Tanjung Harapan Port Klang | Tirana Aduka
Custom Search

Wednesday, April 10, 2013

Tanjung Harapan Port Klang

http://aku-saya-alam.blogspot.com
Triumph Bath Tub TiranaAduka
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Malam selepas solat  Is'yak aku melangkah keluar dari masjid , sambil aku mengengkol Triumph aku perhatikan juga segerombolan pakcik-pakcik yang turut pulang kerumah masing masing.. Triumph Bath Tun Ku pacu hingga sampai ke rumah...tak sempat nak lepak kat jambatan dengan bebudak kampung..sebab masa aku lalu di situ kosong je kat sana..ntahlah seorang pun tak de...biasanya kalau malam sebegitu 4 6 orang ada kat situ walaupun hanya budak-budak hingusan yang lepak..


Aku segera ke bilik ku dan menukar pakaian ku  kugantikan baju melayu kepada t-shirt pagoda putih..kain pelekat tak ku ganti.. aku  terus meluru ke dapur tanpa melihat keadaan di sekitar rumah ku..mak abah ntah di mana..ku buka tudung saji mengkuang memang dah tersedia  lauk seadanya oleh mak..alhamdulillah walu tak mewah tapi aku tetap bersyukur dengan apa jua hidangan yang mak sediakan..memang sedap walaupun hanya masak bening..

Syukur aku kenyang...aku duduk di ruang tamu sambil mengapai sebuah buku untuk ku tatap.. 'Tanbihul Ghafilin ' adalah tajuk buku tersebut...baru selembar ku baca aku terdengan deruman beberapa biji motorsikal di halaman rumah ku...jendela papan ku kuak keluar...erm.... member-member aku rupanya..

Aku menandakan buku yang ku baca dengan sampul surat kosong putih..aku turun ke anjung..sibuk mereka menongkat motorsikal masing-masing aku  bersuara

'Assalamualaikum....jemput masuk.." aku
"Walaikum salam"   3 4 orang yang sambut salam ku..

Antara motorsikal yang menjadi milik mereka tat kala itu adalah TZ-R , yamaha Jipang , RX-Z , RX-S, Honda CBR, Kawasaki ZZR...masing -masing punya citarasa yang tersendiri..mungkin mereka masih mencari rentak atau masing-masing punya kemampuan...

Bukan mereka tak ada klik, geng atau kumpulan yang sama minat dengan mereka...tapi keakraban kami semua dapat menjatukan kami walau dalam minat yang berbeza pada model atau jenis motorsikal masing-masing...kata pepatah ' helang sama helang , pipit sama pipit' barulah terbang boleh sama..

Pepatah itu aku tak dapat nafikan....untuk berbang sama aku setuju,,,,tapi kalau untuk silaturahum aku sebaliknya...selesai menongkat motorsikal dan menanggalkan helmet masing-masing ...maka bermulalah suara-suara pendapat yang berbalas-balas antara satu sama lain...bukan bertekak sebaliknya menceritakan
Perihal yang berlaku tadi..

Tanjung Harapan atau kat tempat aku Tanjung Gila bebudak di sini gelarkan...
Di sanalah mereka berjumpa dengan klik atau geng masing-masing yang sama minat dalam dunia permotoran  dan sama jenis motorsikal . Biasanya di sana mereka akan setkan satu masa untuk bertemu...bukan untuk pesta atau bukan untuk pertunjukkan motorsikal...sebaliknya hanya sekadar berkumpul di tepi tebing laut sambil menikmati udara nyaman dan desiran angin pantai hingga terbenamnya sang mentari

Kalau nak rancak dan hebat...hari minggu pastinya penuh........ aktiviti berlumba...maaf tak Tiada dan pada masa tu memang bersih setahu aku dari anasir ni....sebab batu tiga shah alam masih aktif...Bersusun rapi di tepi jalan berhampiran pantai dengan perbagai warna dan perhiasan pada motor masing-masing pastinya memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya...

Dari ketogori yang lama hingga model yang terbaru...semua ada dan dari perbagai  ceruk rantau mereka tiba..kalau tak silap aku semuanya yang tinggal di lembah persekitaran yang berhampiran..mungkin penat  seharian bekerja dan meredakan minda di petang itu..

Mereka semua menghampiri aku yang duduk di anak tangga kayu..penuh ruangan  yang ada...

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan tirana aduka

mengimbau kenangan ye....

aku HaniAsyira said...

hari2 g situ.. heee~~