Keadaan Terkini- TiranaAduka | Tirana Aduka
Custom Search

Thursday, April 18, 2013

Keadaan Terkini- TiranaAduka

Salam Reader semua
Aku Mohon Ampun Pada MU YA ALLAH.....amin amin
Tongkat TiranaAduka
Tongkat -TiranaAduka
Alhamdulillah dengan berkat RAHMAT dari yang maha ESA..hari ni aku berjalan tanpa menggunakan tongkat..gambar di atas adalah tongkat baru ku...tongkat yang lama  sudah ku berikan pada seseorang..
Guna tongkat baru....malam tadi selepas solat Is'yak berdenyut sedikit cuma kadang datang kadang pergiSyukur alhamdulillah...hari ini aku tak mengambil sebarang ubat..maupun Vitamin C. bermula dari malam tadi..
Berlatih jalan bagaikan kanak-kanak kecil yang sedang bertatih...perlahan-lahan sambil berpait pada apa yang ada  di sekeliling..alhamdulillah...kalau agak sakit  aku akan menggunakan tumit sebagai alternatif untuk menapak...
Kesan Jihitan luka
Mulai malam tadi luka tak ku tutup...ku biarkan terdedah sebegitu..cuma jika terkena air mandi dan wuduk aku lap dengan tisu sehingga kering...HARUSKAH aku balut dengan bandage atau HARUSKAH aku letak MINYAK GAMAT pada luka tersebut..........???????????????

3 batang skru yang berjaya di keluarkan

Dah tiada skru dalam badan ini..syukur alhamdulillah...dulu ada sakit sangat..ntahlah mungkin aku jenis yang tak tahan..manja kot..hehehehh..
Di kesempatan ini TiranaAduka ingin mengucapkan terima kasih kepada SEMUA, sama ada secara langsung atau tidak atas sokongan dan doa kalian...TERIMA KASIH sekali lagi....

http://aku-saya-alam.blogspot.com
X-RAY lama sebelum pembedahan
X-Ray lama sebelum pembedahan , 3 skru di kaki kiri dan 2 batang tu yang lebih amat sakit jika TiranaAduka buat tahyat akhir ketika solat dan akan lebih terasa bial TiranaAduka berjoging pada waktu pagi...Dah rindu TA nak bersenam di pagi hari kini ..dah lama dah tak bersenam..cuma senaman ringan sahaja yang dapat TA lakukan..ketika ini..

TiranaAduka





17 comments:

inazamri said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aby said...

Berat mata memandang berat lg bahu memikul. Pngalaman aby klu luka2 mcm tu selalunya dedahkan, sbb akan cepat kering. Yg paling pnting jaga pemakanan. Jauhkan dr makanan yg buat lambat pulih dan brnanah.

Annamariana1989 said...

salam..
moga2 abg ta cepat sembuh k..
^__^

Cik Puan said...

Semoga cepat sembuh TA :)

Cik Puan said...

Upsssss....nape boleh ade sru kat kaki TA?sorry baru cik tahu ne...

Anonymous said...

jangan lupa menu ikan haruan tu...

Kakzakie Purvit said...

Melas kakak ndelok TA. Mugo gelis waras se..

Kakak rasa boleh aje bubuh minyak gamat tapi sebaiknya tutuplah dgn bandage yg cloth jgn kain. Bandage cloth tu udara boleh masuk.. ngeri bila terdedah gitu. Ngilu kakak tengok.

Ratu Hatiku said...

Semoga cpt sembuh ya TA. Xpyhlah dibalut luka tu letak myk gamat bg cpt kering..

Aziela said...

Lain orang, lain pendapat dan pengalaman. Bagi akak, tak di bandage pun ok. Dengan syarat, harus sentiasa pantai kebersihan. Takut ada infection. Kalau nak letak minyak gamat pun boleh, tapi sebab luka kan, selalunya minyak nie menarik habuk dan kuman untuk melekat. Kadang2, ada serangga kecik2 macam agas pun tertarik. Itu semua agen kuman. So, kalau boleh, carilah krim antibiotik untuk disapukan pada luka tu hingga meresap ke dalam kulit. Antibiotik jangan lupa makan kalau masih ada. Vitamin C tak salah untuk diteruskan.

Sekadar berkongsi pengalaman saja.. kita kan sama2 duduk kampung....

P/S : Masak haruan macam mana hari tu?

Aziela said...

Sorry, typo : ....pantau kebersihan.

Dr K said...

Luka tu, kalau nak cepat sembuh, let it open..jangan di sapu apa apa minyak atau tutup dgn gauze/pembalut. Konsepnya, kena dry. Kalau mandi/ambil wudhu, lepas tu lap kering2. Cuma kalau nak keluar rumah, tutup lah dgn gauze, so that tak kena kotoran luka tu. Kalau nak cuci luka( buat dressing), just apply normal saline dressing sahaja. Sentiasa elevate kaki ( tidur, alas tumit dgn bantal, bila duduk di kerusi, lunjurkan kaki tu atas bangku kecil). Look out for sign of early infection: kulit sekitar luka start bengkak/warna kemerah merahan/rasa berdenyut denyut/suhu kulit sekitar luka panas/ ada discharge dari luka. Selalunya wound post screw removal tu bersih, Insya Allah tiada masalah.

wantie said...

tak sure la boleh letak ubat ke tidak pada luka tu. tak pernah pulak ada pengalaman operation di jahit begini..

OKje said...

Hiii....seramnya luka TA...kena tengok entri lepas gayanya ni...
Tak taulah boleh bagi minyak gamat ke tak ....dulu masa beranak operate...bagi ubat hospital bagi je...tak pernah pulak bagi minyak gamat!...

Unknown said...

semoga pulih dan sembuh seperti sediakala bro ......

Unknown said...

huishhh patutlah sakit...tak matching size skru nya tu....

Uwais Al-Qarni said...

terlambat baca entry ni. dah sembuh ?
may Allah bless you always

Unknown said...

TA kecelakaan dalam kerja ya..
semoga lekas sembuh TA.. telat lagi nih MizTia .. maap ya. semoga selalu dalam lindungan ALLAH sahabat.