Dunia Memang Begitu | Tirana Aduka
Custom Search

Monday, April 8, 2013

Dunia Memang Begitu

Dunia memang begitu, hanya sementara bagi yang mengerti dan sungguh seronok jika di uji dengan kenikmatan yang tanpa batas.....usahlah kita lupa bahawa dalam kemanisan ada kepahitan dan dalam kepahitan ada kemanisan..itulah hukum alam, hukum karma setiap apa yang berada di muka bumi ini berpasangan, susah senang, hitam putih , kaya miskin , hina mulia dan bermacam -macam lagi yang berpasangan

Di desiran angin yang berdayu-dayu... aku menuju ke
rumah seorang sahabat, ya sahabat yang aku mula mengenali bukan kerana status  atau pangkat....agak  mewah hidupnya berbanding diri ku ini.. Tujuan ku hanya satu untuk memperbaiki motorsikalnya, aku bukanlah seorang pomen atau mempunyai segulung sarjana dalam bidang makanikal tetapi berbekalkan semangat dan kerajinan serta usaha tanpa jemu  di sertakan dengan doa mak abah aku dan semua sahabat-sahabat lain aku memiliki secalit pengetahuan dalam bidang permotoran british classic bike..Alhamdulillah...

Memandangkan hanya aku dan dia sahaja ketika itu yang memiliki jentera british ni ( yang masih memilikinya ) ...aku nekadkan di dalam hati dan aku nawaitukan , segala apa yang ku buat adalah kerana allah dan aku tidak meminta balasan maupun terhutang budi, di awal perkenalan kami agak janggal ..memandangkan jarank usia yang jauh berbeza..tapi dia tak kelihatan berumur...anggaranku sekitar dalam lingkungan 30an sahaja tetapi sangkaan aku meleset..bicaranya juga seperti biasa tiada meninggi diri dan ramah tutur kata..alhamdulillah..

Aku semakin berkeyakinan untuk aku meneruskan misi aku..memandangkan aku dah tak membantu adikku dari segi kewangan bagi pembelajarannya, syukur biasiswanya lulus dan dia dapat bantuan sepenuhnya oleh tajaannya...aku mula menarik nafas lega...lepas seorang....seorang lagi dapat tajaan....syukur-syukur alhamdulillah..mungkin sudah di atur oleh yang maha esa...

Semenjak aku memiliki Triumph Bath Tub...aku dah tak berikan sepenuhnya bulat-bulat gaji ku pada mak..biasanya aku tak ambil sepuluh sen pun dari gaji aku.... tahun demi tahun lama kelamaan aku ingin cuba menguruskan sendiri kewangan aku...itulah aku...mak pada mulanya perasan juga..tapi  mak buat buat  seperti tiada apa yang berlaku...mak tak pernah tanya gaji aku berapa dan tak pernah minta...jika tak terpaksa.....mungkin seingat aku....dalah seumur hidupku..hanya 3 kali sahaja mak minta duit....padaku...

Aku hanyalah seorang pekerja di sebuah kilang ketika itu...status itu tak menghalang aku untuk mendekati sahabat tersebut yang berstatus lebih baik dari aku..ah>..............itu bukan ukuran padaku...yang aku lihat dia mempunyai sebuah motorsikal british classic yang tersadai..dan mungkin boleh aku perbaiki...Insya-Allah..
Aku tidak melihat dari mata hati ..mungkin aku buta ketika itu..bukan bermaksud dia tidak baik atau sebaliknya..pengalamana mengajar aku apa itu erti nilai sebuah persahabatan yang ikhlas......

Niatku bukan untuk memburuk-burukkan sipulan tetapi buat tatapan aku..diri ini yang masih lagi muda dalam mengenal erti sebuah kehidupan di alam dunia ini....aku akui aku masih mentah dan jalan yang lurus ku lalui..berbekalkan nasihat dan tunjuk ajar mak abah ,atok , nenek,sahabat-sahabat handai yang baik...

Bersambung esok

TiranaAduka

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

hidup ni sebenarnya x kira siapa pun kita TA...yang penting kita menghormati orang lain dan self respect dan boleh berfikir secara waras...apa pun.. Farah nak tunggu entri sambungan dari TA...

Anonymous said...

nice N3.. !

wantie said...

ya betul TA. bak kata orang gula itu manis tapi kalau terlalu manis pahit pula jadinya...

syukur..adik adik TA pandai la. siap boleh dapat scolarship lagi.

Ya memang betul itu semua sudah di atur olehnya.

Unknown said...

betul kata bro.... kita manusia semuanya sama... pembawakan aja yg membezakan nya......

Ruse Sulaiman said...

Kita boleh berkawan dgn sesiapa. Ambil yg baik shj. Yg tidak tu doa supaya Allah beri petunjuk.

Anonymous said...

Kita semua hambaNya....