mesra dengan senyuman dan budi pekerti yang tinggi..
Ah Chong mempunyai kakak dan abang juga aku tak bertanya secara terperinci ... sedikit demi sedikit aku mengetahuinya dengan kelibat mereka yang lalu lanag di rumahnya.. sekilas itu juga aku bertanya...siapa ....? dan dia menjawap santai kakak dan abang..
Ah Chong mempunyai bengkel bersebelahan dengan rumahnya..penuh dengan besi buruk..( jentera British perang dunia ke dua) untuk memperbaiki motorsikal Classik..khas classic sahaja...dan bukan secara formal dia mempunyai tugas terhadap bendang yang di amanahkan oleh ayahnya...begitu juga dengan abang Ah Chong dan Apat...kepandaian Ah Chong bukan setahun dua..tapi seusia dengan nya...memang dah mahir dan amat tajam tentang jentera british ni...alhamdulillah aku....
walaupun mereka semua mempunyai pekerjaan tetap di tempat masing-masing..mereka tak lupa pada tanggungjawap terhadap mak mereka..itu yang aku tabik..
Mengapa aku di situ...aku mempelajari sesuatu yang berguna buat aku..ya buat aku diri ini..selain aku mempelajari serba sedikit tentang cara mengendalikan engine Triumph Bath Tub ini aku juga mempelajari tentang hidup di muka bumi ini selaku Hamba Yang diciptakanNYA....
TiranaAduka
Labels:
aku,
Motorsikal Retro,
saya,
TiranaAduka,
Triumph Bath Tub
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
singgah tgh
singgah di sini :)
done klik milo
Post a Comment